Bismillah, Assalamualaikum Sangat penting untuk kita tahu apa dan mengapa kita hidup yang kita lalui sekarang. Ia seperti orang yang sedang main bola. Ia perlu sedar bahawa ia sedang main bola. Kerana dengan itu ia akan tahu tujuan akhir bola itu direbut-rebut , iaitu untuk menjaringkan gol. Gol itu tujuan atau matlamat bermain bola. Tujuan akhir Begitu juga hidup. Kita mesti tahu tujuan akhir kita sebenarnya. Tapi saya dan anda tidak tahu, kecuali jika diberitahu oleh orang yang tahu. Nabi Muhammad tau hal ini kerana ia diberitahu oleh Tuhan yang mencipta kita semua. Dia adalah petunjuk atau ikutan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Kata Allah, " Maka tiadalah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan ia permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa". (Al an'am:32) Kenapa dikatakan hidup ini pe