Langkau ke kandungan utama

209) BOLEHKAH BERDOA KEPADA SELAIN ALLAH?

 "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina".  [Ghafir 40: 60].
[Jami’ al-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, no: 3232. Al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Sahih].

        Dalam berdoa     ternampak ketundukan seseorang hamba kepada Allah. Ketika berdoa ia merendahkan     dirinya, ia menengadahkan tangannya, ia mengakui    kehinaannya,     ia mengakui ketidakmampuannya, dan mengakui maha Kuasanya Allah swt. Sehingga terkumpul hal-hal  antara hamba dengan Khalik.  Inilah  keadaan  seorang hamba. 


Dicintai Allah

    Inilah keadaan yang dicintai oleh Allah swt.  Makanya,  keadaan yang terbaik seorang hamba ialah ketika dalam sujud, sabda nabi,   
    "Sedekat- dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud".
 (Hadith Riwayat Muslim 1/350) 

      Orang yang semakin merendah kan dirinya kepada Allah,  semakin diterima doanya. Jadi,   kondisi sebagai seorang hamba , jika diarahkan kepada selain Allah, maka itu adalah syirik yang sangat besar,  iaitu bila seseorang berdoa kepada selain Allah. Bayangkan seseorang berdiri di hadapan berhala, menundukkaan  dirinya kepada berhala, dengan  kehinaan hatinya, ia tawakkal segala urusannya  kepada berhala, maka 
itu jelas syirik.


Syirik akbar

       Sama seperti seseorang yang meminta kepada nabi Isa dengan mengumpulkan hatinya,     ber- tawakkal  kepada nabi Isa, mengakui kehinaannya sebagai hamba, dia serahkan kondisi  ini kepada nabi Isa, maka ini syirik akbar.

       Sama juga  jika seseorang pergi ke kubur nabi s.a.w kemudian merendahkan dirinya, menangis-nangis,    memohon,  meminta kepada rasulullah s.a.w  yang hatinya sepatutnya  diserahkan kepada Allah.  Bila ia serahkan  kepada makhluk maka itu dosa syirik yang paling parah.

       Syirik itu banyak, tetapi yang paling parah antaranya  ialah meminta kepada selain  Allah.  Firman Allah, 

      Dalam ayat di atas Allah menerangkan kondisi seseorang yang sangat menyedihkan.   Iaitu sesiapa yang berdoa kepada selain Allah, ia takkan dikabulkan hingga hari kiamat.  Ia, iaitu selain Allah tidak tahu apa yang mereka minta.  Firman Allah lagi,


      Sembahan-sembahan itu tidak tahu doa-doa mereka yang berdoa kepadanya, dan ia akan memusuhi mereka pula di akhirat nanti.


Nabi Isa ditanya

      Nabi Isa a.s  ditanya oleh Allah di hari kiamat nanti , 

         Bila Allah bertanya kepada nabi Isa a.s     adakah ia ada menyuruh kaumnya menyembah dirinya,   maka nabi Isa menjawab tidak pernah.  Iaitu ianya berlaku semasa nabi Isa hidup dikalangan mereka . Tapi bila nabi Isa diangkat ke langit, maka ia pun tidak tahu apa perlakuan pengikutnya  selepas itu.

     

     Berapa juta orang yang  berdoa kepada nabi Isa sekarang?  Padahal nabi Isa tak tahu pun doa mereka itu.

   Lebih parah kata Allah, yang disembah itu akan menjadi musuh kepada penyembahnya. Seperti dalam ayat di bawah,

         Hal ini kenapa? Kerana tidak ada yang mengabulkan doa kecuali Allah swt.  Firman Allah,


      Ada banyak ayat yang seperti ini,    iaitu hanya kepada  Allah tempat berdoa, firman Allah lagi,

        Iaitu sesiapa yang berdoa kepada selain Allah ia adalah orang musyrik.  



