Langkau ke kandungan utama

240) KENAPA KEADAAN ORANG BERIMAN ITU SENTIASA BAIK?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,





       Kita ini tidak lepas dari dua perkara, satu  ;  nikmat,    kedua ; musibah.  Tidak ada yang ketiga. 

      Kata nabi s.a.w  dalam satu hadis yang berbunyi,

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Artinya:
   "Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman.    Sesungguh- nya seluruh perkaranya adalah baik. Dan itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali orang yang beriman. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar, maka itu pun menjadi kebaikan baginya."
(HR. Muslim, no. 2999)

        Dalam hadis ini Nabi s.a.w mahu melahirkan rasa kagumnya kepada orang beriman. Dan perkara ini tak berlaku kecuali kepada orang beriman sahaja.  Apabila rasulullah s.a.w berasa kagum, tentulah itu sesuatu yang baik dan hebat. 

     Apa yang nabi kagum itu? Iaitu semua urusan orang beriman itu baik.  Semua baik tiada yang tidak baik. Dan  nabi s.a.w tegaskan lagi bahawa jika ini berlaku maka ia orang  beriman. Jika berlaku sebaliknya ia bukan orang beriman. Apakah dia?


Beriman atau tidak beriman

      Iaitu nabi s.a.w  beritahu jika seseorang dapat  sesuatu perkara akan  ada dua jenis sikap manusia, satu beriman dan kedua, tidak beriman. 

      Iaitu bila orang beriman itu mendapat nikmat seperti sihat, umur panjang, dapat harta dan sebagainya,  maka apa ia buat? Iaitu ia bersyukur.

       Bersyukur ini bukan setakat kata alhamdulillah,  aku bersyukur pada Allah,  bukan.   Sebaliknya dengan nikmat itu ia semakin taat kepada Allah.

      Contohnya, Allah beri ia sihat. Ia guna kesihatan yang Allah beri itu untuk semakin mentaati Allah. Allah beri ia kekayaan, ia guna kekayaan itu untuk semakin taat kepada Allah. Bukan semakin lagha atau semakin jauh daripada Allah. Maka kata nabi syukur itu adalah baik baginya. 


Nikmat dan syukur

         Ada dua benda di situ. Satu , nikmat,  kedua, syukur. Yang mana satu nabi kata baik?  Nabi kata yang baik ialah syukur. Sebab nikmat bukan mesti baik. Berapa ramai orang  yang dapat nikmat ia kufur. Nikmat tidak mesti baik, nikmat ialah  ujian. Yang menentu kan nikmat itu baik ialah selepas itu. Apa sikap  dia selepas dapat nikmat  itu?

       Qarun dapat nikmat tapi ia kufur. Maka nikmat itu menjahanamkannya. Sebab itu kaedah mengatakan,  'Apa sahaja yang mendekatkan diri kita kepada Allah adalah nikmat walaupun sakit.  Dan apa saja yang menjauhkan kita dari Allah ialah musibah walaupun itu nikmat'.

    Sihat itu nikmat, tapi jika ia makin lupa Allah maka sihat itu musibah baginya. Kaya itu nikmat, tapi jika dengan kaya itu  ia semakin jauh dari Allah, makin tambah maksiat,   maka kaya itu musibah baginya. 


Syukur itu baik

      Bila dapat nikmat dan dia bersyukur. Syukur itu nabi s.a.w kata baik.  Kenapa nabi kata bersyukur itu baik  bukan nikmat yang baik? Iaitu kerana firman Allah, 

        Iaitu bila kita syukur (tambah taat) maka Allah tambah lagi nikmat.  Satu lagi nikmat bersyukur ialah dapatnya kita bersyukur. Kerana berapa ramai yang dapat nikmat tapi tak bersyukur  (mendekatkan diri kepada Allah).  Orang dapat nikmat dan bersyukur ia dapat dua nikmat.  Sebab itu bersyukur tak boleh berhenti sebab kita sentiasa dapat nikmat . Kita dapat nikmat  lalu bersyukur, kita bersyukur lagi sebab dapat bersyukur dan seterusnya. Akhirnya bersyukur itu tiada penghujung. 


     Benda ada dua sahaja iaitu nikmat, kalau bukan nikmat ia musibah.  Tiada yang ketiga. 


Ditimpa musibah

     Bila orang beriman ditimpa musibah, apa pula sikapnya? Iaitu ia sabar. Dan nabi s.a.w  kata sabar itu adalah baik baginya.    Bukan musibah itu baik. 

    Ada orang dapat musibah lalu dapat musibah lagi besar. Contohnya,  ia sakit, sakit itu musibah. Tapi bila ia tak sabar dengan  sakit itu ia dapat satu lagi musibah iaitu ia tak redha dengan takdir Allah.   

     Kalau ia sakit tapi ia tak setuju dengan tuhan,   antara sakit dengan tak setuju tuhan mana lebih besar musibahnya?  Ialah tak setuju dengan tuhan. Itu bahaya dan sebab itu bila tiada ilmu kita dalam bahaya. 

     Bila dia ditimpa musibah dunia, jika dia tak sabar maka dia akan  ditimpa musibah yang lebih besar,  musibah agama iaitu tidak setuju dengan tuhan. Maka Allah tak redha dengan  dia. 


Dua kali musibah

       Orang lain sakit Allah redha. Dia dahlah sakit Allah tak redha pula, dua kali musibah.

     Dicerita kan ada seorang lelaki tawaf dan berdoa  ,  ya Allah redhalah pada aku. Sebelahnya imam Syafie tapi ia tak kenal. Kata imam Syafie, kenapa kamu minta Allah redha pada kamu? Sepatutnya  kamu sendiri redha pada Allah.  Kata lelaki itu, macamana aku hendak redha kepada Allah?

     Kata imam Syafie, ketika kamu ditimpa musibah dan ketika kamu dapat nikmat, perasaan kamu kepada Allah tetap sama.

       Allah bagi sihat, alhamdulillah. Allah bagi sakit sama alhamdu- lillah.  

    Tapi kalau Allah bagi sihat alhamdulillah, bila Allah bagi sakit, katanya, kenapa aku yang kena?  Baru saba sembuh kencing manis....  gout pula....  Ini musibah lebih besar. 
      
    Maka bila tiada ilmu, musibah datang bertimpa-timpa.    Maka nabi s.a.w  ajar satu doa,

   "Ya Allah, jangan Kau jadikan musibah  pada agama kami,
dan jangan Kau jadikan kehidupan dunia sebagai perhatian terbesar kami,  dan bukan pula tempat akhir pengetahuan kami,  dan jangan Kau kuasakan atas kami orang yang tidak menyayangi kami.”
[HR: Tarmizi, 3502]

    
     Iaitu kita minta jangan Allah beri musibah dalam bab agama. Seperti malas solat, malas berzikir, malas belajar agama, malas bangun malam , tak setuju dengan takdir Allah dan sebagainya. Maka kita minta dijauhkan. 

      Maka orang yang benar imannya akan sentiasa bersyukur dengan apa saja nikmat dan sentiasa bersabar dengan apa saja musibah yang datang. 



Semoga bermenafaat.

     




Dari kuliah: Ust. Abdul Muein.
7/5/25
Padang Jawa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...