Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum
Pemikiran orang liberal itu terstruktur, terkerangka iaini ada pola pemikirannya. Syubhatnya teratur. Sehingga banyak muncul orang liberal di Mesir , di Indonesia sangat banyak. Di Arab Saudi baru muncul. Tapi liberal mereka tidak seperti kita. Masih lagi dalam hal fiqh seperti wanita harus begini atau begitu. Kalau ada liberal seperti kita akan dipenggal oleh pemerintahnya.
Mengatakan semua agama itu sama, itu kekufuran, murtad. Pluralisma itu kekufuran. Kerana dari pemahaman pluralisma, nabi kurang berfungsi, Allah kurang berfungsi. Kata nya biarlah kristian tersebar, kenapa anda masuk privasi orang? Pemikiran ini bahaya.
Kenapa mereka mengeluarkan fatwa yang aneh-aneh? Seperti homoseksual halal , ini halal, itu halal.... Kerana pemikiran mereka terstruktur dengan baik. Terbangun di atas syubhat-syubhat yang menurut mereka kukuh.
Biar saya ( Dr. Firanda) sampai kan syubhat-syubhat tersebut. Dan ianya bukan saya reka-reka sendiri. Tetapi kerana pengkhususan saya dalam hal pluralisma. Saya membaca buku Nurkhalis Majid, Zulhelmi Surowi, Kamarudin Hidayat, Ulil Abshar, Harun Nasution dan Abdul Muhsid Ghazali . Sehingga saya letih membaca buku-buku mereka. Tapi saya harus membaca untuk menyusun disertasi saya.
Syubhat 1: Agama hanya sarana
Adapun , di antara syubhat mereka ialah mereka mengatakan bahawasanya agama itu hanyalah sarana atau medium sahaja. Yang paling utama dalam penghidupan beragama ialah mencapai akhlak yang mulia. Kalau seseorang sudah mencapai akhlak mulia dengan agama apapun, maka dia sudah mencapai tujuan. Agama apapun tidak jadi masalah. Inilah syubhat yang sering dilontarkan oleh kaum liberal.
Ada orang bertanya, adakah mother Theresa itu di neraka? Saya tanya adalah ia Islam? Katanya ia bukan Islam. Saya jawab, kalau bukan Islam, mati dalam keadaan tidak Islam, ia ke neraka. Tapi katanya ia seorang yang baik sosialnya , menolong orang dan macam-macam.
Kebaikannya tidak ada menafaatnya. Ia tidak baik bila ia tidak berakhlak kepada Allah. Meskipun ia berakhlak kepada manusia. Bagaimana kita bantah syubhat ini?
Jawaban yang mudah
Jawabannya mudah. Islam menjunjung tinggi akhlak. Islam menyeru kepada akhlak. Bahkan banyak hadis-hadis dan ayat quran yang menyeru kepada akhlak yang mulia. Tetapi itu bukan tujuan yang paling utama. Tujuan yang paling utama ialah agama diturun agar makhluk mentauhid kan Khalik. Agar makhluk mentauhid kan yang maha Pencipta alam semesta . Ini Allah nyatakan dalam surah az Zariyat : 56,
Tujuan utama
Iaitu untuk beribadah atau mentauhidkan Allah. Inilah tujuan utama. Akhlak penting tapi ia bukan tujuan premier tapi sekunder. Yang pertama ialah mentauhidkan Pencipta. Apa hubungan yang paling kuat antara makhluk dan Penciptanya? Iaitu sang makhluk mengakui Pencipta nya sebagai tuhan. Sang makhluk merendahkan dirinya kepada Penciptanya , itu yang paling penting. Bukan merendahkan dirinya kepada makhluk yang lain.
Makanya dalam satu hadis ibnu Mas'ud ,
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: “Ada seorang laki-laki berkata: ‘Wahai Rasulullah, dosa apa yang paling besar di sisi Allah?’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Kamu menyeru tandingan untuk Allah sementara Allah yang telah menciptakan kamu.’
(HR Muslim)
Akhlak kepada Allah
Sia-sia jika berakhlak kepada manusia tapi tidak berakhlak kepada Allah swt. Jika ia tak berakhlak kepada Allah (mentauhid kan Allah) maka ia melakulan dosa yang paling besar, menyebabkan ia kekal dalam neraka jahannam.
Logiknya begini, kalau ada orang tua suami isteri , kemudian isterinya mengandung seorang anak, setengah mati , 9 bulan dalam perutnya. Betapa susah seorang wanita. Kita saja kalau taruh besi 3 kilo tidak enak. Ini 9 bulan bawa barang dalam perut. Sehingga sakit, mengidam yang aneh-aneh. Tahu-tahu jam 12 malam minta gado-gado...mau cari dimana? Belum lagi melahirkan, bertarung dengan kematian, kemudian menyusuinya dan ber macam lagi. Ayahnya bekerja setengah mati. Disekolahkan, sekolah rendah, menengah,
universiti hingga dapat Phd. Selepas itu mendapat pekerjaan. Tahu-tahu ia pergi berbakti kepada bapa dan ibu yang lain. Kira-kiranya bagaimana?
Kurang ajar atau tidak? Sama seperti Allah mencipta anda , memberi penglihatan , rezeki, dan semuanya agar anda beribadat kepada Allah tapi ternyata anda beribadah kepada makhluk lainnya. Atau beribadah kepada makhluk yang lebih hina, iaitu batu dan pokok. Ini kesyirikan yang amat besar.
Ibarat ada seorang lelaki menikah dengan seorang wanita. Kemudian ia sudah mengeluarkan mahar, kemudian ia bayar kepada mak mertuanya, 'wang naik' kalau orang Bugis, acara walimah, dibelikan emas , kemudian mungkin isteri hendak masuk salon, buat itu dan ini lagi. Sesudah itu semua dikeluarkan, isterinya dicium oleh lelaki lain. Bagaimana perasaan si suaminya? Tidak tahu berterima kasih.
Orang yang beribadat kepada selain Allah itu orang musyrik. Orang yang tidak tahu diri, meski pun akhlaknya super mulia dengan orang lain, tapi ia tak berakhlak kepada Allah.
Akhlak tinggi masuk neraka?