Nabi-nabi berdoa kepada Allah

       Nabi-nabi beristighasah kepada Allah swt.     Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah, nabi Zakaria a.s juga berdoa kepada Allah memohon diberikan anak.      Nabi Yunus a.s  juga memohon kepada Allah ketika ia ditelan ikan paus.  Begitu juga nabi Ayub a.s       memohon doa kepada Allah.    Nabi Muhammad s.a.w    juga berdoa kepada Allah ketika perang Badar.   Ia disebut istighasah.  Semua para nabi beristighasah kepada Allah.


Meminta kepada mayat

       Kemudian datang orang di zaman sekarang mengajar orang lain untuk meminta kepada mayat-mayat  yang sudah mati. Yang sepatutnya kita mendoakannya,  sebaliknya diajar berdoa kepada mereka.     Katanya, kalau kamu dalam kondisi     terdesak, maka mintalah pada     mayat-mayat tersebut.    Kalau minta langsung kepada Allah tidak akan dikabulkan Katanya, Allah tidak pandang kamu, jadi mintalah kepada wali-wali tersebut.

      Maka kita lihat orang yang dalam kondisi genting, mereka tidak meminta kepada Allah. Tetapi katanya , Ya Ali, Ya Ali  . Ada yang mengatakan Ya Husin, Ya Husin. Ada mengatakan Ya saidi Badawi, ada pula yang mengatakan Ya Abdul Kadir Jailani dan lain-lain.  Menyeru para wali ini syirik akbar. Ini syirik yang paling parah. Hal inilah yang ingin kita bahaskan.


Pembahagian doa

Doa dibahagi kepada dua:

1.  Doa ibadah
Semua ibadah dinamakan juga dengan doa.  Seperti  dalam surah Maryam, 


 Doa itu sama dengan ibadah. 

2.  Doa masalah
Maksudnya doa permohonan, meminta.

      Kedua-duanya    tidak boleh ditujukan     kepada selain Allah. Maka dalam alquran banyak sekali Allah maksudkan begitu.

   Doa permohonan ini juga disebut al isti'anah billah, iaitu meminta pertolongan kepada Allah. Istianah ini tebahagi dua iaitu:
1.   Minta perlindungan
2.   Istighasah. Ia sama juga meminta pertolongan tetapi ia pertolongan dalam keadaan genting.  

     Kedua-duanya harus kepada Allah swt. Tidak boleh kepada selain Allah. 


Istighasah kepada selain Allah

       Bagaimana pula jika istighasah bighairillah  , iaitu istighasah kepada selain Allah?  Apa hukumnya?

    Ada dua keadaan. Iaitu:

1.   Istighasah kepada yang masih hidup
2.    Istighasah kepada mayat
    

Istighasah kepada yang hidup Ini pula terbahagi dua:

1.1   Hidup namun tidak hadir  (ghaib).  Ini pula ada dua kemungkinan iaitu:
1.1.1  meminta perkara yang jikalau ia hadir ia mampu melakukannya.

           Contohnya kita meminta pertolongan syeikh yang berada di Saudi, ia tidak dengar suara kita, tapi kita kata, ya  syeikh tolong saya. Apa hukumnya?  Maka ini hukumnya syirik kerana meyakini orang tersebut maha  mendengar padahal dia tak dengar pun, maka ini syirik.   Padahal dia hidup tapi ghaib.

1.1.2    Meminta  perkara yang kalau dia hadir tetap tak mampu melakukannya. 

      Jika meminta kepada syeikh tadi contohnya , tetapi hal yang ia tak mampu, maka ini lebih syirik lagi.   Ini kerana dua sebab iaitu:

1.1.2.1    meyakini ia maha mendengar. 

1.1.2.2    meminta sesuatu yang diluar kemampuannya, yang hanya Allah mampu melakukannya.  

     Contohnya  , ia berada dalam keadaan bahaya di lautan lalu memanggil syeikh yang masih hidup tapi diluar negeri. Ini syirik kerana  dua sebab. Iaitu ia meyakini syeikh itu maha mendengar, kedua ia meyakini syeikh itu boleh menolongnya  yang mana ia tak mampu  lakukannya kecuali Allah.  


