Bismillah.
Insan itu mencakup semua orang, orang kafir, orang mukmin , pelaku maksiat dan orang yang taat. Semuanya menyesal. Kemudian semuanya berkata , 'Alangkah baik jika dulu aku beramal soleh untuk kehidupan akhiratku.'
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Allah menamakan hari kiamat, salah satunya dengan Yaumal Hasrah, kerana pada hari tersebut banyak sekali penyesalan yang diungkapkan oleh orang-orang kafir, orang-orang yang bermaksiat, dan (pendapat sebahagian ulama seperti ibnu Kathir) orang-orang yang taat yang kurang amalannya.
Di antara ungkapan penyesalan orang kafir itu seperti firman Allah dalam surah al Anfal:36,
Ternyata harta yang orang kafir infakkan untuk menghalang orang dari jalan Allah, menzalimi orang beriman , mendakwahkan kekufuran, rupanya setiap harta tersebut akan jadi penyesalalan buat mereka nanti. Demikian juga Allah sebutkan dalam surah az Zumar: 56 ,
Kerana dulu orang kafir suka mengejek orang beriman, akhirnya jadi penyesalan di akhirat kelak. Allah juga berfirman dalam al An'am :31, ,
Perkataan hasrah itu maknanya penyesalan yang mendalam. Kenapa mereka menyesal? Kerana kurangnya iman mereka kepada hari kiamat. Mereka tidak bersiap lalu terus mereka lupakan akhirat. Ini penyesalan orang kafir. Apakah orang mukmin yang berbuat dosa juga akan menyesal?
Jawapannya, ya. Imam ibnu Kathir menafsirkan firman Allah surah al Fajr:23 ,
Di akhirat nanti Allah nampakkan kepada kita neraka jahannam. Ketika itu semua manusia akan ingat dan sia-sia penyesalan pada hari itu kerana semua sudah terlambat. Sedar tapi tak boleh dibaiki lagi. Maka berkatalah manusia pada hari itu dengan katanya,
'Seandainya aku di dunia melakukan amal-amal soleh untuk kehidupan akhirat.' Dalam menafsir ayat ini, imam ibnu Kathir berkata,
" Iaitu dia menyesali maksiat-maksiat yang ia lakukan dan jika dia orang yang taat dia menyesal kerana tidak membanyak kan ketaatan. "
Jadi , ibnu Kathir menganggap insan dalam ayat,
Insan itu mencakup semua orang, orang kafir, orang mukmin , pelaku maksiat dan orang yang taat. Semuanya menyesal. Kemudian semuanya berkata , 'Alangkah baik jika dulu aku beramal soleh untuk kehidupan akhiratku.'
Maka, yang bermaksiat jelas ia menyesal, tapi orang taat juga menyesal. Kenapa? Kerana ternyata apa yang dilakukannya dulu kurang.
Ia ada berbakti kepada orang tuanya, tetapi ternyata kurang. Ia mungkin ingin bersedekah, dia berpotensi sedekah lebih tapi dia tahan , akhirnya dia menyesal tidak bersedekah lebih. Ia ingin solat malam, ia berpotensi solat 1 jam tapi ia solat cuma 1/2 jam, maka dia menyesal. Dia ada waktu untuk baca quran lama, tapi ia gunakan masa hanya sedikit sahaja. Maka ia menyesal. Dia mampu membeli kan orang tuanya rumah atau memberi kesenangan tapi ia tahan-tahan, akhirnya ia menyesal.
Ia berangan-angan dapat kembali ke dunia supaya dapat mengerjakan ketaatan-ketaatan kerana semua perbuatan akan nampak hasilnya di akhirat kelak sahaja.
Maka kajian kali ini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri peribadi dan para pembaca semua, bahawa kita semua akan menyesal, tidak ada yang tidak menyesal, atas apa yang kita lakukan di dunia, maksiat yang kita lakukan, ketaatan yang kurang, semua akan kita kesali.