Oleh kerana itu rasulullah s.a.w menyatakan ada orang yang akhlaknya tinggi tapi masuk neraka jahannam. Kenapa? Contohnya seperti Abu Thalib. Akhlaknya apa yang kurang baik? Ia mengurus anak yatim. Apalagi anak yatim itu Muhammad s.a.w. , kemudian ia rela mati membela anak saudara nya Muhammad. Siapa yang lebih baik dari Abu Thalib? Kita pun tak sebesar jasa Abu Thalib. Tapi Abu Thalib di neraka jahannam. Dia berada di neraka jahannam yang paling ringan yang kalau api kena kakinya, otaknya mendidih. Kata rasulullah, kalau bukan kerananya Abu Thalib berada di neraka paling bawah. Kenapa? Kerana meninggal dalam kondisi musyrik. Sehingga pada mulanya, anaknya Ali tidak mahu menguburkannya. Tetapi ia pergi juga setelah diperintah oleh rasulullah s.a.w.
Contoh lagi ialah Amr' bin Amir al Khuzai pemimpin orang-orang Khuzaah, pemimpin kota Mekah. Baiknya luarbiasa , suka memberi makan minum percuma kepada jemaah haji. Sangat terkenal kebaikannya. Tapi dia orang yang pertama membawa kesyirikan ke kota Mekah. Sabda nabi s.a.w,
“Aku melihat ‘Amr bin ‘Amir al-Khuza’i menyeret ususnya di dalam neraka kerana dia adalah orang pertama yang mengadakan al-Sawa’ib.”
[Riwayat al-Bukhari (3521) dan Muslim (2856)]
Dia lah orang yang pertama mengkeramatkan unta, dia berbuat syirik padahal baiknya luar biasa.
Contoh lain ialah Abdullah bin Jud'an dalam sahih muslim,
‘Āisyah radhiyallāhu Ta’āla ‘anhā pernah bertanya kepada Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam:
يَا رَسُولَ اللهِ، ابْنُ جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ، وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ، فَهَلْ ذَاكَ نَافِعُهُ؟
“Yā Rasūlullāh, bagaimana dengan ‘Abdullāh bin Jud’an, waktu di zaman jahiliyah ia menyambung silaturahim, memberi makan kepada orang miskin, apakah bermanfaat bagi dia kebaikannya?
Nabi berkata:
لَا يَنْفَعُهُ، إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا: رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ
“Tidak bermanfaat, dia sama sekali tidak pernah berdo’a kepada Allāh: Yā Allāh ampunilah dosa-dosaku pada hari kiamat kelak.”
(HR Muslim no 214)
Mati dalam keadaan musyrik
Mati dalam kondisi musyrik, amalnya tidak bermenafaat, tempatnya di neraka jahannam. Semua kebaikan tidak berguna seperti firman Allah,
Baik seperti apa pun Allah tidak terima jika ia seorang musyrik.
Contoh lain ialah Hatim at Ta'i,
Adi bin Hatim, katanya: Aku berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku (Hatim) sentiasa menyambung hubungan silaturrahim dan beliau melakukan begian-begian dari kebaikan.” Jawab Rasulullah SAW, “Sesungguhnya, ayahmu menghendaki sesuatu dan dia mendapatkannya.” Yakni, nama atau sebutan.’
(Riwayat Ahmad 30/200 dan dihasankan oleh Syeikh Syu’aib al-Arnaut dan disahihkan oleh Ibn Hibban, 1/41)
Oleh itu orang yang mati dalam kondisi musyrik tidak bermenafaat amalnya. Kenapa? Kerana ia tidak berakhlak kepada Allah. Maka sia-sia kebaikannya.
Kaedah yang keliru
Adapun orang liberal menyata kan bahawa agama hanyalah sarana atau medium , tujuan utama ialah akhlak yang mulia. Ini salah dan ini kaedah yang keliru. Sebenarnya tujuan utama ugama ialah tauhid , iaitu mengesakan tuhan. Kalau tidak mengesakan tuhan, yang lain-lain tidak bermenafaat.
Orang-orang nasrani dikafirkan oleh Allah dan kekal dalam neraka, adakah kerana akhlak mereka buruk? Jawapannya tidak. Kalau orang yahudi memang akhlaknya buruk, ia disebut dalam al quran. Mereka makan riba, pengkhianat, membunuh nabi. Tapi nasrani tidak disebut sedemikian. Mereka baik-baik saja. Kesalahan mereka cuma satu iaitu salah berakidah tentang Allah swt. Kerana mereka mengatakan Allah punya anak, atau 1 dalam 3. Maka semua nasrani itu dikafirkan Allah.
Nasrani ada 3 akidah, mereka berkhilaf. Satu, dia menganggap Isa itu Allah. Kedua, Isa itu anak Allah. Ketiga, Allah itu satu dari yang 3. Trinitas, iaitu Allah, Isa dan ruhul qudus, ia satu kesatuan. Mereka semua dikafirlan oleh Allah. Firman Allah dalam surah Maryam: 88,
Kenapa langit hampir pecah?
Kerana katanya Allah mempunyai anak.
Padahal tidak perlu Allah mempunyai anak, kerana apa yang di langit dan di bumi ini milik Allah. Semuanya hamba Allah. Walaupun malaikat jibril yang dekat dengan ALLah, ia juga hamba Allah. Nabi Muhammad s.a.w yang dekat dengan Allah itupun hamba Allah. Apalagi nabi Isa. Kenapa mengatakan nabi Isa anak Allah? Allah turunkan surah al Ikhlas,
Kerana keyakinan itu, orang nasrani dikafirkan oleh Allah dan kekal dalam neraka bukan kerana masalah akhlak tetapi masalah akidah.
Atau mereka mengatakan Allah itu satu dari yang tiga. Maka Allah mengkafirkan orang yang mengata kan Allah itu satu dari yang tiga. Firman Allah,
Meskipun orang berakhlak mulia, tapi kalau salah berakidah tentang Allah maka dikafirkan. Ratu Balqis apa kurangnya? Ia baik, rakyat makmur, hidup tenteram. Tapi menyembah matahari. Maka oleh nabi Sulaiman meminta nya masuk Islam, kalau tidak ia akan diperangi. Jangankan nabi Sulaiman, burung hud-hud pun tidak terima orang menyembah selain Allah.
Burung hud-hud tidak boleh terima orang menyembah selain Allah, lantas ia lapor kepada nabi Sulaiman. Tetapi kata orang liberal, semua agama masuk syurga.
Lebih pendek akalnya dari burung hud-hud.
Kebatilan liberal
Jadi , mereka dikafirkan bukan kerana akhlak buruk tetapi kerana akidah yang menyimpang. Pernyataan orang liberal bahawa agama hanya medium, semuanya masuk syurga , ini batil. Yang benar ialah agama diturunkan supaya manusia hanya menyembah kepada Khalik. Itu tujuan agama. Dan keyakinan semua agama seperti itu. Orang nasrani menyuruh sembah nabi Isa supaya selamat. Orang buddha menyuruh menyembah buddha.