1.2   Hidup yang hadir

Dalam hal ini ada dua bentuk juga:

1.2.1   Pada perkara yang ia mampu lakukan.  Ini hukumnya boleh. Seperti orang bani Israil yang meminta pertolongan nabi Musa, seperti dalam ayat ini,

         Jadi disini boleh minta tolong pada perkara yang mampu dilakukan, seperti minta tolong polis, pemerintah atau orang yang hadir lainnya.

       Adapun minta tolong pada perkara yang  ia tak mampu, yang hanya Allah yang mampu, maka ini syirik. Seperti meminta, Ya syeikh  murahkan rezekiku, mudahkan isteri ku bersalin.   Maka ini tidak boleh. Ini urusan Allah swt. Seperti juga,  ya syeikh tolong turunkan hujan, maka ini hukumnya syirik. 


Istighasah kepada mayat

      Yang kedua, istighasah kepada mayat.  Maka ada 2 bentuk:

2.1   Di hadapan mayat.
2.2  Jauh dari mayat.

     Contoh di depan mayat iaitu di depan kuburan wali. Maka ini ada dua keadaan:
2.1.1     meminta mayat berdoa kepada Allah untuk dirinya .  Iaitu meminta simayat meminta tolong kepada Allah. Bagaimana hukumnya?  Hukumnya ada khilaf , ada yang mengatakan:

a.   Syirik.  
Kerana ada perlakuan ibadah disitu, iaitu meminta tolong.
b   bid'ah.  
Kerana Ia masih meminta kepada Allah, bukan kepada mayat.   

2.2.1   Jika dalam keadaan jauh dari mayat,  contohnya,  dia di Indonesia beristighasah kepada Husin r.a yang di Iraq. Maka bagaimana keadaan hal ini? Ada 2 keadaan:

a.   Dia bertawassul kepada roh tersebut.  Iaitu meminta mayat mendoakan  kepada Allah. Ini tawassul yang tidak benar.  Hukumnya syrik akbar. Kenapa?  Kerana ia  meyakini si mayat itu mendengar kata-katanya. Padahal itu hanya mayat yang jauh pula.  Meskipun ia tak meminta kepada nya. 

b.     Dia meminta kepada mayat. Ini syirik yang lebih parah. Kenapa? Kerana ia meyakini mayat itu maha mendengar dan kedua ia meyakini mayat itu maha mengabulkan permintaannya. 


     Inilah hukum orang yang beristighasah kepada selain Allah. Hanya satu keadaan yang boleh  iaitu meminta tolong atau istighasah kepada orang yang hidup yang hadir. Selain itu semua tidak boleh.  Semuanya syirik kecuali  ada khilaf     boleh bila memohon kepada Allah dengan berkat si mayat. 

      Jika ia hampir lemas  di lautan lalu meminta tolong , wahai Abdul Kadir Jailani, tolonglah aku. Maka ini syirik kerana meyakini Abdul Kadir Jailani maha mendengar dan maha mengetahui. Dan dapat menyelamatkannya.  Maka di sini terkumpul 3 kesyirikan. 

Da'i mengajar syirik

     Jangan di hairankan di zaman sekarang ada da'i yang mengajar manusia untuk meminta pertolongan kepada mayat. Padahal mayat itu , disuruh kita mendoakannya . Bukan minta ia berdoa untuk kita. 

     Ketika sahabat mati syahid, nabi s.a.w mengatakan, 
   " Sesungguhnya Zaid bin Haritsah mati syahid  mohon ampunlah untuknya."

       Nabi s.a.w tidak mengatakan , dia sudah mati syahid, mohon doalah darinya. Tidak.  Bila Jaafar bin Abu Talib mati syahid, nabi berkata, 
" Jaafar bin Abu Talib sudah mati syahid, mohon ampunlah untuk- nya."

     Kemudian Abdullah bin Rawahah mati syahid, nabi berkata lagi
  " Abdullah bin Rawahah mati syahid,      mohon ampunlah untuknya".

Mendoakan mayat

   Jadi,  nabi s.a.w suruh kita mendoakan  para syuhada. Nabi datang ke kubur para syuhada lalu mendoakan mereka.  Tidak sekali pun nabi mengajar para sahabat nya minta doa dari syuhada yang sudah  meninggal dunia.

