Langkau ke kandungan utama

79) BENARKAH SAHABAT MEMBUAT BID'AH?

Bismillah.
Assalamualaikum,  


        Benarkah sahabat ada membuat bid'ah? Yang mana dengan alasan ini, maka ada orang di  zaman sekarang  merasa tidak bersalah untuk membuat bid'ah  juga dan menamakannya dengan bid'ah hasanah?

          Sebenarnya ,  kerana ada salah faham dalam hal ini, maka berlaku khilaf  yang besar.  Dan khilaf ini berlarutan hingga ke hari ini sehingga menimbulkan pendapat yang keliru.

       Pada zaman nabi s.a.w di Madinah sehinggalah beliau wafat, syariat belum lagi  lengkap sehinggalah turun ayat  3, surah al Maidah ini:

Allah SWT berfirman bermaksud: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah, ayat 3)

        Ayat ini  dengan jelas menandakan bahawa syariat Islam  sudah lengkap. Tiada yang kurang tiada yang lebih. Jadi,  dalamasa syariat sedang di turunkan, maka jika ada sahabat yang membuat amal-amal tertentu dan diketahui oleh  nabi, maka nabi s.a.w akan mengesahkannya atau menolaknya . Jika tepat dengan syariat nabi terima, jika tidak maka nabi tolak. Maknanya bukan para sahabat boleh sewenang-wenangnya membuat amalan baru. Maka selepas turun ayat di atas  nabi s.a.w  tidak lagi membenarkan apa-apa amalan untuk di tambah.

         Tidak ada istilah sahabat membuat  bid'ah atau menambah amalan. Kerana di masa itu syariat belum lengkap.  Yang dikatakan menambah-nambah itu apabila syariat sudah lengkap tapi dibuat amalan baru maka itu dipanggil menambah-nambah  dalam syariat atau bid'ah. Kalau syariat masih  belum lengkap , itu dipanggil  mengisi syariat yang belum sempurna . Tetapi dengan pengesahan dari nabi s.a.w  sendiri . Kerana syariat Islam itu di sempurnakan secara beransur-ansur, bukan sekaligus. 

         Umpama rumah yang belum siap. Jika si tukang itu mahu membuat tingkap atau pintu, maka itu tak dikatakan menambah rumah. Itu dikatakan menyiapkan rumah kerana memang rumah itu belum siap. Apabila rumah sudah siap lengkap segala-galanya  , jika si tukang ingin membuat lagi apa-apa tambahan  binaan  , maka itu baru dipanggil menambah rumah.  Jikalau rumah pun belum siap maka tak dipanggil menambah rumah, itu dipanggil menyiapkan rumah.
         
       Jadi, di sinilah berlakunya kekeliruan apabila ada orang mengatakan ada bid'ah  di zaman nabi s.a.w. Jika mereka mengatakan  nabi sendiri  membenarkan bid'ah maka kenapa sekarang  mereka tidak  boleh membuat bid'ah? Inilah  kekeliruan yang benar-benar menjadi penyakit dalam kehidupan umat ini.

        Jika mereka fikir bid'ah ini tidak mengapa,  akhirnya bid'ah akan menjadi sunnah pula bagi mereka .  Inilah syubuhat yang banyak menenggelamkan  umat.

Kesimpulan.
    
      Bila bid'ah itu menjadi legal/ diterima,  maka dari sinilah bermula berlakunya  penyimpangan-penyimpangan dalam agama ,  kerana yang namanya syubuhat itu selalunya berdalil juga.  Tetapi samada dalilnya yang tidak sahih atau pengambilan dalilnya yang tidak sahih.  Maka di sini perlu ada hadis nabi s.a.w untuk menafsirkan hadisnya sendiri.



Padang Jawa.
4/8/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...