Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

153) BAGAIMANA MEMENAFAATKAN RAMADHAN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,                             Sesungguhnya bertemu dengan bulan ramadhan adalah satu perkara yang sangat besar kerana adanya di dalamnya kesempatan diampuni dosa-dosa dan diangkat darjat setinggi-tingginya oleh Allah swt.                   Mengenai diampuninya dosa-dosa, banyak sabdaan nabi mengenainya, antara nya,       “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]         Di sini nabi mensyaratkan dua perkara iaitu beriman , iaitu berpuasa kerana perintah Allah swt  dan kedua, pengharapan  , iaitu bersemangat untuk mendapat keampunan dari Allah bukannya merasakan itu beban.  Jika demikian, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.          Nabi s.a.w juga bersabda, “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yan

152) BAGAIMANA REFRESH IMAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum.       Aqidah ahli sunnah wal jamaah menetapkan bahawa iman itu turun dan naik. Naik kerana ketaatan kepada Allah swt dan turunnya kerana bermaksiat kepada Allah swt. Setiap orang pasti merasakan imannya naik dan kadangkala imannya turun, misalnya ketika ia jauh dari al quran atau membuat maksiat.          Oleh itu seseorang harus mem perbaharui imannya.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda,      Abdullah bin 'Amr bin Al-'Āṣ -raḍiyallāhu 'anhumā- meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda,    "Sungguh iman itu dapat lusuh di dalam dada salah satu di antara kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian yang sudah usang. Maka, mohonlah kepada Allah agar memperbarui iman di dalam hati kalian."   (Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Hakim)                Ini isyarat bahawa Iman itu jika tidak diperhatikan ia akan usang. Iaitu jika tidak disiram ia akan usang.  Jadi, nabi suruh perbaharui iman. Ada juga dalil dalam al quran , Lihat s

151) BAGAIMANA BERSYUKUR KE ATAS NIKMAT ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Menjadi orang yang bersyukur bukanlah mudah. Ramai orang yang tidak bersyukur atas nikmat-nikmat yang ia ada  dan ia dapat. Allah jelaskan dalam firmanNya dalam 34:13,        Allah nyatakan bahawa sangat sedikit dari       manusia ini yang bersyukur kepada Allah. Sebab itu para salaf memohon doa supaya dimasukkan  dalam golongan yang sedikit dengan  doanya,  "Ya Allah, masukkan  aku dalam golongan yang sedikit!"        Kenapa? Kerana orang-orang yang bersyukur hanya sedikit. Dan iblis telah berjanji akan memaling- kan manusia dari jalan Allah agar mereka tidak bersyukur.  Dengan  sumpahnya di hadapan Allah swt  dalam surah 7:17,.      Orang yang dipilih Allah          Oleh itu untuk menjadi orang yang benar-benar bersyukur tidaklah mudah. Hanya orang yang dipilih oleh Allah swt yang menjadi orang yang bersyukur. Maka itu antara doa nabi s.a.w ialah,         "Ya Allah jadikanlah aku sentiasa bersyukur