Masalah akhlak itu nombor 2. Yang nombor 1 ialah peribadatan. Semua agama seperti itu. Kemudian orang liberal buat bid'ah baru , katanya yang paling utama ialah akhlak. Ini dari mana datangnya? Semua agama mengutamakan masalah akidah atau ibadah. Jadi mereka membuat bid'ah baru yang tak dikenal oleh agama-agama sebelum ini.
Saya ingin bertanya anda semua;
Menurut orang liberal, jika ada orang PKI (Parti Komunis Indonesia) yang baik, ia masuk syurga atau tidak? Atau ada orang atheis yang baik, masuk syurga atau tidak? Masuk syurga kata orang liberal.
Tapi bagaimana ia masuk syurga , tuhan pun ia tak percaya , syurga lebih lagilah dia tak percaya. 'Mengapa aku masuk syurga, syurga pun aku tak percaya.' Tapi kata liberal, yang penting kamu masuk syurga. Masuk akal?
Jadi , seharusnya orang liberal mengatakan di akhirat bukan saja ada syurga Islam, ada juga syurga Buddha, syurga Kristian, syurga Hindu, syurga syiah, syurga Tao , syurga Yahudi dan syurga PKI. Kerana apa? Kerana PKI itu akhlaknya baik lalu masuk syurga. Begitu?
Jadi, syubhat yang pertama kita sudah bantah.
Syubhat ke2: Kebenaran itu relatif
Kita lanjutkan dengan syubhat yang kedua.
Mereka mengatakan,
'Anda jangan memonopoli kebenaran. Kebenaran ada di mana-mana. Kebenaran itu relatif, tidak ada yang absolute. Jangan anda fikir anda sahaja yang benar. Anda jangan menyalah-nyalahkan agama lain. Anda menyalahkan agama lain kerana anda melihat dengan kacamata agama anda. Kalau anda pakai kacamata agama lain anda pasti membenarkan mereka.'
Jadi , menurut kaum liberal tidak ada kebenaran yang absolute. Semua kebenaran adalah nisbi dan relatif. Tidak boleh seseorang merasa paling benar. Kerana jika anda merasa paling benar bererti anda telah memonopoli kebenaran. Bererti kebenaran itu absolute . Meteka mengatakan kebenaran tidak ada yang absolute, semuanya nisbi. Ini sering mereka ungkap- kan.
Bantahan kepada mereka
Bagaimana kita membantah hal ini? Jawabannya mudah. Bantahan pertama,
Kita katakan terlalu banyak perkara dialam semesta ini yang kebenarannya absolute, tidak relatif. Banyak sekali. Tidak ada khilaf di kalangan manusia bahawasanya itu seperti itu. Tidak ada khilaf.
Contoh, matahari di atas , ada yang khilaf? Tidak ada.
Bahawasanya api itu panas. Ada perselisihan? Itu absolute atau relatif?
Bahawasanya 1 ialah setengah dari 2. Ada khilaf? Ada yang kata 1 setengah dari 4? Semua kata 1 setengah dari 2. Tidak ada khilaf.
Banyak perkara-perkara yang absolute. Kenapa anda relatifkan semuanya? Bahawasanya tukul ini kalau taruh di kepala anda dengan kecepatan luarbiasa , boleh benjol kepala anda. Masih ada yang mahu mengatakan nisbi? Bila sudah benjol, mungkin ia mengatakan , itu benjol menurut anda, menurut saya bukan benjol.....sambil kita gelak.
Adanya kemaslahatan
Justeru, kata para ulama, kerana ada perkara-perkara absolute yang kita sepakati, maka kita boleh membuat kemaslahatan. Kalau semua perkara relatif, maka tidak akan boleh berjalannya kemaslahatan. Bagaimana?
Contohnya, kenapa penjahat ditangkap? Kerana semua orang tahu penjahat itu buruk. Mengambil harta orang itu semua tahu itu buruk. Penjahat itu pun tahu itu buruk. Tidak ada khilaf dalam hal ini. Kalau anda ambil barang orang, kita semua tahu itu perkara buruk, maka adanya peraturan pencuri ditangkap.
Seandainya mencuri itu pun relatif, bagaimana cuba? Misalnya polis mahu tangkap pencuri, kata sipencuri, jangan dulu. Kenapa? Itu kan salah? Tapi menurut saya tidak salah. Bukankah bingung begitu?
Ada orang langgar lalu lintas. Kenapa anda langgar lampu merah? Itu salah. Jawabnya, merah menurut tuan , tapi menurut saya hijau. Bagaimana? Bingung.?
Kalau semuanya relatif, maka tidak akan berjalan kehidupan ini. Justeru, kerana ada perkara-perkara yang absolute , yang kita yakini bersama, maka berjalanlah norma-norma dan nilai-nilai kehidupan. Dalam bahasa sosial, norma-norma dan nilai-nilai.
Mengambil barang orang itu tidak baik. Sepakat mengatakan itu tidak baik. Pencuri pun tahu itu.
Kaedah anda juga relatif
Bantahan berikutnya, kita katakan kepada orang-orang liberal,
Kalau anda menyatakan semua kebenaran adalah relatif, tidak ada yang absolute, tidak ada yang pasti, maka kita katakan maka kaedah anda ini juga relatif. Jangan anda absolute kan. Anda mengatakan tidak ada kebenaran yang absolute semuanya relatif. Maka praktikkan kaedah ini kepada kaedah anda sendiri. Bererti kaedah atau teori anda, bahawa semua sesuatu itu relatif, maka itu juga relatif. Faham?
Maka mereka sebutkan dalil-dalil. Kata mereka , ayat-ayat yang menyebutkan kebenaran hanya yang Allah tahu , kamu semua tidak tahu.
Kita katakan benar yang tahu kebenaran cuma Allah. Justeru Allah yang tahu kebenaran, maka Allah turunkan kebenaran tersebut melalui Al quran dan melalui nabi iaitu sunnah nabi s.a.w. Apakah masuk akal jina tuhan yang bijaksana tidak menyuruh kita mencari kebenaran , tetapi tidak ada yang tahu kebenaran kecuali Allah? Kita tidak tahu barometer kebenaran hanya tuhan yang tahu? Jadi mengapa kita harus mencari kebenaran?
Tatkala Allah yang tahu kebenaran maka Ia turunkan melalui al quran, kitab petunjuk, melalui lisan nabi dan sunnah-sunnahnya. Sebab itu Allah berfirman,
Kalau yang tahu kebenaran cuma Allah, buat apa Allah menyeru kita mencari kebenaran jika kebenaran tidak ada yang tahu? Itu namanya tuhan yang tidak rahmat, yang tidak sayang kepada ciptaanNya. Allah turunkan aturan supaya kita ikut aturan tersebut. Allah turunkan kebenaran supaya kita kembali kepada kebenaran tersebut. Memang yang tahu kebenaran hanya Allah, tapi Allah paparkan dalam al quran, melalui sunnah-sunnah nabi s.a.w.
