Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

22) Minimalis Bukanlah Tidak Punya Apa2

Salam,         Orang yang mengamalkan hidup_minima dipanggil minimalis.         Sejak dari kecil kita diajar supaya berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang bagus dan bergaji tinggi. Dengan itu kita boleh beli rumah yang besar yang melebihi keperluan, kereta mewah , pakaian yang terkini yang bukan semuanya dipakai dan teknologi tercanggih.  Kita menghabiskan banyak masa mengumpul wang untuk tujuan tersebut. Dan merangkul semuanya selagi boleh.         Tetapi ada orang yang berfikir sebaliknya;         "Hidup 'simple', selebihnya untuk perkara  lain"           Benar!  Minimalis memang kelihatan simple dan kurang. Rumahnya sederhana, pakaian secukupnya sahaja, kenderaan satu sahaja dan semuanya cukup2 untuk keperluan sahaja. Tetapi adakah Minimalis tidak bahagia? Adakah kurang memiliki itu satu yang buruk? Tentu tidak!            Kerana, jika kita ada barangan yang sedikit sahaja kita:         - tak perlukan ruang yang banyak untuk menyimpan    

21) 6 Cara Menggunakan Prinsip Pembersihan Dalam Kewangan

Salam,           Menjadikan rumah kita sesuai dengan visi hidup_minima adalah mudah ( walau agak berat) yang semua orang boleh faham. Pembersihan dalam rumah adalah mengenalpasti apakah barangan yang tidak diperlukan untuk dinyahkan. Ia mungkin satu keputusan yang berat , tapi kita tahu apa yang perlu dilakukan.             Tetapi jika ia melibatkan hal kewangan yang berkaitan dengan visi bebas_tekanan , ia adalah lebih rumit, yang mana ramai yang tidak dapat mengikutinya. Ianya tidak mudah dilihat sepertimana kita melihat barangan di dalam rumah sendiri.            Berita baiknya ialah kita boleh menggunakan prinsip yang sama dalam hal pembersihan dalaman rumah kita, sesuai bagi  siapa saja.          Disini saya senaraikan 6 strategi berkenaan: 1. Tahu apa yang perlu.                Hidup_minima adalah apa saja berkenaan menyahkan segala yang tidak penting dan menyimpan apa yang perlu sahaja. Ianya adalah satu proses peribadi kerana ianya adalah tidak sama antara seseorang

20) Hidup Bahagia

Salam,                         Orang mencari bahagia dengan bermacam cara. Ada yang dengan harta dan wang yang banyak, menjadi terkenal, menjadi pujaan ramai, badan yang sasa, menjauh diri dari orang ramai dan bermacam2 cara lagi. Semuanya ingin bahagia.          Tetapi ironisnya ada orang kaya, terkenal, bergaya, dipuja orang ramai dan lengkap segala2 nya tetapi mati membunuh diri. Kenapa?           Saya suka memberi sedikit inspirasi bagaimana untuk hidup bahagia dengan cara yang sederhana. Baca di sini: 1) Bersyukur kepada Allah:           Allah memberi kita semua yang kita ada. Logiknya, jika kita memberi sesuatu ke anak kita, lantas dia berterima kasih dan menghargainya, kita pasti suka dan bangga.          Begitu juga Allah yang maha Pemberi Rezeki. Bila kita syukur dan memuji Nya diatas setiap apa yang kita ada, Allah suka dan membalasnya dengan kebaikan yang lain. Salah satunya ialah rasa bahagia di dalam hati. 2) Bersabar:           Siapa pun tidak mahu mus