      Justeru, orang yang sudah meninggal perlukan doa dari kita agar diangkat darjatnya di sisi Allah.  Kerana  orang yang sudah mati maka terputus amalannya kecuali 3 perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermenafaat dan doa dari anak yang soleh. 

      Jadi, mereka perlukan doa dari orang yang hidup. Tetapi sekarang perkaranya sudah terbalik, dengan berbagai-bagai  syubhat, mereka mengatakan ,
  " Kalau mahu istighasah,  istighasah lah kepada orang mati Kalau dalam keadaan genting , mintalah kepada wali-wali . Mereka akan sampaikan kepada Allah swt."

      Jadi, waspadalah dengan syubhat-syubhat.  Orang yang sudah mati itu minta kita doakan, bukan kita meminta doa darinya. 

         Tidak ada para sahabat datang kekuburan nabi s.a.w meminta-minta kepada baginda. Tidak ada para tabiin pergi kekubur Abu Bakar r.a atau Umar r.a lalu meminta-minta kepadanya. Tidak pernah ada.  Tetapi munculnya zaman sekarang ini dari bid'ah orang syiah.  Bagaimana mereka keterlaluan kepada penghuni kubur. Diikuti oleh sebahagian ahli sunnah sehingga terperangkap dengan syubhat ini dan menyuruh orang melalukan hal yang sama. 

Pegangan paling konyol

       Dan satu pegangan mereka yang paling konyol iaitu,
' Jika anda mengingkari istighasah bererti anda mengingkari kemahakuasaan Allah. Mampu atau tidak Allah membuat mayat boleh mendengar permintaan kita  menolong kita?"

     Maka, kita jawab, ' kalau sekadar kerana Allah mampu, burung pun mampu jika Allah berkehendak. Bahkan kotoran pun bolhh jadi ubat kalau mengikut Allah mampu. Tapi adakah dalilnya, bahawa mereka yang mati itu mampu menolong kita di alam nyata ini?  Mana dalilnya? Kalau tidak ada dalil maka itu khurafat semuanya.'

       Kalau sekadar mampu , Allah mampu buat apa saja. Allah mampu membuat nabi Isa mampu menolong kita. Bagaimana kalau orang kristian  berkata begitu kepada kita ? Adakah anda percaya kemampuan Allah?  Allah mampu menguasai alam semesta? Bukankah Allah boleh membuat nabi Isa mampu mendengat seruan kita, bila perlukan pertolongan ia datang membantu?

Mana dalilnya?

    Ya  kalau sekadar mampu, memang Allah mampu. Tapi adakah Allah melakukannya? Mana dalilnya?  Sehingga mereka berkata kalau menolak istighasah bererti mengingkari kekuasaan Allah. Mana dalilnya?  Kata mereka Abdul Kadir Jailani diberi kun, kun faya kun ,maka jadi.     Mana dalilnya?  Kalau benar  ada dalilnya , maka silakan minta kepada dia. Tapi kalau hanya dari mimpi, hanya kenyataan , maka itu semua omong kosong. 

    Jangan main-main  dengan masalah syirik dan tauhid. Bagaimana boleh mengajar orang bergantung kepada azimat, atau bergantung kepada sesuatu yang tidak hadir yang dianggap boleh mendengar, boleh mengetahui permasalahan.  Bergantung hati kepada orang seperti ini, ini adalah syirik akbar.  Ahli syirik yang tidak bertaubat akan kekal di dalam neraka.  Allah nyatakan,

Firman Allah lagi 

     Waspada , jangan kita meminta kecuali kepada Allah. Nabi-nabi saja meminta kepada Allah. Mereka tak mampu menolong diri mereka sendiri. Tetapi kita meminta tolong daripadanya? Apalagi kepada wali-wali  atau orang-orang jahil. 
 


Semoga bermenafaat.

     

     
Dari kuliah Dr. Firanda
Klang.
22/11/24  

 

      


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...