Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

18) Kesederhanaan

Salam,         Pernahkah anda rasa jiwa yang kosong, semangat yang hilang dan hilang arah tujuan?         Jika pernah, ada sesuatu yang lari dari alignment hidup anda, yang boleh membawa anda kepada kecelakaan.        Jika hidup anda hanya mengejar Wang, wang, pangkat dan harta sahaja, jiwa anda jadi letih dan kosong. Mengapa? Kerana kita tidak diciptakan untuk itu. Kita bukan hamba wang. Wang hanyalah alat mencapai hajat kita sahaja.          Jadi bagaimana kita? Adakah tidak perlu cari wang?          Jawapannya ialah gantikan wang dengan kesederhanaan. Ya kesederhanaan. Kita boleh kaya banyak wang, tapi sederhanalah dalam hidup. Kesederhanaan itu apa?         Kesederhanaan itu ialah menyembunyikan kekayaan dan bersyukur. Tidaklah maksud menyembunyikan itu kita kedekut dari berbelanja, tidak. Ia bermaksud tidak mempamerkan kekayaan. Kaya itu boleh, pamer kekayaan itu tidak boleh. Jika anda kaya dan suka mempamerkan kekayaan anda, itu sikap yang salah. Kerana ia