Shubhat ke3: Allah tidak ada bahasa
Ini syubhat yang paling bahaya, dan paling terstruktur yang akhirnya buah dari syubhat ini sangat banyak. Syubhat yang dilontarkan oleh mereka iaitu bahawasanya, ' Allah swt tidak ada bahasa. ' Ini diucapkan oleh Kamaruddin Jaya, dan Ulil Abshar.
Dan katanya , bahawasanya, Allah tidak ada bahasa sehingga bahasa Arab yang dicantum dalam al quran, itu bukan bahasa Allah swt. Maknanya al quran itu bukanlah firman Allah swt. Sebaliknya Al quran itu adalah terjemahan oleh nabi Muhammad s.a.w terhadap idea-idea pokok Allah swt
Iaitu katanya, Allah ingin menyampaikan sesuatu tanpa bahasa, difahami oleh nabi, diungkap kan dengan bahasa arab berupa al quran. Kalau al quran adalah bahasa nabi Muhammad, bukan bahasa Allah, bahawasanya kita tahu nabi Muhammad itu seorang manusia. Dan kita tahu bahawa bukan semua penterjemah mampu menyampaikan sepertimana bahasa aslinya. Apalagi yang menyampaikan adalah tuhan, sementara Muhammad penterjemah , manusia. Sehingga, pasti terjemahannya tidak sempurna. Kerana dia manusia.
Katanya lagi , yang kedua, apalagi ia boleh terpengaruh dengan tempat di mana Muhammad s.a.w berada. Iaitu 1400 tahun yang lalu. Kondisi lingkungannya, sehingga terjemahannya, masih tercampur atau terikat dengan kondisi yang ada.
Apa tujuan mereka?
Ini semua mereka ungkapkan dengan tujuan apa? Iaitu untuk menghilangkan kesucian al quran. Kalau orang sudah meyakini bahawa al quran itu bukanlah firman Allah, ia hanyalah bahasa manusia iaitu Muhammad, dan Muhammad itu tidak sempurna, tidak mungkin ilmunya dapat mewakili ilmu Allah swt. Tidak mungkin penterjemah dapat menyampaikan sepertimana yang aslinya. Kemudian penterjemah terbatas kerana terpengaruh dengan lingkungan, iaitu ruang di mana nabi berada tersebut.
Oleh itu, bagi mereka, tidak perlu kita mensucikan al quran. Mereka tidak ungkapkan demikian. Tetapi kenyataannya seperti itu. Dari situ akhirnya mereka mengatakan, jangan menafsir al quran secara tekstual kerana itu terikat dengan bahasa manusia dan lingkungan 1400 tahun yang lalu. Sekarang zaman sudah berubah. Jangan kata lagi mazhab salaf. Masakan anda membawa 1400 tahun lalu ketahun 2017?
Oleh itu mereka mengatakan , tidak boleh al quran ditafsir secara tekstual terus. Ada satu kitab tafsir dipanggil tafsir kontekstual , yang katanya sesuai dengan zaman. Itulah yang namanya al quran yang sesuai dengan kondisi dan zaman. Caranya, al quran itu ditafsir secara kontekstual. Jangan terpaku pada teks Sehingga mereka membuat satu method tafsiran yang dipanggil Hermenew 3. Ini pola pemikiran persis yang diungkapkan oleh Kamaruddin Hidayat. Dalam bukunya Hermenew 3.
Akhirnya buahnya timbul apa? Iaitu kata Ulil Abshar, 'tidak perlu kita menerapkan syariat Islam sepertimana diterapkan oleh nabi Muhammad.' Kenapa? Kerana katanya, nabi Muhammad menterjemah sesuai dengan zamannya. Maka adanya hukum potong tangan, atau hukum rejam, itu tidak boleh diterapkan sekarang Itu sesuai dengan zaman Muhammad di kala itu. Kerana di zaman itu tidak ada alternatif. Tidak ada penjara , tiada denda dan sebagainya. Adapun zaman sudah berubah, kita harus berijtihad membuat hukum baru yang sesuai dengan zaman kita. Kerana kalau terikat dengan tekstual al quran saja tidak boleh, apalagi jika hadis nabi.
Akhirnya mereka berfatwa juga bahawa kaum nabi Lut disiksa bukan kerana homoseksualnya, tetapi cara berhomoseksualnya.
Akhirnya Ulil Absar berkata bahawasanya, ayat-ayat dalam al quran, kisah-kisah para nabi tak semestinya benar. Itu hanya cerita-cerita yang di buat oleh Allah supaya orang bertaqwa, supaya orang takut.
Ini semua kembali kepada satu syubhat yang sangat merbahaya.
Anda sudah tahu syubhatnya? Saya katakan mereka ini orang syubhat yang terstruktur. Mereka bukan seperti orang gila di tepi jalan. Bagaimana tidak gila? Katanya Allah saja membolehkan kita menyembah tuhan lain. Apalagi bermaksiat. Orang gila saja tidak berkata begitu. Maka itu saya katakan mereka itu orang gila terstruktur. Mengerikan.
Allah tidak berkata-kata?
Syubhat mereka ini sebenarnya adalah syubhat yang lama. Yang telah diserukan oleh ahlul bid'ah. Seperti kaum Asyaairah, kaum muktazilah dan kaum jahmiyah. Mereka ini berkeyakinan bahawa Allah tak bersifat berkata-kata sepertimana kita yakini.
Kata mereka Allah berkata
dengan kalamun nafsi. Iaitu satu kalam yang tak berubah sejak azali. Ia tetap begitu tanpa berubah. Kalau diterjemah dalam bahasa arab jadi al quran. Kalau diterjemah kebahasa ibrani menjadi injil. Diterjemah dalam bahasa Daud menjadi Zabur. Tapi itu-itu saja. Kerana mereka meyakini Allah statik tidak ada perubahan. Kerana kalau berubah ia seperti makhluk. Itu tak terjadi pada Allah.
Ini syubhat pemikiran. Kalau ahli sunnah, meyakini Allah maha berbicara dengan siapa saja, dengan bahasa apa saja terserah kepada Allah, dengan topik apa pun. Lihat surah al Baqarah: 30 ,
Mareka punya syubhat bahawa Allah tidak berbicara dengan bahasa atau dengan huruf, dengan suara. Kerana kalau Allah berbicara dengan bahasa dan huruf, ia serupa seperti manusia. Ini syubhat orang-orang Asyairah. Maka ini kesesatan asyairah yang merbahaya. Iaitu meyakini Allah berbicara tanpa suara dan tanpa huruf.
