Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum Diberi Rezeki Ada orang diberi rezeki yang lebih, dan ada juga diberi rezeki yang kurang. Sebab itulah masyarakat itu di kelaskan mengikut kadar gaji atau hasil yang mereka perolehi. Bagaimana kita ingin hidup bahagia dengan apa yang kita ada? Orang kaya memang ternampak bahagia dengan rumah besar, kereta mewah dan lain-lainnya. Apakah mereka benar-benar bahagia? Tuhan saja yang mengetahuinya. Jika anda hidup sekadarnya saja, atau miskin, apakah anda tidak boleh bahagia? Atau anda pasti tidak bahagia kerana anda miskin? Itu persoalannya. Kata Dr. Firanda, " Jadilah engkau orang yang bersyukur, dan tinggalkan membanding-banding- kan ". Kunci bahagia Jadi, itu kunci bahagia. Siapa pun anda, bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterimakasih kepada tuhan, kerana semuanya itu dari Alla...