Langkau ke kandungan utama

200) KENAPA TANGKAL DAN AZIMAT DILARANG?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,



      Ini perbahasan dari kitab Tauhid yang disusun oleh Syeikh Muhammad at Tamimi (1703 -1792 M) . Ini bab berkenaan salah satu bentuk kesyirikan yang terjadi dalam masyarakat kita. 

      Iaitu mempercayai azimat atau tangkal atau gelang atau benang, keris,   duit lama,     kulit kerang, rambut tuan guru atau    benda-benda yang dianggap keramat. Yang dengannya boleh menjadi sebab  kepada satu kemenafaatan atau menolak kemudharatan.  Maka ia termasuk satu kesyirikan. 

      Kenapa syirik?  Kerana dua sebab ini:

1.  Kerana hanya Allah swt sahaja  yang dapat menghilangkan segala merbahaya dari kita. Begitu juga hanya Allah yang dapat menghalang bahaya yang akan menimpa kita.  Kalau kita percaya kepada benda-benda itu, bermakna kita telah menduakan Allah. 

2.  Kerana kita beribadah kepada benda-benda tersebut. Bagaimana cara beribadah     kepada nya?  Apakah kita sujud     kepadanya? Apakah kita solat menyembahnya? Tidak.
   
 Tapi kita melakukan penyembahan dengan salah satu ibadah hati kita. Apa namanya? Iaitu tawakkal. Hati kita telah bergantung kepadanya. Padahal seharusnya hanya kepada Allah kita sepatutnya bertawakkal. Jadi, ketika hati kita  bergantung kepada benda-benda tersebut, kita telah menduakan Allah dalam ibadah. Samada kita mengaku atau tidak bahawa kita menduakan Allah, dalam syariat sudah dihukum syirik. Kerana dua sebab tersebut.

       Dari sini ulama menjelaskan ia boleh jadi syirik besar atau syirik kecil. Kalau kita percaya benda-benda itulah yang menghalang atau menghindar kita dari bahaya, bukan Allah sama sekali, maka itu syirik besar.  Ertinya pelakunya murtad , keluar dari Islam, kafir. Kerana dosa syirik membatalkan  Islam, membatalkan syahadat, membatal kan iman. Dàn semua amal ibadah nya menjadi batal. Seperti firman Allah dalam surah az Zumar :65,

        Kemudian,  bila   seseorang meyakini benda-benda itu hanya sebab yang       dengan itu Allah  melindungi dan Allah  menghilang kan bahaya. Maka ini adalah syirik kecil. 

    Kalau percaya benda-benda itu boleh mendatangkan bahaya atau kebaikan  seakan-akan ia bersekutu bersama Allah untuk menentukan sesuatu yang dapat menolak bahaya atau mendatangkan kebaikan.  Jadi, ia boleh jadi syirik kecil atau syirik besar. 



Dalil-dalil berkenaannya.

1. Firman  Allah,

      Ayat ini berbicara mengenai cabaran   nabi Muhammad s.a.w kepada orang-orang kafir. Nabi disuruh oleh Allah mencabar mereka, bahawa yang mereka sembah selain Allah itu kalau betul boleh menolong mereka, maka cubalah hilangkan kemudaratan dari ku. Apakah mereka mampu menghilangkannya?   Dan mereka sudah tahu jawapannya , tentu tak mampu.  Atau jika Allah hendak memberi rahmat, adakah mereka mampu mencegahnya?  Mereka juga sudah tahu jawapannya  , tentu tidak. 

       Kerana mereka sudah  tahu Allah mampu memberi menafaat dan mudarat kepada mereka.  Tapi mereka meyakini berhala-berhala itu sebagai sebab.  Padahal Allah tidak menentukan itu sebagai sebab. Maka dalam ayat lain orang musyrik itu berkata,

      Alasan mereka di zaman jahiliyah itu  luarbiasa baiknya. Iaitu ingin mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi walau niat mereka baik  tetapi cara yang salah, maka mereka dihukum musyrik. Oleh itu nabi Muhammad s.a.w diutus kepada mereka untuk mendakwahi mereka. 

         Jadi, apa hubungan orang musyrik yang menyembah berhala dengan kepercayaan kepada tangkal-tangkal? 

     Iaitu , sepertimana mereka yakin berhala itu boleh menjadi sebab Allah memberi menafaat atau kebaikan kepada mereka, maka akidah yang percaya tangkal-tangkal boleh memberi menafaat, keyakinan mereka sama dengan orang musyrik     yang percaya berhala boleh  menjadi sebab  untuk mendapat menafaat dari Allah swt.

