Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Ini perbahasan dari kitab Tauhid yang disusun oleh Syeikh Muhammad at Tamimi (1703 -1792 M) . Ini bab berkenaan salah satu bentuk kesyirikan yang terjadi dalam masyarakat kita. Iaitu mempercayai azimat atau tangkal atau gelang atau benang, keris, duit lama, kulit kerang, rambut tuan guru atau benda-benda yang dianggap keramat. Yang dengannya boleh menjadi sebab kepada satu kemenafaatan atau menolak kemudharatan. Maka ia termasuk satu kesyirikan. Kenapa syirik? Kerana dua sebab ini: 1. Kerana hanya Allah swt sahaja yang dapat menghilangkan segala merbahaya dari kita. Begitu juga hanya Allah yang dapat menghalang bahaya yang akan menimpa kita. Kalau kita percaya kepada benda-benda itu, bermakna kita telah menduakan Allah. 2. Kerana kita beribadah kepada benda-benda tersebut. Bagaimana cara beribadah kepada nya? Apakah kita sujud kepadanya? Apakah kita solat menyembahnya?