Bismillah, Assalamu'alaikum, Ini pengalaman yang diceritakan oleh ustaz Ahmad Zainuddin al Banjari (Indonesia) semasa beliau belajar di Madinah dan menjadi penterjemah bahasa Arab dalam musim haji. Ianya satu soal jawab antara seorang penceramah dengan salah seorang hadirin dari jemaah haji. Syeikh ( penceramah) itu kebetulan waktu itu membahaskan tentang mahabbatun nabi. Iaitu kecintaan ke pada nabi s.a.w. Salah satu tanda kecintaan kita kepada nabi adalah d engan tidak beribadah kecuali dengan apa yang dicont ohkan atau petunjuk dari nabi, katanya. Itulah hasil atau tanda kita cinta pada beliau. Kalau kita cinta seseorang, kita akui dan ikuti dia. Kalau tidak, maka cinta kita sudah menyimpang. Iaitu mengikut beliau dalam syariat dan tidak mengada-adakan sesuatu yang bukan pentunjuk beliau atau dipanggil bid'ah. Salah satu perkara bid'ah itu kata syeikh itu, adalah memperingati hari kelahiran rasul s.a.w. Sampai di situ, ada