Para ulama membantah masalah ini. Kerana akibatnya berat. Iaitu akibatnya ialah bahawa al quran itu bukan firman Allah, tapi terjemahan nabi Muhammad. Maka mereka mengatakan bahawa kalamun nafsi ( bahasa jiwa Allah) kalau diterjemah kan ke bahasa arab jadi al quran. Kalau diterjemah kebahasa ibrani jadi taurat atau injil. Sebab kalam Allah itu statik , kata mereka. Ini sangat merepek, kerana isi al quran tidak sama dengan isi Injil dan Taurat.
Kalau terjemahan, pasti isinya semua sama. Apakah isi Injil sama dengan al Quran? Tidak.
Allah berbicara dengan bahasa yang Allah sukai, apa masalahnya? Kenapa anda punya aturan yang Allah tak boleh bicara? Kalau ada dua tuhan, satu tuhan boleh berbicara, satu lagi tidak. Mana yang lebih afdhal? Pasti yang berbicara. Dengan bahasa yang ia sukai, apa susahnya bagi Allah swt. ?
Oleh kerana itu akidah ahli sunnah menyatakan bahawa Allah mempunyai sifat berbicara dan berbicara dengan bahasa yang ia sukai, dengan topik yang ia kehendaki dan dengan siapa yang Ia kehendaki. Dan suara Allah tidak sama dengan suara manusia.
Inilah akidah ahli sunnah secara umum tentang asma wa sifat. Allah maha Mendengar, kita juga mendengar, tapi mendengar Allah tak sama dengan kita. Allah maha Melihat, kita juga melihat, tapi melihat Allah tak sama dengan kita. Kekuatan Allah dengan kekuatan kita pun tidak sama. Kekuatan sesama makhluk pun tidak sama, apalagi kekuataan tuhan. Seperti kekuatan nyamuk tidak sama dengan kekuatan gajah.
Bahasa Allah itu mukjizat
Selanjutnya Allah boleh berkata-kata, kita juga boleh. Tapi berkata-kata kita berbeza dengan berkata-kata Allah. Maka sebab itu al quran itu jadi mukjizat. Sama-sama bahasa arab, tapi ia berbeza dengan gaya bahasa manusia. Sebab itu Allah cabar manusia membuat seperti al quran, tapi manusia tidak akan mampu. Sepertimana firman Allah dalam surah al Isra' : 88,
Kerana apa tidak mampu? Kerana al quran itu mukjizat. Ia diturunkan di satu zaman yang orang arab berlumba-lumba dengan kehebatan bahasa arabnya. Walau mereka jaguh dalam syair, tapi tidak mampu mencipta seperti ayat-ayat al quran. Kerana al quran adalah firman Allah swt.
Maka sebab itu al quran ada aturannya. Al quran tak boleh diriwayatkan dengan makna. Sedangkan hadis-hadis nabi boleh diriwayatkan dengan makna. Tetapi al quran mesti diriwayatkan dengan lafaznya tidak boleh dengan makna. Oleh itu orang junub tidak boleh membaca al quran kerana ia firman Allah. Kalau al quran itu terjemahan nabi , maka ia boleh dibaca meskipun junub
Kalau kita kata al quran ini bahasa Muhammad, maka hilang kesucian al quran. Seperti kata al Mughirah, al quran ini ciptaan Muhammad. Dengan kata-kata itu Allah masukkan ia ke neraka jahannam. Gara-gara mengatakan al quran ciptaan manusia. Apa bezanya dengan musyrikin kalau kita mengatakan al quran itu ciptaan manusia?
Oleh kerana itu nabi didatangi oleh Jibril untuk murajaah al quran, kerana nabi tidak tahu al quran. Sebab itu nabi kena membacanya supaya dapat hafal. Kalau itu ungkapan nabi Muhammad mengapa ia susah-susah untuk menghafalnya?
Perkataan yang batil
Inilah perkataan mazhab Asyairah yang batil. Imam bukhari menyebut hadis tentang Allah itu berkata-kata,
daripada Abdullah bin Unais kata beliau: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"Allah akan menghimpun hamba-hambaNya lalu Dia menyeru mereka dengan suara yang didengari dari jauh seperti mana didengari dari dekat: "Aku lah Raja Akulah yang akan membalas segala amalan".
Imam al-Bukhari berkomentar:
"Hadis ini adalah dalil bahawa suara Allah tidak sama dengan suara makhluk kerana suara Allah SWT didengar dari jauh sebagaimana juga didengar dari dekat dan bahawa para malaikat merasa takut pada suara-Nya - (Khalqu Af'alul Ibad, hlm. 149)
Jadi, Allah mendengar tetapi tidak sama dengan mendengar dan melihat makhluk. Allah bersuara, berkata-kata yang tak sama dengan bersuara dan berkata-kata makhluk. Wajah Allah tak sama dengan wajah makhluk.
Ada orang mengatakan jangan kata wajah Allah, nanti sama dengan manusia. Ya akhi, siapa yang menyamakan wajah Allah sama dengan manusia? Padahal melihat wajah Allah adalah kelazatan yang paling lazat. Ia disahkan dari hadis mutawatir, bersabda nabi s.a.w,
“Dan aku memohon daripadaMu ya Allah kelazatan melihat wajahMu.” (HR Nasaie)
Dan juga firman Allah,
Tapi ada orang berkata Allah tidak punya wajah. Maksud wajah ialah zat.
Kita bantah. Kita kata, Allah ada wajah tapi tidak sama dengan wajah manusia. Melihat wajah Allah itu kenikmatan melebihi nikmat syurga. Nabi berkata demikian, kenapa anda tidak percaya? Kenapa.? Apakah jadi masalah kalau Allah punya wajah?
Kenapa anda pakai otak anda menolak sifat-sifat Allah swt? Anda bayangkan wajah Allah itu seperti wajah manusia, itu salah. Kalau anda tidak tahu zat Allah maka anda tidak akan tahu bagaimana wajah Allah. Jadi, sudah, beriman saja . Bagaimana nya kita tidak tahu. Kata para salaf,
" Terimalah ayat-ayat tentang sifat-sifat tanpa membagaimana kan ia."
Bantahan kedua
Bantahan kedua , kita katakan,
'Benar dalam bahasa arab bahawa wajah itu mewakili zat, seperti kita mengatakan saya tidak melihat batang hidungnya . Maksudnya tidak melihat seluruh dirinya, bukan hidung saja. Memang benar batang hidung mewakili zat. Tetapi tidaklah wajah mewakili zat kecuali zat tersebut benar-benar ada wajah.