Jadi , apa prinsip-prinsip hidup atau kiat-kiat yang boleh kita lakukan agar penyesalan kita di hari kiamat nanti berkurang? Kita semua pasti menyesal, tapi bagaimana supaya penyesalan itu tidak semakin dalam? Maka kita berusaha semaksima mungkin di dunia ini, untuk melakukan amal soleh untuk kehidupan kita yang sebenar. Dunia ini hanyalah seperti yang Allah firmankan,
Kehidupan dunia ini hanya di lalui sahaja. Nabi bersabda,
Daripada Anas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Ya Allah, tidak ada kehidupan yang sebenar kecuali kehidupan akhirat.”
( Muttafaqun 'alaih.)
Dalam surah Mukmin Allah berkata,
Oleh kerana itu ada beberapa hal atau prinsip yang boleh kita lakukan semaksima mungkin, agar kita tidak banyak menyesal di hari kiamat kelak seperti di katakan oleh Khalid bin Ma'dan (w104H), iaitu :
1. Kalau ada idea kebaikan terdetik dalam hati, maka jangan ditunda.
"Jika dibukakan pintu kebaikan bagi kalian maka segeralah lakukan. Kerana kalian tidak tahu bila pintu itu akan ditutup ."
Kalau di hadapan kita ada kesempatan beramal soleh, apapun ia, maka lakukan jangan ditunda-tunda kerana kalau kita tunda mungkin ia tertutup di kemudian hari. Atau kita tak lakukannya sebentar lagi.
Misalnya ada orang miskin lalu depan kita, di poket kita ada wang maka beri saja. Kalau nanti-nanti, kemudian dia pergi atau niat hati kita tadi hilang dicabut oleh Allah swt. Seseorang harus bersyukur kepada Allah bila hatinya ingin melakukan kebaikan. Tidak semua hati manusia seperti itu. Betapa sering keinginan hati kita untuk bermaksiat , untuk membangkang kepada Allah, keinginan untuk mendengar muzik-muzik , keinginan menonton yang tidak-tidak, keinginan berbicara ghibah dan namimah, iaini hati ini sering dilalui macam-macam perkara.
Ketika hati ini ada niat yang baik-baik, tiba-tiba ingin baca quran, ingin solat sunat, ingin sedekah, ingin silaturrahim, maka jangan pernah ditunda. Ketahuilah anda sedang diberi hidayah oleh Allah swt. Sambutlah hidayah itu , wujudkan ia, applikasikan dalam kehidupan saat itu juga, jangan ditunda-tunda.
Masalah pahala serahkan pada Allah. Telah banyak terjadi amal yang sedikit kalau Allah kehendaki, ia jadi sebab masuk syurga. Bukankah ada wanita masuk syurga gara-gara memberi minum kepada anjing? Benar. Bukankah ada lelaki yang menghilangkan gangguan di jalan lalu ia masuk syurga? Benar ada. Bagaimana perkara yang kecil ganjaran nya besar?
Sabda Rasulullah SAW:
"Satu dirham telah mendahului seribu dirham."
Sahabat meminta penjelasan: "Wahai Rasulullah, bagaimana satu dirham itu boleh mendahului seribu dirham?"
Nabi SAW bersabda: "Seorang lelaki hanya ada dua dirham, lalu dia bersedekah dengan salah satu dirhamnya. Dan seorang lagi punya harta yang banyak lalu diambil dari gudang hartanya 1000 dirham." [HR Ahmad]
Urusan pahala urusan Allah swt. Maka bila terdetik di hati kita maka segeralah beramal.
Ada orang tiba-tiba ingin bantu orang miskin, maka bantu saja. Teringat ingin bantu kakak, sudah lama tak bantu, kirim saja. Jangan tunda-tunda. Kalau kata, 'nanti petanglah'. Petang belum tentu. Tiba-tiba ada keinginan membeli yang lain. Nanti saja, tiba-tiba syaitan datang , bisiknya, 'kakak tak perlu pun, tak usahlah kirim.' Tiba-tiba isteri nak beli ini, beli itu, lalu tak jadi sedekah. Atau tiba-tiba Allah cabut niat hati, tiba-tiba jadi kedekut, ada kemungkinan. Sebab hati itu berubah-ubah.
Sebab itu rasulullah sering berdoa dengan doa,
"Ya Allah, wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkanlah hatiku pada ketaatan kepada-Mu."
