Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

4) Apakah Material Untuk di Minimakan?

Salam sejahtera,           Ada banyak benda di sekitar kediaman kita yang kita memilikinya. Adakah semuanya harus dinyahkan untuk hidup minima?         Sebenarnya ia bukan bergantung pada apa bendanya. Ia bergantung kepada apa yang lebih dan tidak diperlukan sangat. Kita hanya perlukan benda2 yang penting dan perlu saja untuk disimpan. Selebihnya hanya memberatkan kita saja.            Antara material yang kita beri perhatian ialah: 1. Pakaian 2. Kenderaan 3. Rumah 4. Hiasan 5. Pinggan mangkuk 6. Alat2 mainan 7. Alat elekronik dan elektrik 8. Dan sebagainya.             Kita sendiri tahu mana barangan yang kita pakai tiap2 hari atau seminggu sekali atau sebulan sekali atau setahun sekali. Yang lain pada itu mungkin kita tak pernah pakai walau 10 tahun lamanya. Jika ia barang hiasan itu ok. Tapi memadai dengan sedikit . Tak perlu penuh satu almari.         Ada barangan yang jika lama sangat disimpan ia akan reput sendiri. Ada juga barangan dari logam akan berkarat jika lam

3) Asas Hidup Minima

Salam sejahtera,              "Hidup Minima" bukan hanya satu teori tetapi adalah suatu praktikal. Kita tidak mungkin menikmatinya kecuali selepas mempraktikkannya. Dimana kita mahu memulakannya?            Inilah asasnya. Lihat lah bilik kita sendiri atau disekeliling rumah. Disana sini mungkin ada pakaian yang bergantungan, (atau apa sahaja barang yang terbiar) yang mungkin tidak dipakai sejak bertahun2 lamanya, walaupun masih elok dan baru.          Langkah kedua, kita pastikan pakaian yang perlu untuk dipakai sahaja disimpan samada untuk berkerja atau berjalan2. Beberapa helai sudah cukup. Mungkin 4 pasang? Atau berapa? Terpulanglah.           Yang lain2 ?           Yang lain2 samada kita dermakan atau berikan kepada orang lain atau kita jual.          Mungkin kita keberatan jikalau belum pernah melakukannya. Tetapi percayalah ia mempunyai beberapa sebab yang baik.         Begitu juga dengan bahagian rumah yang lain seperti dapur dan ruang tamu. Lakukan seper

2) Dari Mana Dasarnya?

Salam sejahtera,            Selepas kita tahu maksud hidup minima tersebut, kita mungkin tertanya2 apakah dasarnya gaya hidup ini.          Dasarnya ialah dari al Quran: [5:87] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.            Ya, inilah dasarnya.            Kita tidak dilarang memilikinya benda2, tetapi kita dilarang melampaui batas. Sebaik2nya kita hanya me miliki suatu barang yang perlu dan penting sahaja. Selain daripada tidak perlu kita menyimpannya.

1) Erti Hidup Minima

Salam sejahtera,              Saya memulakan blog ini dengan memberi erti 'Hidup minima' itu sendiri. Apakah maksud tajuk diatas?             Maksudnya ialah, mengnyahkan semua unsur yang berlebihan  dan menetapkan sesuatu yang penting dan berguna sahaja disekeliling kita . Unsur yang dimaksudkan disini adalah berbentuk kebendaan ataupun material. Manakala menetapkan sesuatu yang penting dan berguna pula maksudnya kita tinggalkan yang penting dan berguna saja untuk kegunaan kita dan orang yang berkaitan dengannya. Ini bermakna kita menilai diri kita sendiri melebihi daripada menilai benda2.             Manakala menilai sesuatu yang penting dan berguna adalah bersifat subjektif, kerana ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain, mengikut tujuan seseorang itu memilikinya untuk kegunaanya. Ini bermakna kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita perlukan bukannya atas dasar apa yang kita mahukan.          Ia tidak bermakna apa yang kita