Seperti kalau kita kata tangan panjang itu maknanya mencuri. Tangan itu bukan mewakili badan. Seperti kaki bangku, itu sebenarnya bukan mengenai kaki, kaki itu bukan mewakili badan.
Justeru itu menunjukkan Allah ada wajah yang hakiki kerana tidaklah digunakan dikatakan perkataan wajah Allah kecuali Allah itu ada zat yang hakiki.
Demikian juga mengenai suara Allah seperti didengar oleh nabi seperti nabi Musa , nabi Isa atau nabi Muhammad. Seperti kata Allah kepada nabi Ibrahim a.s. Firman Allah,
Iaitu terjadi dialog antara nabi Ibrahim dengan Allah. Begitu juga nabi Muhammad berkata-kata dengan Allah di kala mikraj ke langit. Nabi berdialog dengan Allah minta diringankan bilangan solat dari Allah.
Begitu juga dialog Allah dengan nabi Musa seperti dalam surah Taha : 11 & 12,
Ini bermakna suara Allah boleh didengar. Tetapi bagaimana kita tidak tahu.
Dalam hadis , nabi bersabda ,
"Apabila Allah menitahkan takdir suatu perkara di langit, para malaikat mengepakkan sayap mereka kerana tunduk takut terhadap Kalimat-Nya, yang didengari seperti gemerincing rantai di atas batu yang licin."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (4701)]
Jadi suara Allah didengar oleh malaikat. Datang ahli bidah orang Asyairah membuat kaedah, Allah berkata-kata tidak ada suara.
Ini diadopsi oleh orang-orang liberal, katanya juga Allah tidak ada suara . Al quran adalah bahasa Muhammad. Akhirnya terjadilah syubhat-syubhat seperti yang disebutkan tadi.
Al quran kalam Allah
Bukan bahasa Muhammad s.a.w
Jadi kita bantah mereka, bahawa al quran itu ialah kalam Allah bukan bahasa Muhammad s.a.w. dan bukan bahasa jibril. Ia adalah firman Allah.
Nabi menunggu wahyu dari Allah. Nabi tidak boleh mereka-reka ayat tersebut, semuanya dari Allah. Sewaktu nabi berdakwah kepada orang kafir, tiba-tiba datang ibnu Umi Maktum yang buta. Nabi berpaling lalu Allah tegur nabi dalam surah Abasa :1, 2,
Di sini Allah tegur nabi s.a.w maka sudah tentu itu bahasa Allah.
Bahasa al quran itu mukjizat. Allah mudahkan orang hafal al quran. Adapun taurat atau injil tidak ada orang hafal. Al quran ribuan orang yang hafal sehingga kalau ada satu huruf diubah, orang akan tahu. Itu namanya mukjizat.
Kalau al quran bahasa Muhammad s.a.w
Bantahan berikutnya,
Kata kaum liberal, al quran itu terjemahan atau bahasa Muhammad.
Kalau al quran itu bahasa Muhammad pasti kurang dalam penterjemahan kerana ia manusia bagaimana ia mampu men terjemah ilmu Allah seluruhnya. Kerana al quran itu bukan ilmu Allah yang seluruhnya ia hanya sebahagian.
Firman Allah dalam surah
al Kahfi :109 ,
Jika benar Muhammad menterjemah ilmu Allah, ia hanya sebahagian saja. Tapi al quran bukan terjemahan Muhammad ia sungguh dari Allah.
Apakah buahnya gara-gara mereka mengatakan al quran itu bahasa nabi Muhammad yang katanya diterjemah mengikut konteks kondisi di zaman nya itu?
Tafsir kontekstual
Iaitu, dengan sebab itu, mereka mengatakan kini al quran mesti diterjemah dengan konteks yang sesuai dengan zaman kini. Yang dipanggil tafsir kontekstual, iaitu tafsir hermenew 3. Tafsir ini tidak punya kaedah. Yang dibuatnya ialah mengkritik kaedah-kaedah ulama silam. Kerana , jika mereka ada kaedah, mereka bukan lagi liberal. Liberal itu harus tanpa kaedah.
Kaedah Imam Syafie diburukkan oleh Nurkhalis Majid. Tapi ia sendiri tidak ada kaedah sendiri. Imam Syafie menafsir al quran dan hadis lalu membina kaedah supaya kita mudah faham masalah agama. Tapi diburuk-burukkan. Apa kaedah mereka? Tidak ada kerana jika mereka ada kaedah mereka bukan lagi liberal.
Diantara buahnya, contohnya kata-kata Ulil Abshar ( tokoh liberal Indonesia),
'Bahawasanya kita tak perlu ikut hukum hudud, kita perlu berijtihad sesuai dengan zaman kini.'
Secara tak langsung , atau secara tersirat ia mengatakan Muhammad sudah expired. Al qurannya juga sudah expired.
Mereka mengatakan Muhammad kurang dalam 2 hal. Pertama, menterjemah ilmu Allah ke dalam bahasa al quran. Kedua, campurtangan Muhammad dalam masalah penafsiran.
Maksud nya, dalam terjemahan al quran tercampur sifat manusiawinya dan dalam pentafsiran al quran tercampur sifat manusiawinya . Ini semua menghilangkan kesucian al quran.
Oleh itu kata mereka tak perlu lagi menerapkan hukum hudud di masa kini. Katanya juga tidak ada syariat Allah secara terperinci. Yang ada syariat yang secara global. Allah ingin keadilan, Allah ingin kebersamaan, kesamaan, kemanusiaan. Itu diterjemah oleh Muhammad sendiri di zamannya dulu. Sekarang kita terjemah keadilan, kesamaan, kemanusiaan yang sesuai dengan
syariat kita, sesuai dengan zaman kita.
Maka ini melazimkan :
1. Muhammad sudah expired
2. Al quran sudah tak perlu diikut
3. Hadis-hadis sudah tak dipakai
Yang di pakai hanya idea-idea pokok seperti keadilan, kesamaan, kemanusiaan dan sebagainya.
Al quran dan hadis, kata mereka hanya sesuai dengan zaman nabi dulu saja kerana zaman berubah dan sudah tidak cocok. Maka al quran dan hadis dibuang saja. Buat terjemahan sendiri sahaja. Ini bahaya, ini kekufuran.
Siapa yang buat hukum baru?