Maknanya teguhkan lah hati dalam mengerjakan ketaatan kepada ketaatan yang lain. Dari ikhlas kepada qana'ah, kepada cintakan kebaikan, keinginan baca quran , solat malam, sehingga hati kita berpindah dari satu ketaatan kepada ketaatan yang lain. Maka perbanyakkan doa agar kita sentiasa dalam hidayah.
Misalnya, ketlika anda pergi ke rumah teman, terdetik nak solat dhuha, maka terus saja solat. Kata syaitan, 'kamu riya'. Jangan peduli syaitan. Kerana kalau anda tak buat masa itu, anda takkan solat dhuha hari itu kerana kesibukan tentu banyak.
Kadang kita ingin kebaikan tapi kita tunda, tiba-tiba hilang kebaikan tersebut. Orang berkata, 'aku ingin belikan sesuatu untuk ibu '. Tapi ia tunda-tunda, tahu-tahu ibunya meninggal. 'Aku ingin belikan untuk bapa.' Bapanya meninggal ia tak sempat belikan. Kenapa? Kerana banyak kebaikan kita tunda-tunda akhirnya tak terlaksana. Atau Allah cabut hidayah tersebut dari hati kita.
Maka benarlah perkataan Khalid bin Ma'dan ,
"Jika dibukakan satu pintu kebaikan ,segera masuk kerana kita tak tahu bila pintu itu akan ditutup."
Anda terfikir ingin ziarah ibu, maka langsung berangkat ( jika keadaan sesuai ) . Tiba-tiba ingin telefon kakak, jangan tunda-tunda untuk silaturrahim. Urusan pahala serahkan pada Allah. Yang penting bila anda dapat hidayah, maka sambutlah hidayah itu. Dengan demikian akan dapat mengurang kan sedikit penyesalan kita di hari kiamat. Prinsip yang ke-2,
2. Tidaklah kita melakukan amal duniawi kecuali niatkan kerana Allah
Kerana kaedah mengatakan,
' Tidak ada pahala kecuali ihtisab ( mengharap pahala)'.
Dalilnya banyak. Antaranya, sabda nabi,
"Sungguh tidaklah engkau menginfakkan nafkah (harta) dengan tujuan mengharapkan (melihat) wajah Allah (pada hari kiamat nanti) kecuali kamu akan mendapatkan ganjaran pahala (yang besar), sampai pun makanan yang kamu berikan kepada isterimu.”
(HR. Bukhari no: 56)
Syarat untuk dapat pahala ialah mengharapkan wajah Allah. Ini menunjukkan untuk perkara duniawi harus pasang niat , jika tidak maka ia jadi perkara duniawi biasa, tidak berdosa , tidak berpahala. Perkara mubah jika kita ingin jadikan perkara ibadah maka point yang penting ialah kita niatkan kerana Allah.
Allah sebutkan contoh dalam al quran satu perbuatan duniawi iaitu hubungan suami isteri , yang tidak terbayang ada nilai akhirat sama sekali, tapi firman Allah,
Maksud ' kerjakan (amal yang baik) untuk dirimu', itu bermaksud niatkan ia bagi dirimu untuk menjaga maksiat, untuk menjaga pandangan, menjalankan kewajiban nafkah batin kepada isteri, niatkan juga supaya dapat anak yang soleh, maka dalam hubungan tersebut kita dapat pahala.
Jika hubungan suami isteri pun dapat pahala, apalagi yang lain? Jika menyuap makanan kemulut isteri kerana Allah pun akan dapat pahala. Jadi, kiaskanlah semua perbuatan duniawi kita dengan ini. Berbual dengan teman contohnya, dengan cara melapangkan hatinya atau dengan kata-kata yang baik.
Kata Muaz bin Jabal, ' Aku berharap tidur ku mendapat pahala'. Kenapa? Kerana ia tidur untuk berehat supaya ia dapat mengerjakan amal yang lain.
Kita tidur 8 jam dari 24 jam sehari. Iaitu 1/3 dari umur kita, kita tidur. Jika tidak diniatkan kerana Allah, alangkah rugi kerana tidak dapat pahala. Jika tidur kita niatkan untuk bangun malam, maka itu berpahala. Atau untuk berehat untuk cari nafkah esoknya, tidur itu dapat pahala.
