Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

15) Selari Dengan Keimanan

Salam sejahtera,         Menjalani gayahidup minima bukan saja untuk kebersihan, kelapangan dan keceriaan, tetapi ia sangat selari dengan keimanan yang saya pegang sebagai Muslim.         Dengan hidup minima kita hidup dengan cara yang paling sederhana. Baik dari segi rumah, kenderaan, pakaian, hiasan, makan- minum dan juga perbelanjaan. Kita cukup dengan yang ada dan yang perlu sahaja. Tidak berlebihan sehingga membazir.         Ia juga suatu perjalanan spiritual yang nyata sebenarnya. Semua yang kita lihat dan nilai, adalah dengan matahati berbanding mata fizikal sahaja. Kita melihat sesuatu dengan kebaikan dan keburukan. Ia adalah satu yang hidup dengan hati bukan hanya mengikut nafsu semata2.         Dengan hidup minima kita dapat merasai keperitan hidup orang yang susah. Kalau hidup penuh dengan kelebihan, kita tidak akan faham hidup orang yang kekurangan. Kita tidak dapat menilainya dengan matahati , hanya menilai dengan pandangan mata.          Dengan itu kita mahu men

14) Rumah Bandar

Salam,                                      "Own less, live more"           Jika kita tinggal dibandar atau pinggirbandar, dan duduk dirumah teres atau flat, masalah utama adalah ruang rumah yang sempit. Bayangkan duduk di rumah flat yang luasnya hanya 730 kaki persegi, dan ada lima anak. Pasti terasa rimas dan bosan. Betul?           Jikalau kita tak mengawal kuantiti barang2 yang masuk  ke dalam rumah, dengan ruang yang sempit, buku2 dan pakaian yang penuh ditepi dinding, perabot, alat2 elektrik dan sebagainya, ruang yang kecil yang ada, akan menjadi lebih sempit.  Sehingga sesetengahnya, ruang tamu menjadi tempat makan dan tempat tidur. itu masalah yang dibuat oleh kita sendiri sebenarnya. . Kita sedang menekan jiwa kita sendiri.                     Apa solusinya?            Dengan cukup sekadar apa yang ada dan perlu sahaja, masalah ini boleh selesai. Tak perlu menambah apa yang ada, bersihkan ruang dari barang2 lama dan tak dipakai lagi. Dermakan atau jual

13) Kebaikan (5): Kurangnya Perbelanjaan

Salam,           Satu lagi menafaat jika mengamalkan gaya hidup minima ialah berkurangnya perbelanjaan.          Jikalau kita cukup dengan yang sedikit dan yang perlu sahaja, maka tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak lagi seperti sebelumnya. Harta atau barang2 kepunyaan kita yang banyak bukan sahaja kelihatan semak, tapi ia juga memerlukan kos. Iaitu ruang untuk menyimpan, membaiki, membersih dan menjaganya. Semua ini memerlukan kos.          Dengan barangan yang perlu sahaja, bukan sahaja tidak kelihatan semak, tetapi juga mengurangkan kos kita.         Ramai orang menyangka kebebasan kewangan dicapai dengan adanya lebih banyak wang. Realitinya lebih banyak wang menarik kita untuk lebih banyak berbelanja. Mahu dan mahu lagi. Sehingga rasa masih tidak cukup.        Sebaliknya kebebasan kewangan ada pada pengamal gaya hidup minima. Mereka cukup walau dengan harta yang penting sahaja. Tidak memerlukan kos yang tinggi seperti orang lain.        Wang lebih y