Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Al mujib ialah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang maha Memperkenankan. Al mujib disebut dalam quran sekali sahaja. Iaitu dalam surah Hud:61, Keterangan ayat Kepada kaum Tsamud Allah utuskan saudara nya (akha) iaitu nabi Shaleh a.s. Kaum Tsamud itu bukan orang beriman. Tetapi nabi Shaleh orang beriman. Orang beriman tidak bersaudara kepada orang tidak beriman. Dalilnya, " Sesungguhnya hanya orang-orang beriman sahaja yang bersaudara (seperti adik-beradik)." Jadi, orang tidak beriman ia bukan saudara kita. Tetapi kenapa nabi Shaleh a.s dipanggil saudara kepada kaumnya yang kafir? Kerana ini adalah saudara dari segi keturunan, nasab. Bukan saudara dari segi kasih sayang. Tugas nabi ialah berdakwah, kerana itu beliau a.s berkata, waha...