Salam sejahtera, Semua pencinta minimalism, Anda pernah pindah rumah? Saya, sejak seminggu yang lepas, telah berpindah ke kediaman yang baru. Saya dapati antara barang yang banyak dan berat ialah pakaian. Ia sangat meletihkan untuk membawanya. Kebanyakan orang tidak memandang banyaknya jumlah pakaian , sebagai satu beban dan akan memakan masa dan tenaga kita. Sebenarnya, pakaian yang terlampau banyak, menjadi beban kepada kita. Mengapa kita hanya memerlukan pakaian yang sedikit sahaja? Dengan sedikitnya pakaian ia akan menjimatkan Wang, masa dan tenaga kita. Saya ada beberapa tips bagaimana untuk memiliki pakaian yang sedikit: 1. Selepas anda tahu apa kebaikan jika pakaian anda cukup dengan keperluan anda, buatlah keputusan segera. Kurangkan pakaian berlebihan. Supaya ia menjadi kenyataan yang dapat anda rasakan dalam hidup anda. Dan keadaan almari pakaian anda pun turut berubah. 2. Utamakan kualiti