Tapi bagaimana kita nak dapat pahala tidur sedangkan sebelum tidur kita buka whatsapp sampai ketiduran? Bila niat nya? Sehingga tidur kita tidak ada nilainya.
Sama juga jika kita keluar bekerja. Harus niatkan kerana Allah, supaya dari pergi sampai balik kita mendapat pahala dari sisi Allah.
Jadi siapa yang sentiasa berniat kerana Allah dia akan terkawal. Terkawal dari apa? Dari bermaksiat. Misalnya kita berbual dengan teman kerana Allah. Bila masuk perbualan ghibah maka kita kata ini tidak boleh kerana telah berniat kerana Allah. Mengapa aku mahu ghibah dan namimah?
Kalau berkawan kerana Allah, salah nya kita maafkan. Tapi kalau berkawan kerana nafsu, salah sedikit terus bergaduh. Kawan bertahun habis begitu saja. Kenapa? Kerana berkawan bukan kerana Allah swt.
Ini lah beberapa hal yang mudah -mudahan dapat mengurangi penyesalan kita dihari kiamat kelak. Tiap perkara duniawi niatkan kerana Allah. Berbasikal, jogging contohnya, supaya sihat dan supaya dapat beribadah, dapat cari nafkah, kuat mengerjakan umrah dan sebaginya. Kalau tidak diniatkan maka ia jadi perkara duniawi sahaja.
Sering-sering lah kita ingatkan diri kita. Kerana hati ini cepat lupa. Dan bila kerana Allah maka pekerjaan kita terkawal, tidak melampau. Seperti tidak membazir contohnya.
Begitu juga bila membayar yuran sekolah anak. Terasa beban tapi kalau kerana Allah ia jadi pahala semuanya seperti katanya 'Agar anak aku dididik dengan baik', maka dapat pahala. Oleh itu tetapkan ini dalam segala hal termasuk berbual dengan isteri kerana Allah.
Nabi sa.w tidak suka berbual selepas isyak kerana itu akan mengakibatkan lambat tidur dan susah bangun malam. Tetapi jika ada keperluan tidak mengapa seperti berbual dengan isteri atau tugas seorang pemimpin. Ada orang berbual dengan isteri terburu-buru, tapi dengan isteri orang, lemah lembut. Ini bukan kerana Allah.
Jadi, berilah waktu untuk berbual dengan isteri, dengan anak-anak, semua itu tidak sia-sia. Ketawa-ketiwi tidak apa-apa. Begitu juga kepada makcik, pakcik. Datang ke rumahnya, bawa ole-ole, dapat pahala. Supaya kita tidak terlalu banyak penyesalan di hari kiamat nanti. Prinsip yang ke-3,
3. Jadikan siapa pun yang kita temui, sebab kita dapat pahala. Bagaimana?
Iaitu jadilah orang yang nasih. Iaitu kita berbuat baik dengan setiap orang yang kita temui. Inilah bai'at yang diambil oleh nabi dari Jabir bin Abdillah r.a. dan nabi memberi syarat selepas bai'at tersebut. Apa syaratnya? Kata nabi s.a.w , iaitu,
"Kau harus memberi nasihat kepada setiap muslim yang kau temui".
Apa maksud memberi nasihat (nasih) ? Antara maksudnya iaitu membersihkan dari kotoran atau membaiki yang rosak atau memberi sesuatu yang lebih baik kepada seseorang. Inilah makna dari sabda nabi sa.w,
Dari Tamim Ad Dariy, katanya Nabi saw. bersabda:
“Agama itu ialah nasihat.” Tanya kami: “Nasihat bagi siapa, ya Rasulullah?” Jawab beliau, “Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi para pemimpin kaum muslimin, dan bagi orang ramai.”