     Oleh itu  mempercayai tangkal-tangkal adalah kesyirikan. Allah menyuruh nabi menyampaikan  sebaliknya di dalam ayat ini,

       Maksudnya,     jangan kalian bertawakkal ,  jangan hati kalian bergantung kepada benda-benda tersebut.    Bergantunglah hanya kepada Allah kerana Dia yang maha mampu memberi pertolongan kepada kita. 

     Bahkan Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang hanya bergantung padaNya , Allah pasti menolongnya. Seperti firmanNya ,

     
       Sebaliknya,   siapa yang bergantung kepada selain Allah, Allah akan beri hukuman kepada nya dengan menimpakan kebalikan dari harapannya. Misalnya,   jika mahu aman  maka Allah jadikan ia dalam ketakutan . 



2.  Dalil yang kedua, hadis Nabi s.a.w yang berbunyi,


   Imran bin Husain radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai gelang yang terbuat dari kuningan ( tembaga), kemudian beliau bertanya:

(( مَا هَذِهِ؟ قَالَ: مِنَ الوَاهِنَةِ، فَقَالَ: انْزَعْهَا فَإِنَّهَا لاَ تَزِيْدُكَ إِلاَّ وَهْنًا، فَإِنَّكَ لَوْ مِتَّ وَهِيَ عَلَيْكَ مَا أَفْلَحْتَ أَبَدًا )

 "Untuk apa kah ini?!"
Orang laki-laki itu menjawab: “Untuk menangkal penyakit lemah badan”, lalu Nabi bersabda: “Lepaskan gelang itu, karena sesungguhnya ia tidak akan menambah kecuali kelemahan pada dirimu, dan jika kamu mati sedangkan gelang ini masih ada pada tubuhmu, maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (HR. Ahmad )

         Tangkal itu hanya membawa kelemahan baginya. Kelemahan itu maksudnya iaitu kelemahan fizikal dan kelemahan  hati.   Kelemahan hati kita faham,  kerana hatinya bergantung kepada sesuatu yang tidak boleh  buat apa-apa. Boleh juga bermaksud lemah akal. Iaitu ia tak menggunakan  akal iaitu ia bergantung kepada sesuatu yang tak boleh buat apa-apa.  Itu satu kebodohan namanya. 

     Lemah secara zahir pula  maksudnya Allah akan menghukum nya kerana bergantung kepada selain Allah. 

       Dalam hadis ini ada ancaman keras iaitu jika kamu mati dan benda itu ada bersamamu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.    Ertinya apa?     Iaitu ia takkan masuk syurga. Kerana dosa yang ia lakukan ialah syirik. Dosa syirik menyebabkan    pelakunya kekal dalam neraka.     Kerana ia sudah murtad,   keluar dari Islam. Sebagaimana Allah tegaskan dalam surah al Maidah:72,

    Jadi, hadis di atas tadi menerang kan kepada kita iaitu syirik bagi orang yang mempercayai bahawa benda-benda boleh menghalang  bahaya. Dan berdasarkan hadis ini juga,    Syeikh Soleh al Fauzan dan Syeikh Abd Razzak ketika ditanya tentang hukum memakai gelang ubat.        Maka kedua-dua ulama ini melarangnya, berdasarkan hadis ini. Nabi melarang orang mengguna kan gelang untuk menjauhi penyakit.     Nabi tak bertanya lagi samada ia telah diuji secara klinikal atau tidak. Nabi tak bertanya itu. Bahkan nabi s.a.w  langsung terus suruh lepaskan. Kenapa dua ulama ini melarang?

      Kerana untuk menutup pintu  supaya tidak menjerumuskan  manusia  kepada kesyirikan. Kerana jika ternyata tidak dapat dibuktikan secara klinikal sama sekali  , maka mempercayainya adalah kesyirikan. Jadi lebih baik pintu itu ditutup rapat-rapat,  jangan dibuka. Begitu cara para ulama mencegah kesyirikan.

      Sebab itu Umar alKhattab r.a ketika beliau mendengar orang- ramai mulai berdatangan ke 'pokok bersejarah', hingga pokok itu di sebut dalam quran dan sunnah, iaitu Baiatu Ridhwan di buat di bawah pokok itu. Seperti ayat di bawah,



   Tapi Umar r.a menyuruh pokok itu ditebang. (Jika di waktu sekarang Umar akan dituduh wahabi.) Pokok bersejarah ,   disebut pula dalam quran dan sunnah,   ditebang oleh Umar r.a. Kenapa?

      Umar mendengar orang-ramai berdatangan kesitu. Mereka bukan buat maksiat di situ , mereka datang untuk solat menyembah Allah di situ , bukan menyembah pokok itu. Tapi Umar r.a bimbang lama- kelamaan pokok itu pula yang disembah. Demi mencegah berlakunya syirik, langsung diperintah tebang oleh Umar r.a. 

