Bismillahirrahma nirrahiim, Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Di dalam masyarakat kita, bahkan di seluruh negeri dari Johor sampai ke Sabah, majoriti dari mereka kalau kita tanya apa kitab yang paling mulia? Tentu dia jawab al Quran. Sebab itu bila nak sentuh quran mesti ada wudhu, baca pun takut salah, sampai dia tak baca langsung. Benda-benda ini ditanam dalam masyarakat kita, baca tak boleh salah, kena ada wudhu, bermakna ia satu kitab yang hebat. Tak difahami Tapi, walaupun hebat, ia tak difahami isinya. Pelik tak? Kitab hebat, kitab mulia tapi tak mahu difahami kandungannya. Bila kita pergi sekolah, kitabnya biasa saja, matematik, sains, bahasa, yang nak pegang tak perlu wudhu dan tak perlu betulkan makhraj pun. Tapi bila kita baca, baca sampai faham. Bila exam, sampai dapat cemerlang. Lepas SPM, kita simpan buku itu, tidak dibaca lagi. Walaupun bukan mulia , tapi kita baca sampai...