(Rujuk Kitab Hadis Arba’in oleh Imam An-Nawawi)
Apa saja sikap yang baik kepada orang di depan kita itulah nasihat. Nasihat bagi Allah maksudnya membaca quranNya dan berbuat yang terbaik kepada apa-apa perintah dari Allah. Nasihat kepada rasul maknanya jalankan sunnahnya . Nasihat bagi pemimpin ialah dengan memelihara perintahnya dan seterusnya kepada orang ramai dengan memperbaiki urusan dengan mereka.
Nasihat itu bukan hanya kata-kata , tapi memperbaiki hubungan kita dengannya dan memperbaiki kesalahannya. Jika dia ada salahnya, kita betulkan dengan hikmah.
Mengapa nabi mensyaratkan begitu kepada Jabir? Kerana Jabir itu lambat masuk Islam dan dia orang Yaman. Bila dia kembali ke kampungnya dia harus berdakwah. Dan pendakwah harus mempunyai sifat begitu.
Kesannya , dikisahkan, sekali bila Jabir r.a membeli seekor kuda dengan harga 300 dan penjualnya redha dengan harga itu. Jabir dapati kuda itu bagus dan sepatutnya harganya lebih lagi, lalu ia memberi lagi 200 kepada penjual kuda itu. Inilah antara komitmennya dengan bai'at nabi s.a.w.
Begitulah seharusnya kita mencari pahala dalam setiap urusan kita. Lihat kisah rasululah s.a.w dengan seorang anak kecil,
" Dari Anas bin Malik RA katanya: Rasulullah SAW sering menjenguk kami, dan aku mempunyai seorang adik lelaki kecil yang dipanggil Abu ‘Umair.
Dia mempunyai seekor burung kecil dan selalu bermain dengannya. Suatu hari, burung itu mati.
Maka suatu hari Rasulullah SAW menjenguknya dan melihatnya sedang bersedih. Lalu baginda bertanya: Apa hal dengannya? Orang-orang menjawab: Burung kecilnya telah mati.
Lantas baginda bertanya kepadanya: "Wahai Abu ‘Umair, apa yang dibuat oleh si-burung kecil? "
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Kalau kita, apa kisah dengan anak kecil? Tapi rasulullah s.a.w datang untuk menyenangkan hati seorang anak kecil. Rasulullah s.a.w itu super sibuk, tapi setiap ada kesempatan yang baik maka ia tak sia-siakan meskipun terhadap anak kecil.
Kita ini kesempatan banyak. Ketemu tetangga apa salah nya kita bertanya khabar ? Atau berkirim makanan ke rumahnya? Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(HR Al-Hakim)
Di zaman ini orang masing-masing sibuk, kadang tetangganya pun ia tak kenal. Maka di sinilah kesempatan kita untuk menjadi tetangga yang terbaik. Apa saja cara yang baik boleh dilakukan sesuai dengan keadan di situ. Pokoknya kita mahu mencari pahala.
Jika kita ada pembantu, jika dia buat salah, tegurlah dengan cara baik. Kalau ia berbuat lebih baik beri lah ia bonus.
Pokoknya, bila kita ketemu siapa saja baik saudara atau kawan atau orang yang jauh, usahakan kita boleh mendapat pahala bila berhubung dengannya. Agar waktu kita tidak sia-sia.
Contoh lagi, kalau kita menyewa hotel atau homestay, bila kita keluar tutuplah penghawa dingin. Jangan kita fikir, 'aku sudah bayar mengapa perlu susah payah tutup penghawa dingin?' Itu namanya tidak nasih. Ertinya, dalam apa jua keadaan kita fikir bagaimana melakukan yang terbaik walau kita tidak kenal tuanpunyanya, tapi Allah ada melihat kita. Prinsip yang ke-4,
4. Bertawakkal dalam segala hal.
Kata Said bin Jubair tawakkal ialah 'poros ( puncak) bagi segala keimanan'.
Kerana bila orang bertawakkal kepada Allah, bererti ia husnuzzan kepada Allah. Dan dia tahu Allah siap untuk membantunya, dan ia yakin bahawa segala sesuatu itu di tangan Allah swt. Dan dia tahu kalau Allah berkehendak tinggal berkata ' kun faya kun'.