     Itu sebab para ulama mencegah sebelum terjadi. Itu lebih baik daripada terjadi baru berusaha mengubati. Itu lebih sulit. Jadi, sebaiknya cari pengubatan lain, jangan menggunakan perubatan gelang. 



3.  Dalil ketiga hadis riwayat imam Ahmad

   Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

     “Barangsiapa yang menggantungkan (hati) pada tamimah (azimat), maka Allah tidak akan menyelesaikan urusannya. Barangsiapa yang menggantungkan (hati) pada kerang (untuk mencegah dari ‘ain, yaitu mata hasad atau iri, pen), maka Allah tidak akan memberikan kepadanya jaminan ketenangan”
 (HR. Ahmad 4: 154. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan –dilihat dari jalur lain-)

        Ia sama seperti diperkatakan di atas  tadi bahawa siapa yang  bergantung kepada Allah , Allah akan menolongnya. Siapa yang bergantung kepada tangkal-tangkal,  Allah akan terbalikkan harapannya. Dia berharap urusannya lancar , dia berharap hidupnya tenang, tapi sebaliknya yang berlaku. Ini hukuman yang Allah berikan  di dunia. Hukuman di akhirat lebih lagi bagi orang yang berbuat syirik.

      Oleh itu, bergantunglah hanya kepada Allah. Jangan sedikit pun hati kita bergantung kepada selain Allah. Kalau kita sakit, boleh berjumpa doktor. Tapi jangan sekali-kali hati kita bergantung kepada doktor. Jangan sekali-kali hati kita bergantung kepada ubat. Kalau hati kita bergantung kepada doktor dan ubat tapi  kita yakin Allah yang menyembuhkan, itu syirik kecil. Tetapi kalau kita yakin doktor yang menyembuhkan,  bukan Allah yang menyembuhkan, itu sudah syirik besar. Bukan syirik kecil. 

     Jumpa doktor tiada masalah, atau makan ubatnya. Tapi jangan hati kita bergantung kepada doktor. Kenapa boleh jumpa doktor, tapi pakai tangkal tidak boleh?  Minum ubat boleh , percaya tangkal tidak boleh?

      Kerana tangkal tidak dapat dibuktikan yang ianya memberi menafaat.  Baik secara syarii atau secara ilmiah yang masuk akal. Sehingga Allah tidak menjadikan ia sebab mencegah bahaya atau mendatangkan bahaya. Sedangkan doktor dan ubat  itu adalah sebab yang Allah ciptakan untuk mendatangkan  menafaat atau mencegah bahaya seperti penyakit-penyakit.

       Juga dalam riwayat Ahmad  , 
di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ ‏

“Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.”
[HR: Abu Daud & Ahmad]

     Adakah ia syirik besar atau syirik kecil tergantung pada keyakinannya seperti apa yang kami jelaskan tadi. 



4.   Dalil ke empat dari athar sahabat riwayat Abi Hatim

      Dari sahabat Huzaifah ibn Yaman, bahawasanya ia melihat seseorang yang di tangannya ada benang untuk menangkal penyakit panas. Lalu beliau terus  merampasnya, lalu ia membaca firman Allah,

      Jadi apa pelajaran yang boleh kita petik dari athar ini?  Ini kisah sahabat, murid nabi s.a.w, bahawasanya mempercayai gelang atau benang untuk menangkal sesuatu penyakit, itu adalah syirik. 

        Kemudian,  wajib kita mencegah kemungkaran . Kalau ada orang yang masih mempercayainya maka wajib kita berikan nasihat. Kalau boleh kita rampas,   rampas

    Dalam riwayat  lain dikisahkan bahawa orang itu ialah guru beliau,  kerana bila murid, jika  guru yang melakukan ia takkan marah.  Begitu pula orang tua kepada anaknya. 

       Tetapi kalau orang yang tidak kita kenal pakai gelang, terus kita rampas,  tentu ia marah. Maka, jelaskan  dulu supaya ia tak salah faham.  Tapi kalau anak sendiri, tiada masalah. Terus kita rampas sahaja baru kita jelaskan. Kerana rasul s.a.w mengatakan,

      “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.”
 [Riwayat Muslim (78)]

      Apa maksud 'dalam hati'?  Iaitu ia benci dalam hatinya perbuatan itu. Adakah ia berdosa benci dalam hati?. Ya berdosa kerana nabi mengatakan imannya lemah. Kenapa imannya lemah? Kerana ia melakukan dosa. Kalau ia melakukan  ketaatan imannya menguat. Begitulah karakter iman, ia naik dan turun. 

    Jadi kalau orang diam saja tapi benci dalam hati maka ia berdosa dan imannya lemah. Tapi kalau dalam hatinya benci pun tidak ada, dia sudah tidak ada iman kerana itu bererti setuju. Menyetujui  kafirnya seseorang maka ia juga kafir. Ini kaedah yang penting. Iaitu orang yang tidak mengkafirkan  orang yang kafir mana ia juga kafir. 

