Salam, Jikalau kita perhatikan hari2 yang kita lalui, kita akan dapati berlakunya kematian insan yang kita kenali atau yang tidak kita kenali, lepas satu, satu. Kita mungkin dapat berita dari whatsapp atau melalui surat khabar, atau apa saja alat, yang mengatakan orang itu sudah meninggal dunia. Satu persatu kita mendapat berita seperti ini. Jadi, hidup ini bukanlah kekal, hanya sementara sahaja. Kita pun menuju saat yang sama, yang entah bila. Kita pun tak tahu. Oleh itu ,perkara terbaik untuk kita jalani hidup yang singkat ini adalah dari firman tuhan: Al-'An`ām:32 -" Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" Ya, apa saja yang kita buat atau miliki akan sia2 sahaja jikalau tidak selari dengan apa yang diajarkan Tuhan dan dan tidak di