Salam sejahtera, Membeli dan mengumpul barangan fizikal tidak lah mampu memenuhi keinginan kita mencapai kebahagiaan. Ia mungkin benar bagi sebahagian manusia, tetapi ia hanyalah dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Ianya sementara sahaja. Mengapa? Saya mengumpulkan 9 sebab mengapa memiliki barangan fizikal secara berlebihan tidak membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan yang kekal: 1. Ianya akan pudar. Semua benda2 adalah bersifat sementara secara alami. Ia mungkin cantik, berkilat dan nampak baru semasa didalam stor. Bila saja bungkusannya dibuka, ia mulai pudar, lusuh dan akan rosak pada satu masa nanti. 2. Sentiasa ada yang baru. Hari ini sesuatu itu mungkin yang terbaru, gaya terkini atau teknologi terbaru. Tetapi gaya dan teknologi sentiasa berubah. Hari ini kita membeli yang terkini, esok atau lusa ia mungkin sudah ketinggalan zaman. Kita mengejar sesuatu yang melelahkan. 3. Setiap tambahan