Katalah kita terima Muhammad s.a.w sudah expired, lalu kita buat hukum baru. Sekarang, Allah suruh buat hukum yang baru, siapa yang akan buat hukum baru itu? Siapa yang jadi nabi baru dalam hal ini? Sebagai pengganti kedudukan nabi Muhammad? Siapa? Saya atau anda atau dia atau mereka bersama? Ini kebingungan!
Akhirnya, sudah tidak ada rahmat, setiap orang boleh ber pendapat . Kalau begitu sia-sia Islam. Ini yang diungkap oleh Ulil Abshar dalam buku-bukunya.
Di antaranya lagi buah tafsir Hermenew 3.
Hermenew 3 asalnya dari nasrani. Kerana mereka dapati injil itu banyak kontradiksi. Tidak sejalan dengan zaman mereka. Sehingga mereka perlu tafsiran yang kontekstual.
Al quran sesuai setiap zaman
Kita tak perlu kontekstual. Al quran dan hadis boleh berjalan setiap masa. Buktinya , kerajaan Arab Saudi melaksanakan syariat Uslam , alhamdulillah baik-baik saja. Kriminal kurang, makmur.
Kenapa perlu cipta hukum baru, sedangkan bukti sudah ada, syariat sudah cukup. Cukup dengan firman Allah dalam surah al Baqarah: 179, bagaimana hukum Allah itu sentiasa menyelamatkan manusia,
Ia kelihatan kejam bila bunuh orang. Tapi setelah kita bunuh orang yang membunuh orang lain, tidak ada lagi orang hendak membunuh. Akan tersebar kehidupan. Orang tidak berani lagi membunuh kerana dia tahu kalau dia bunuh orang , ia akan dibunuh. Maka kata Allah, dalam ptaktik qisas itu ada kehidupan bukan kematian. Iaitu kehidupan bagi orang ramai. Darah itu mahal dalam Islam.
Cuba jika qisas tak dijalankan, orang membunuh tidak apa-apa. Ia hanya dipenjara saja. Keluar lagi bila mampu bayar, selesai. Islam tidak begitu. Tatkala hukum Islam ditinggalkan, akhirnya seperti itu.
Jika anda mahu buat hukum baru menggantikan nabi, itu merepek.
Cerita-cerita yang tidak wujud?
Di antara buah dari Hermenew 3 lagi seperti perkataan Ulil Abshar dalam bukunya Al Quran Dan Spiderman, ia berpendapat bahawasanya,
'Cerita-cerita dalam quran seperti cerita nabi Nuh, nabi Soleh, nabi Hud dan lain-lainnya, itu belum tentu benar. Tetapi Allah membuat cerita-cerita tersebut dengan tujuan agar orang berakhlak mulia. Ibarat seorang ibu ingin mengajar kepandaian kepada anaknya , maka ia ceritakan kisah kancil dan buaya. Padahal kejadian kisah kancil dan buaya tidak pernah ada. Tetapi sekadar cerita agar anak-anaknya mengerti.'
Kira-kira demikian maksud Ulil. Tentang kisah nabi Nuh, kemudian banjir, itu semua belum tentu benar katanya. Ini kekufuran . Ini sama seperti perkataan orang kafir dulu waktu mendengar nabi membaca quran, kata mereka dalam surah al Muthaffifin : 13,
Dan pernyataannya itu mengakibatkan perkataan Allah itu bohong. Kata mereka tak mengapa, bohong demi kebaikan. Ini diungkap oleh Nurkhalis Majid. Ia mengambil pendapat sebahagian ahli falsafah yang menyatakan bahawa para nabi menyampaikan hal-hal yang tidak benar, yang sesuai dengan kenyataan. Tapi mereka berdusta demi kebaikan.
Tentang terjadinya hari kiamat, syurga dan neraka, itu tidak ada, cuma ia disampaikan supaya orang ketakutan . Kalau tidak dibuat seperti itu, orang tidak takut, dan orang tidak berakhlak mulia. Supaya mereka berakhlak mulia, dibuatlah doktrin yang sebenarnya tidak ada. Jadi, katanya nabi berdusta demi kebaikan.
Sama perkataan Ulil ini, katanya cerita nabi Nuh tidak ada. Tidak mungkin Allah sekejam itu. Tidak sesuai dengan logikanya. Kalau Allah begitu , Allah kejam yang ada darah yahudi. Kenapa sekejam itu?
Masa, gara-gara tidak beriman kemudian didatangkan banjir. Ini mengerikan . Akhirnya sama dengan mengatakan cerita itu dongeng. Ini bererti mengatakan Allah berdusta. Padahal al quran tidak ada kedustaan sama sekali.
Disiksa bukan kerana homoseksual?
Diantara buahnya dari Hermenew 3 lagi, tafsir kontekstual tanpa kaedah itu, adalah penyataan bahawa,
' Kaum nabi Lut disiksa bukan kerana homoseksualnya . '
Ada kaum pluralis berkata , 'Apa perlunya Allah masuk campur urusan seks manusia? '
Maka, kita jawab,
Kalau begitu biarkan saja orang berzina?
Kenapa Allah haramkan zina? Kerana itu bahaya , nasab nanti tidak jelas. Menghancurkan keluarga; ini anak nya siapa, ini isterinya siapa?
Allah turunkan syariat yang indah , anda nikah dengan aturan. Kalau Allah tidak boleh urus masalah seks, mahu zina, zina. Apa akibat dunia kalau zina tanpa peraturan ? Anak ini siapa ayahnya? Siapa yang patut pelihara? Bingung....
Sehingga mereka mengatakan "Kenapa homoseksual diharamkan?'
Jadi, kenapa kaum nabi Lut diazab, katanya ialah kerana cara homoseksualnya. Mungkin sambil berkelahi? Sambil tikam-tikaman ? Bukan kerana homoseksual itu .Ini merepek. Ini namanya kontekstual merepak.
Padahal jelas, gara-gara homoseksual Allah mengazab mereka. Firman Allah,
Jelas nabi Lut mencela perbuatan mereka mendatangi kaum lelaki, iaitu homoseksual. Ia haram kerana homoseksual bukan cara homoseksualnya. " Kamu mendatangi lelaki meninggalkan wanita. " Sebab itu ia diharamkan. Bukan cara homoseksualnya.
Tapi ditakwil secara kontekstual- nya oleh liberal itu cara homosek- sualnya, bukan homoseksual . Ini bahaya.
Dalam Hermenew 3, orang bebas memberi pendapat. Sebab tidak ada kaedah, tidak ada aturan . Mahu kata apa itu terpulang.
Bagaimana kita membantah nya?
