Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

156) APAKAH TENTATIF RAMADHAN MENURUT NABI S.A.W?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Allah swt mengurniakan kepada kita begitu banyak nikmat. Yang kita selalu nampak ialah nikmat rezeki, nikmat sihat, makan dan minum dan sebagainya, tetapi jangan kita lupa nikmat terbesar salah satu nya kepada kita ialah nikmat Ramadhan. Allah beri nikmat ini kepada umat Muhammad iaitu nikmat ramadhan.           Sebab itu ia satu-satunya bulan yang disebut dalam al quran.  Bulan-bulan  lain tidak disebut. Kerana apa? Kerana ia satu nikmat yang besar. Bila tiba cukup bulan, kita gembira sebab gaji nak masuk. Tapi kenapa bila ramadhan nak sampai kita tak rasa seronok?  Firman Allah,          Bila al quran itu petunjuk bagi orang yang  beriman kepadanya dan Allah turunkan pada bulan ramadhan, itu menunjukkan  bahawa bulan  ramadhan itu satu bulan yang berkat. Sebab itu ramadhan itu dipanggil  ramadhan al mubarak. Bulan lain tak disebut mubarak. Kenapa ? Kerana ramadhan itu bulan yang penuh berkat. Maksud berkat ialah ke baika

155) APA TAULADAN DARI KISAH FIRAUN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,            Firaun mendakwa  bahawa dia lah satu-satunya tuhan yang berhak disembah, dan melecehkan tuhan nabi Musa a.s dengan menyuruh pembantunya Haman supaya membina bangunan tinggi kononnya untuk melihat tuhan Musa. Allah memberitahu bahawa Firaun dan tenteranya itu sombong.        Disebabkan kesombongannya itu maka Allah  memberi balasan kepadanya seperti Allah nyatakan dalam surah al Qasas:40 ,                  Lalu Allah ambil Firaun dan tenteranya. Kenapa Allah ambil sekali tenteranya? Sebab mereka adalah  pengikut Firaun.  Siapa yang ikut orang zalim,   dia adalah zalim juga. Kemudian Allah campak kan mereka semua ke dalam laut. Di dalam tafsir disebut  iaitu Laut Merah.         Maka Allah perintah kan nabi Muhammad s.a.w  perhatikan dengan akal bagaimana akibat kesudahan orang yang zalim. Zalim ini terbahagi dua iaitu zalim kerana syirik, kedua zalim kerana buat maksiat. Siapa yang buat maksiat adalah zalim, tetapi tidak

154) SIAPAKAH TIGA ORANG YANG TAK DIPANDANG OLEH ALLAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Di dalam hadis ada disebutkan oleh nabi s.a.w mengenai 3 orang yang tidak diajak berbicara dengan Allah, Allah tak mensucikan mereka dan Allah tidak memandang mereka sebaliknya bagi mereka ada azab yang pedih. Siapakah mereka?          Rasulullah s.a.w menyebut 3 orang ini dalam hadis yang  mana orang tersebut telah terjerumus ke dalam dosa besar. Di mana definasi dosa besar itu iaitu dosa yang menyebabkan ia dihukum di dunia lagi atau diancam dengan siksaan khusus atau dilaknat atau juga diancam dengan neraka. Ini yang membezakan dengan  dosa kecil.        Orang yang terjerumus dalam dosa besar ini diancam dengan ancaman  yang mengerikan. Sabda nabi s.a.w,     Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tiga golongan yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak membersihkan mereka daripada dosa, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka azab yang amat pedih.”       Maka