    Kerana tauhid itu ialah pengingkaran kepada semua kekafiran dan kesyirikan . Dan beriman  hanya kepada Allah swt. 

      Kemudian, pelajaran lain  dari kisah ini ada dalam surah Yusuf:106,

     Maknanya ada orang percaya kepada Allah, bahkan masih menyembah Allah, masih solat, masih puasa, zakat, haji, tapi sebenarnya ia bukan orang beriman, bahkan dia musyrik. Kenapa?  Kerana dia berbuat syirik. Di satu sisi ia beribadah kepada Allah, di sisi lain ia persembahkan ibadahnya kepada selain Allah.  Maka dia bukan orang beriman,  dia musyrik dan semua amalnya terhapus. 

      Ini Allah jelaskan dalam surah al An'am: 88, firman Allah ,

    

       Sekian pelajaran mengenai keharaman penggunaan tangkal dan azimat, walau apa pun nama yang diberi.


Soal-jawab.

Soalan:
      Bagaimanakah keadaan  seorang lelaki yang memakai gelang atau kalung tetapi sebagai hiasan saja?

Jawab:
         Ini menyerupai kaum wanita. Kalau cincin boleh dipakai orang lelaki. Itupun dengan syarat bukan cincin emas. Adapun wanita boleh memakai cincin emas.  Jika wanita memakai cincin, kalung dan gelang, itu hiasan wanita. Maka yang berhak melihatnya hanyalah suaminya sahaja dan mahramnya. Tidak boleh kepada lelaki bukan mahram. 

        Bagi lelaki boleh memakai cincin yang bukan emas. Nabi bersabda, 

    Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda:         "Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki."
[Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya]

      Jadi, kalung dan gelang itu perhiasan wanita , lelaki tidak boleh pakai kerana nabi telah bersabda,

Sabda Baginda: 
   "Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. "
[HR Bukhari:  5435]

    Dalam hadis lain nabi menyuruh mengusir dari rumah orang yang menyamai jenis lawannya.  Itu baru menyerupai sudah dilaknat dan diusir, apalagi LGBT ?  Sepakat 4 mazhab menghukum mati kepada LGBT. Dosanya lebih besar dari zina biasa. Kata imam Syafie , ia direjam sampai mati. Tapi kata imam Hanafi,   lemparkan ia dari tempat tinggi selepas itu baru direjam. Kerana untuk menyamai hukuman  kepada kaum Lut. 

       Amat keras hukuman  kepada LGBT. Tapi ada juga orang muslim mahu melegalkannya. 



Soalan 
      Ada seorang ahli keluarga kami koma di hospital, diketahui ia memakai susuk.  Apa yang perlu dilakukan?

Jawab:
        Apa yang boleh dibantu ialah mendoakan supaya ia sembuh dan bertaubat dari dosa syirik tersebut. Kalau ia sudah sedar,  berikan nasihat. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.




Soalan:
       Bagaimana minum air zam-zam dengan keyakinan ia boleh menyembuhkan penyakit?

Jawab:
         Boleh. Kerana ada dalilnya. Kalau tangkal tidak ada dalilnya. Rasul s.a.w bersabda tentang air zam-zam,

"Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit." (HR Muslim).

       Kenapa kita boleh percaya? Sebab ada dalilnya.



Soal 
      Peniaga yang menjual gelang, apakah halal hasilnya?

Jawab:
         Kalau ia menjual gelang  tangkal maka jelas hasilnya haram. Kalau ia menjual kepada lelaki juga haram. Kerana ia menolong dalam dosa. 


Soal:
       Bagaimana jika ada orang percaya sesuatu yang ghaib yang ada pada dirinya. Iaitu pedang yang tak dapat dilihat oleh mata. Apakah ini syirik?

Jawab:
          Ya,  ini syirik. Mengaku memiliki sesuatu yang ghaib, mengaku tahu perkara ghaib saja itu sudah syirik. Dalam surah an Naml:65 ,  Allah menegaskan,


      Lalu bagaimana orang boleh tahu perkara ghaib? Sebab ia bekerjasama dengan syaitan. Syaitan menipunya. Dia ingat dia ada kelebihan. Itu semua tipuan syaitan. Boleh dipelajari nanti bab penipuan para dukun kepada manusia. Sehingga ia mengira dia orang pintar. 

    Ia kata ia tahu hal yang ghaib,  padahal ia berkerjasama dengan syaitan. Untuk mendapat pertolongan syaitan itu,  ada syarat-syarat perkara syirik yang perlu ia lakukan. 


Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Ust. Sofyan Chalid.
Klang.
3/10/24




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...