Iaitu ini bukan dari Allah, ini keganjilan. Laki-laki suka laki-laki itu keganjilan. Itu perlu diperbaiki bukan dipelihara. Sama juga jika wanita suka digauli oleh haiwan, itu namanya keganjilan. Atau seorang lelaki suka menggauli isterinya dengan cara memukul-mukulnya , itu keganjilan. Atau ada orang besar suka menggauli budak kecil, itu keganjilan. Jangan dibiarkan.
Kalau begitu caranya , oleh kaum liberal, setiap keganjilan seksual mereka biarkan.
Kata mereka lagi dalam membela homoseksual , katanya,
"Kalau memang homoseksual haram, tentu Allah sudah menurun kan azab kepada negara-negara yang membenarkan homoseksual."
Pernyataan seperti ini membawa kepada penghalalan semua maksiat. Bagaimana? Bukankah banyak koruptor tidak diazab oleh Allah di dunia ini ? Bukankah banyak pembunuh yang tidak diazab oleh Allah? Bukankah banyak perogol tidak diazab oleh Allah?
Tetapi Allah berfirman,
Jangan kita sangka Allah lalai dari apa-apa yang kita perbuat. Allah akan mengazabnya pada masa yang Allah kehendaki.
Tidak semesti orang berbuat maksiat sekarang, dihukum oleh Allah sekarang. Allah menunda hukumannya. Bukanlah maksiat yang belum dihukum oleh Allah bererti ia halal.
Saya katakan, " Mari ke sini kamu yang berbuat homoseksual, saya penggal kepala kamu. Lalu kalau saya tak dihukum sekarang, bermakna saya halal memenggal kepala kamu? Ada faham?"
Demikianlah model mereka. Akhirnya mereka merepek dalam menafsir ayat al quran dan tanpa kaedah sama sekali.
Contoh penafsiran mereka
Ini beberapa contoh tentang penafsiran mereka. Kadang-kadang mereka berdalil kepada al quran dan hadis . Kebetulan disertasi saya adalah tentang pendalilan orang-orang pluralis dengan al quran dan hadis.
Mereka mencari-cari ayat supaya selari dengan kebatilan mereka. Ingat , tidak ada ayat sama sekali yang mendukung mereka. Tidak ada ulama sama sekali yang seperti mereka.
Abdul Muhsid Ghazali dalam bukunya, Argumen Pluralisma Agama, melakukan banyak pembohongan. Dia mengatakan ibnu Katsir berpendapat seperti dia, Rashid Rhida berfahaman sepertinya, al Qurthubi berfahaman sepertinya. Tidak ada ulama yang sepertinya, itu semua merepek . Tidak ada ulama yang berfahaman sepertinya.
Tetapi mereka melakukan kobohongan, memotong-motong kata ulama bahkan memotong-motong ayat. Dalil yang tidak bersambung. Sama sepert Zubair Musrawi. Cara pendalilan mereka itu seperti ini ,
' Celakalah orang yang solat,' tanpa dilanjutkan ke ayat seterusnya, iaitu,
Jadi, katanya, 'celaka orang yang solat,' titik. Dia tak teruskan ayatnya.
Contoh lagi ialah dalil boleh nya kafir iaitu tak menyembah Allah. Iaitu dari firman Allah,
Katanya , 'Siapa yang mahu beriman silakan, siapa yang mahu kafir silakan, bebas, mengapa mahu diatur-atur? '
Sebenarnya, ayat ini didatang kan oleh Allah untuk mengancam, bukan untuk membolehkan. Lanjutkan ayatnya,
'Allah menyiapkan neraka jahannam bagi orang yang zalim.' Ayat selanjutnya tak dibaca. Jadi kaedah mereka ialah 'celaka bagi orang yang solat. '
Zubair Musrawi berkata,
' Lihatlah Islam agama rahmat, kenapa kita menyalah-nyalahkan orang? Nabi Sulaiman saja mengutus surat kepada ratu Balqis dimulakan dengan bismilla hirrahmanirrahiim.'
Cuba lanjutlan ayatnya, jangan berhenti di situ. Ayat seterusnya ialah,
' Wahai ratu Balqis, datang masuk Islam, kalau tidak , aku perangi kamu.' Inilah ayat selanjutnya..
Contoh lagi kata mereka, 'Semua agama benar, memang Allah ingin kita berbeza-beza, tidak boleh satu model saja'
Allah berfirman,
Sampai di sini mereka tak lanjutkan. Kata mereka,
'Ini bererti memang Allah suka kita berbeza agama. Jangan tetapkan satu agama saja.'
Allah tak legalkan keburukan
Jawapannya, disini Allah tidak sedang berbicara mengenai syariat tapi Allah berbicara tentang kalau Allah menghendaki demikian secara takdir. Sama seperti Allah menghendaki iblis kafir. Atau firaun tetap kafir. Tapi Allah menyuruh nabi Musa untuk mendakwahi firaun. Kenyataannya Allah mentakdir kan ada kebaikan dan ada keburukan tapi bukan keburukan tersebut di legal kan oleh Allah .
Allah menghendaki ada berbeza-beza agama, tapi bukan bererti Allah melegalkan semua agama tersebut. Allah menghendaki iblis tetap hidup dan menggoda manusia, tapi bukan bermakna Allah melegalkan perbuatan iblis itu.
Maka, lanjutkan ayatnya, iaitu firman Allah lagi ,
Sedangkan Allah berkata bahawa Allah beri rahmat kepada orang yang tidak menyelisihi Allah dan rasul. Sebab itulah Allah ciptakan manusia iaitu untuk menguji hati mereka dengan kebaikan dan keburukan. Maka Allah tetapkan orang yang derhaka dari kalangan jin dan manusia , ia masuk neraka jahannam.
Mereka mengambil satu ayat dan meninggalkan ayat seterusnya. Itulah cara pendalilan orang-orang liberal.
Ini hanya gambaran umum tentang syubhat mereka. Jika ingin dibuat secara detail , maka terlalu banyak. Kerana hembusan syaitan tidak habis-habisnya. Syubhat terus berjalan. Mereka terus menyebar kan syubhat mereka. Kasihan orang-orang awam yang tidak ada tapisan dalam agama lalu mereka terjebak. Kalau orang-orang pintar agama saja boleh terjebak dengan syubhat mereka , apalagi orang-orang awam. Bayangkan orang yang baru masuk sekolah Islam di tunjuk yang aneh-aneh. Ditulis di pintu masuk , 'Area bebas tuhan' dan sebagainya. Ada juga yang berzikir 'anjingku akbar'. Memang kurang ajar. Subhanallah...
Saya katakan pluralisma itu bukan sekadar haram tapi ia satu kekufuran. Demikian syubhat-syubhat kaum liberal.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
5/11/24
Ulasan
Catat Ulasan