Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Apakat ayat pertama dalam al quran yang mengandungi perintah dan larangan dari Allah? Jika kita mulakan dari surah al Fatihah kemudian masuk ke surah ke 2, iaitu surah al Baqarah, kita tidak akan ketemukan satu ayat perintah yang menggunakan fi'il amar atau ayat larangan iaitu an nahyu dari Allah. Sehinggalah kita temukan pada ayat ke 21 surah al Baqarah iaitu, "Wahai manusia, sembahlah Tuhan yang mencipta kalian." Ini lah perintah pertama di dalam al quran jika mengikut susunan al quran yang ada sekarang. Sahabat yang mulia iaitu ibnu Abbas r.a mengatakan, " Semua kata ibadah yang ada dalam Al quran ertinya adalah tauhid. Maksud nya bukan sekadar menyembah Allah tapi memurni- kan sembahan hanya kepada Allah, dengan keyakinan hanya Dia berhak disembah dan semua sembahan yang lain adalah batil." Inilah makna ibadah di dalam al qura