Sehingga bila orang bertawakkal, berkumpul padanya,
1. Tauhid rububiah
2. Tauhid uluhiyah
3. Tauhid asma' wa sifat
Setiap kali kita bertawakkal, ertinya kita menyerahkan urusan kita kepada Allah swt secara batin sambil berikhtiar secara fizikal. Bertawakkal tidak terbatas kepada perkara tertentu, bahkan dalam segala hal. Ada orang, dalam mencari rezeki ia bertawakkal, tapi tawakkal bukan hanya dalam bab rezeki sahaja. Atau ketika mencari jodoh ia bertawakkal. Tawakkal bukan hanya dalam bab jodoh saja tapi dalam semua hal.
Beribadahlah dan bertawakkal kepada Allah. Keluar rumah kita berdoa,
Ketika keluar rumah kita bertawakkal kepada Allah, kita tidak tahu apa ada di depan kita. Hendak tidur kita berdoa,
Ketika membuat perjanjian, kata nabi Yaakob, "bertawakkal lah kepada Allah". Bahkan ketika nabi Nuh berdakwah pun beliau bertawakkal,
Dalam segala hal kita bertawakkal. Kita mengurus rumah tangga, mengurus sekolah dan sebagainya harus tawakkal. Kalau kita bergantung hanya pada kemampuan kita , kepandaian kita, dengan wang kita, maka Allah tinggalkan kita. Maka kata pepatah Arab
'Betapa banyak orang yang bermaksiat pada sisi Allah tapi dia rasa aman.'
Iaitu ketika dia rasa ia kuat, ia mampu, di situlah ia terjatuh. Jadi seseorang harus bertawakkal kepada Allah. Lalu berdoalah,
Siapa bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sesungguh- nya, ia masuk syurga tanpa hisab. Bukankah rasulullah s.a.w pernah menyebutkan ada 70 ribu orang masuk syurga tanpa hisab? Siapakah mereka? Kata rasulullah s.a.w,
"Mereka adalah orang yang tidak minta dirukyah (dijampi), tidak meramal nasib atau mempercayai petanda sial dan tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal.” (HR Bukhari)
Kenapa orang yang bertawakkal masuk syurga tanpa hisab? Kerana mereka telah menyerahkan semua urusannya kepada Allah sahaja. Perlu dihisab jikalau mereka tidak bertawakkal kepada Allah, iaitu ia menjalaninya sendiri. . Kerana semua urusannya diserah kepada Allah, apa lagi Allah nak hisab?
Terutama yang kaya. Hisabnya banyak. Rasulullah s.a.w mengatakan,
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Orang beriman yang miskin akan masuk syurga sebelum orang-orang kaya, iaitu lebih dahulu setengah hari (masa akhirat) yang bersamaan dengan 500 tahun (masa dunia).” (HR Ibnu Majah)
Kerana apa? Kerana orang kaya panjang hisabnya. Mungkin ada orang jadi kaya sejak umur 40 tahun . Umurnya tidaklah panjang mungkin 60, mungkin 70 tahun. Jadi ia mengenyam nikmat di dunia cuma 30 atau 40 tahun saja. Jarang yang lebih dari itu. Tetapi ia dihisab selama 500 tahun. Itupun kalau ia masuk syurga. Betapa banyak orang dihisab akhirnya masuk neraka. Sebab kekayaannya ia guna untuk berfoya-foya, membazir , membuat dosa dan sebagainya. Kalau masuk syurga pun ia terlambat 500 tahun.
Oleh itu, hendaklah seseorang berusaha kemudian bertawakkal kepada Allah. Ikuti syariat Nya, selepas itu tawakkal. Hendak taat kepada suami pun kena tawakkal. Kalau tidak, maka isteri tidak mampu taat kepada suami. Apa dalilnya? Firman Allah,
Taat kepada siapa ? Iaitu kepada Allah dan kepada suami. Menjaga maruah nya ketika suami tiada. Allahlah yang membuat ia mampu taat itu. Maka para wanita harus berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepada Allah supaya boleh taat kepada Allah dan suami. Kalau tidak tawakkal maka tidak mampu nak taat.
Maka , tawakkal itu dapat mengurangkan hisab kita di akhirat nanti.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
25/9/24
Ulasan
Catat Ulasan