Langkau ke kandungan utama

109) ANDA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI?

Bismillah,
Assalamu'alaikum,
 

       Ini pengalaman yang diceritakan oleh ustaz Ahmad Zainuddin al Banjari  (Indonesia) semasa beliau belajar di Madinah dan menjadi penterjemah bahasa Arab dalam musim haji. Ianya satu soal jawab antara seorang penceramah dengan salah seorang hadirin dari  jemaah haji.

       Syeikh ( penceramah) itu kebetulan waktu itu membahaskan tentang mahabbatun nabi. Iaitu kecintaan kepada nabi s.a.w.  Salah satu tanda kecintaan kita kepada nabi adalah dengan tidak beribadah kecuali dengan apa yang  dicontohkan atau petunjuk dari  nabi, katanya. Itulah hasil atau tanda  kita cinta pada beliau.  Kalau kita cinta seseorang, kita akui dan ikuti dia.  Kalau tidak, maka cinta kita sudah  menyimpang.

       Iaitu mengikut beliau dalam syariat dan tidak mengada-adakan sesuatu yang bukan pentunjuk beliau atau dipanggil bid'ah. Salah satu perkara bid'ah itu  kata syeikh itu, adalah memperingati hari kelahiran  rasul s.a.w.   Sampai di situ, ada seorang hadirin bangun bertanya, katanya,

Hadirin:  Syeikh saya mahu bertanya! Apa dalilnya dilarang menyambut hari kelahiran nabi itu? Apa dalilnya?  Bukankah itu mendatangkan kebaikan,  kecintaan, ada silaturrahim, membaca sejarah nabi, bahkan banyak kebaikan di sana.? ( dengan marahnya)

Syeikh: Tenang, tenang, minum dulu  tuan.. ....
Tuan  , sebelum saya menjawab, saya ingin bertanya dulu satu perkara.
Apakah memperingati kelahiran nabi itu tuan anggap baik atau buruk?

Hadirin : Ya tentu baik, kalau tak baik masakan kami mahu memperingatinya?

Syeikh: Kalau tuan mengatakan itu baik maka  saya mahu bertanya lagi, apakah kebaikan  itu diketahui oleh rasulullah s.a.w ?  Jawab ya atau tidak.
Apakah rasulullah  tahu kebaikan itu atau tidak? Ya atau tidak?

Hadirin:  Tapi syeikh.... ini kan  satu kebaikan, ini mahabbah rasul  , ini silaturrahim.  

Syeikh:  Tuan hanya jawab antara dua, ya atau tidak saja. Saya mahu itu saja.

Hadirin: ( akhirnya menjawab) Ya ,  diketahui!

Syeikh: Astaghfirullah...tuan , takutlah kepada Allah.  Ketika tuan mengatakan kebaikan itu diketahui oleh rasulullah s.a.w  bererti  tuan sudah menuduh rasul s.a.w telah menyembunyikan satu kebaikan dari umatnya.  Buktinya apa? Sampai  rasulullah s.a.w wafat, beliau tidak  pernah mensyariatkan perkara mengingati hari kelahirannya  kepada umatnya.

Hadirin : ( merah padam mukanya serta gelisah)

Syeikh: Tuan  saya ingin bertanya lagi, apakah kebaikan menyambut hari kelahiran nabi itu diketahui nabi atau tidak? Kalau di ketahui maka bererti rasul sudah tidak menyampaikan satu kebaikan dengan sengaja  kepada umatnya.  Jadi  adakah rasul ketahui atau tidak bahawa itu satu kebaikan?

Hadirin:  Ya udah, tidak diketahui oleh rasul  s.a.w.

Syeikh: Astahgfirullah... tuan takutlah kepada Allah.  Jika rasul tidak mengetahuinya  akan  hal itu,  bermakna rasul s.a.w tidak mengetahui sebahagian syariat, seolah-olah nabi itu jahil. Tuan telah menuduh nabi jahil tentang syariat!

       Selepas itu kerana suasana yang tegang, syeikh itu pun keluar , masuk ke dalam kereta nya sambil menunggu Ustaz Ahmad  Zainuddin datang.
       
      Di dalam kereta , syeikh itu bercerita kepada ustaz tadi bahawa bila dia keluar tadi, orang yang bertanya tadi datang kepadanya, lalu berkata, '  Saya punya jemaah di  Insonesia  ada ratusan ribu.  Dan saya bertaubat atas semua yang saya lakukan, '

     Kemudian dia memeluk syeikh dan selesailah pertemuan itu.

Dalil yang palsu.

       Ada orang mengatakan ini dalil hadits menyambut hari kelahiran nabi, tapi lihat apa statusnya:

        Dalam kitab Madarij al-Suud, Imam Nawawi al-Bantani menulis hadis tentang keutamaan merayakan Maulid Nabi, yang berbunyi, 
          "Nabi Saw bersabda: 'Barang siapa mengagungkan hari kelahiranku, niscaya aku akan memberi syafaat kepadanya kelak pada Hari Kiamat. Dan barang siapa mendermakan satu dirham di dalam menghormati kelahiranku, maka seakan-akan dia telah mendermakan satu gunung emas di jalan Allah'."

        Pensyarah  Ilmu Hadis Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah  mengungkapkan bahwa redaksi hadits tersebut tidak termuat dalam kitab-kitab induk hadits    iaitu  Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan At-Tirmidzi, Sunan An-Nasa’i, dan Sunan Ibnu Majah. Bahkan tidak terdapat pula dalam Musnad Ahmad, Al Muwaththa’ Imam Malik dan Sunan Ad Darimi.

        Kalau kita lacak/ ukur dengan menggunakan takhrij hadis, riwayat ini tidak ditemukan satu pun dalam kitab induk hadis apapun. Karena tidak ditemukan, maka dalam kajian ilmu hadis biasanya ini termasuk dalam kategori indikator hadis palsu," 
     
    Bahkan nabi pernah mengancam orang yang berdusta atas nama nabi  dengan katanya, 

         “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)]

        Maka, berhati-hati lah dalam mengada-adakan sesuatu di dalam agama ini. Umat kristian tersesat kerana mengadakan sesuatu yang tidak disyariatkan di dalam kitab Injil. 



Padang Jawa.
1/10/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...