Langkau ke kandungan utama

19) KONSUMSI BERLEBIHAN

Salam sejahtera,




           Saya mencuba hidup secara minima. Tetapi itu tidak bermaksud saya langsung tidak mempunyai harta atau barang2 keperluan harian.

          Saya ada rumah dan kenderaan. Isteri saya ada perabot dan pakaian. Anak2 ada buku2 dan alatulis. Dan masing2 ada barang2 keperluan. Kami mencuba hidup minima tetapi kami juga adalah pengguna/konsumer. Pendekata, hidup memang memerlukan kepenggunaan barang2 keperluan hidup.

          Tetapi kita harus berusaha kuat daripada menjadi pengguna yang berlebihan. Kepenggunaan menjadi berlebihan bila kita mengguna sesuatu melebihi apa yang kita perlukan. Bila ini berlaku bermakna kita melampaui sempadan tertentu. Pinjaman peribadi menyebabkan kita berbelanja melebihi tahap pendapatan kita. Pengiklanan mencorak gaya kehendak kita. Dan pengaruh sosial menyebabkan kita memandang tidak apa terhadap kepenggunaan berlebihan.

             Kepenggunaan berlebihan menarik kita ke kemahuan kepada rumah yang lebih besar, kereta yang lebih laju, pakaian yang lebih bergaya, teknologi yang lebih canggih dan almari yang penuh. Ia menjanjikan kegembiraan tapi sebenarnya tidak. Sebaliknya ia merangsang kita lagi dan lagi kepada material yang dirangsang oleh dunia sekeliling kita. Dan ia sedikit demi sedikit merompak masa hidup kita. Ia melayan kehendak nafsu kita yang tak mungkin dapat dipenuhi sepenuhnya.

           Jadi, sudah sampai masanya kita menyemak kembali lingkaran hidup kita dalam hal kepenggunaan dan pemilikan harta benda.  Kita harus sedar bahawa kepenggunaan berlebihan tidak menjanjikan kebahagiaan sepenuhnya. Kepenggunaan adalah perlu tetapi bukan kepada kepenggunaan berlebihan .

          Lihatlah apa kebaikan yang kita dapat bila kita menolak kepenggunaan berlebihan:

1) Kurang berhutang:

          Berhutang bermakna kita tidak mampu membeli sesuatu yang kita mampu. Berhutang bererti kita menggunakan duit masa depan kita untuk masa sekarang. Ini menyebabkan kita hidup mengejar masa untuk menutup lubang2 .

2) Habis masa untuk menjaga hakmilik:

            Bila kita ada hakmilik yang banyak, banyak masa digunakan untuk menjaganya. Ia perlu dijaga dari dicuri, dari rosak dan memerlukan tempat untuk menyimpannya. Semua ini akan memakan masa kita yang berharga.

3) Kurang mengikuti gayahidup yang super:

       Internet dan television merangsang kita untuk hidup secara  super seperti orang yang kaya dan terkenal. Walau kita tidak mampu. Hidup minima tidak perlu semua itu.

4) Impak kepada alam sekitar:

         Isi bumi ini dicipta cukup untuk keperluan manusia. Tetapi bukan kepada semua kehendak manusia yang tidak terbatas itu. Penggunaan yang sederhana akan menyelamatkan alam sekitar dari disalahguna dan diceroboh.

5) Tidak perlukan fesyen terkini.

         Dikatakan bahawa ' setiap generasi mentertawakan fesyen yang lama, tetapi beriman dengan yang terbaru'.

        Setiap tahun dicipta fesyen pakaian, kenderaan, hiasan dan sebagainya yang baru. Dengan mempropagandakan ianya yang terbaru, yang lain ketinggalan zaman, maka, pengguna dirangsang kepadanya walaupun ianya bukanlah keperluan yang asasi.

           Mereka yang termakan akan sentiasa mengikut trend ini.



6) Hidup menunjuk2:

           Orang mahu menayangkan hakmiliknya sebagai bukti kelas hidupnya yang tinggi. Ini bukanlah sifat yang baik. Tetapi kini orang boleh berlagak dengan cara berhutang. Bukankah itu satu penyakit moden?



7) Hidup pemurah:

             Menolak konsumsi berlebihan biasanya akan membebaskan kita dari masalah masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu kita dapat memanfaatkan masa, tenaga dan wang kita yang ada untuk membantu orang yang lebih memerlukan. Dengan itu kebaikan dapat disebarkan, berbanding hanya menumpukannya kepada diri sendiri sahaja.



8) Kepuasan:

           Ada orang berkata bila mereka sudah senang atau kaya, mereka akan merasa puas dalam hidup. Tetapi hakikatnya, tidak. Mereka akan masih mahu dan mahu lagi. Kerana nafsu itu tidak bertepi. Hidup minima bukanlah untuk mencari kepuasan, tetapi untuk mengatur-semula hidup kita. Untungnya, ia pula membawa pula kita ke jalan kepuasan.



9) Kebolehan menilai kata2 yang menarik hati pengguna.

          Para penjual mengatakan kepuasan hanya didapati dengan membeli barangan yang mereka sediakan. Tetapi ia semestinya bukan. Dan Tidak mungkin .

         Dengan berundur kebelakang dan menahan diri serta berfikir, kita boleh melihat bahawa sebahagian besar kata2 mereka adalah tidak benar.



10. Menyedari bahawa hidup bukan semata2 untuk mengumpul harta.


            Hidup sebenar adalah untuk apa yang tak dapat kita lihat; iman, pahala, kebaikan dan syurga.

            Ianya jauh lebih penting dari hanya memiliki harta benda yang melimpah ruah. Oleh itu, kita akan fokus kepada hal yang lebih panting .




         Menyelamatkan diri konsumsi berlebihan bukanlah satu peperangan yang mudah. Tetapi harus dieruskan kerana jika tidak, ia akan merompak masa dan tenaga kita tanpa dapat dikembalikan lagi.


         Jalan yang benar harus dicari.




Padang Jawa,
21/3/19

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

189) APAKAH 10 PEMBATAL ISLAM?

Bismillah. Alhamdulillah, Assalamu'alaikum, Nikmat terbesar       Allah telah berikan kita berbagai nikmat yang tak terhitung banyak- nya.  Antara nikmat yang paling besar yang diberikan ialah nikmat Islam dan sunnah. Imam Abul Aliyah r.h (23 -93H), seorang tabiin yang mulia mengatakan,  'Allah swt memberiku dua nikmat, aku tidak tahu antara dua itu mana yang paling berharga, yang pertama bila Allah beriku hidayah Islam, yang kedua bila Allah tidak menjadikan ku berfikiran khawarij, sebaliknya memberiku hidayah sunnah.' Menjaga Nikmat      Islam adalah nikmat terbesar yang  diberikan, oleh itu menjadi kewajipan bagi kita menjaga nikmat tersebut. Agar kita diwafat- kan oleh Allah swt di atas Islam dan di atas sunnah. Maka, Allah pun berpesan dalam surah Ali Imran:102,          Maka ini perlu kita jaga sehingga Allah mencabut nyawa kita. Risalah kecil        Dengan tujuan ini ...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...