Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

19) KONSUMSI BERLEBIHAN

Salam sejahtera,            Saya mencuba hidup secara minima. Tetapi itu tidak bermaksud saya langsung tidak mempunyai harta atau barang2 keperluan harian.           Saya ada rumah dan kenderaan. Isteri saya ada perabot dan pakaian. Anak2 ada buku2 dan alatulis. Dan masing2 ada barang2 keperluan. Kami mencuba hidup minima tetapi kami juga adalah pengguna/konsumer. Pendekata, hidup memang memerlukan kepenggunaan barang2 keperluan hidup.           Tetapi kita harus berusaha kuat daripada menjadi pengguna yang berlebihan. Kepenggunaan menjadi berlebihan bila kita mengguna sesuatu melebihi apa yang kita perlukan. Bila ini berlaku bermakna kita melampaui sempadan tertentu. Pinjaman peribadi menyebabkan kita berbelanja melebihi tahap pendapatan kita. Pengiklanan mencorak gaya kehendak kita. Dan pengaruh sosial menyebabkan kita memandang tidak apa terhadap kepenggunaan berlebihan.              Kepenggunaan berlebihan menarik kita ke kemahuan kepada rumah yang lebih bes