Langkau ke kandungan utama

27) 7 Masalah Yang Boleh Selesai Dengan Hidup Minima

Salam sejahtera,






            Jika anda dapat mengurangkan barangan yang berlebihan atau yang tidak lagi berguna di dalam rumah dan di sekeliling anda,  gaya hidup anda akan berubah sepenuhnya.


              Keputusan untuk mengubah gaya hidup ini adalah saat yang hebat sebenarnya.  Ia adalah jawapan kepada beberapa masalah hidup yang dilalui oleh hampir semua orang di zaman ini yang memiliki barangan yang berlebihan. Jadi, saya mahu anda merasai hal yang sama.


              Ada orang mengatakan hidup minima tidak sesuai untuk orang muda, hanya sesuai bagi mereka yang sudah tua, seperti umur 50 an keatas. Itu silap. Sebenarnya sama saja samada orang muda atau tua.



         Fikirkan 7 masalah ini yang dapat diselesaikan dengan hanya memiliki kurangnya barangan:


1. "Aku tak cukup wang. Hutangku banyak."


              Penyelesaian masalah kewangan yang paling ringkas adalah "kurangkan berbelanja." Ia adalah ayat pertama yang diberikan oleh sebarang penasihat kewangan di mana saja. . Dengan sebab itu, galakan supaya hidup minima adalah langkah yang selari dengan penyelesaian masalah kewangan. Dan kadangkala, ianya satu2nya langkah yang perlu diambil.
 



2. "Aku tak cukup masa, hari2 penuh".


             Kami agak terperanjat berapa banyak masa yang dapat diselamatkan dalam hidup kami  bila kami mengambil keputusan mengurangkan barangan milik kami yang tak perlu.

             Bayangkan berapa banyak masa kita peruntukkan untuk satu2 barangan: membuat pilihan, membeli, membawanya, menyusunnya, membersihnya, membaikinya dan menjaganya. Walaupun kita membelinya dari pembekal pertama.


            Hakikatnya, kita tidak tahu berapa banyak masa yang telah kita peruntukkan untuk satu2 barangan itu, sehinggalah kita mengnyahkannya dari diri kita.


3. " Tak larat nak cuci rumah, banyak sangat yang perlu dibuat".


           Mahu rumah yang bersih dan kemas? Milikilah sedikit barangan sahaja. Tiada masalah tak larat lagi.


4. "Rumahku kecil sangat, stor pun dah tak muat".


            Sekarang paling minima rumah dijual dengan 3 bilik, walaupun sebelumnya ada yang 2 bilik. Jika anda rasa rumah anda sempit sangat, sebenarnya anda menyimpan terlalu banyak barangan di dalamnya. Perhatikan, pasti ada barangan yang tak perlu yang disimpan.


          Dengan mengnyahkan semua barangan yang tak perlu, rumah anda akan kembali lapang.



5. " Rasa tertekan".


            Setiap satu barangan yang kita tambah, meningkatkan kerisauan di hati kita. Mengapa?


           Kerana setiap barangan memerlukan belanja untuk menyimpannya, menjaganya dan memuliharanya. Hari2 dan setiap minggu begini, boleh menyebabkan tekanan perasaan.



6. "Tak tau apa nak pakai, fesyen sentiasa berubah".


           Jika anda berpakaian mengikut fesyen semasa, anda mengejar sesuatu yang sentiasa berubah mengikut musimnya.  Anda perlu berbelanja dan berbelanja lagi.


       Jika anda menyukai beberapa helai pakaian yang anda ada untuk dipakai, perubahan fesyen tak akan mengganggu anda.



7. " Aku harap aku dapat memiliki...."


           
                Masyarakat kita melihat kepada orang yang banyak harta. Iklan pula memujuk kita membeli barangan mereka yang terbaik. Manakala keadaan masyarakat suka membanding2 kan seseorang dengan seseorang yang lain.

          Dengan sebab itu, ia seolah2 membina satu budaya dalam masyarakat supaya seseorang mesti ada harta atau barangan sebanyak mungkin. Ini menyebabkan kita menghabiskan banyak masa dan tenaga yang bernilai semata2 hendak mengumpul harta. Sayangnya, ia sebenarnya telah mencuri kegembiraan dan kepuasan di dalam hidup kita. Ia membuatkan kita rasa kekurangan walaupun sebenarnya tidak.


             Dengan hidup secara  gaya hidup minima, bersyukur dan puas dengan apa yang ada, kita, dengan sendirinya senang dan gembira  dengan apa yang ada pada kita,  lalu,  masalah2 tersebut tidak melekat pada diri kita.



          Jika anda mahu bersama saya,  boleh hantar pandangan anda yang positif ke emel saya:



wamon2017@gmail.com




           Love u all.




Padang Jawa,
6/3/19


       





           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...