Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Kami memetik kajian ini dari kitab Wasiat Abul Walid al- Baji Kepada Anaknya. Abul Walid al Baji (1013 - 1081M, Andalusia). Kami pun ingin mengambil menafaat dari wasiat ini.
Kata Imam al Baji,
" Hati-hati kamu berdua, jauhilah kamu dari membaca yang berkaitan dengan ilmu mantiq dan perkataan-perkataan dari ahli falsafah. Kerana pada umumnya ilmu ini pada dasarnya dibangun kan di atas kekufuran dan pengingkaran serta jauh dari syariat. Dan menjauhkan orang pula dari syariat. "
Adakah ini benar atau salah? Kalau kita melihat beberapa kes dan fenomena yang terjadi dalam negeri yang kita cintai ini, yang banyak atau yang pernah melakulan hal-hal yang di luar dari sepatutnya, seperti menghina tuhan atau mencela quran, adalah mereka yang bergelut dengan ilmu ini. Seperti yang pernah terjadi mahasiswa yang bertakbir 'anjing huakbar'. Ini dari jurusan falsafah. Ada pula pensyarah yang mengata kan , menulis nama lafzul jalalah di atas secarik kertas, dan menginjak-injaknya dengan kasutnya.
Kemudian ada pula yang mengatakan ayat-ayat quran al karim itu bukan perkataan Allah swt. Dan lain-lain lagi.
Nasihat imam Ghazali.
Oleh itu imam Al Ghazali r.h (450-505H), beliau sangat cerdas dan seorang yang ahli dalam bidang falsafah dan ilmu kalam. Sehingga beliau digelar Hujjatul Islam, hujjahnya Islam, kerana dengan ilmunya yang tinggi dan kecerdasannya yang luar biasa itu, dia menjadi benteng dalam pemikiran Islam menurut orang ramai. Tapi beliau sendiri di akhir hayatnya menyesal mempelajari dan bergelut dengan ilmu ini. Tapi selalunya, penyesalan itu di kemudian hari.
Maka beliau menasihati sesiapa yang ingin selamat agamanya tolong jangan ikut cara nya itu. Beliau wafat pada tahun 505H. Demikian juga kata imam Syafie sebelumnya yang wafat pada tahun 204H. Beliau memfatwakan haramnya belajar ilmu ini. Ibnu Solah (577- 643H) juga mengatakan demikian dan ramai lagi yang berkata begitu.
Oleh itu pendapat imam al Baji ini bukanlah pendapat yang aneh dan ganjil di kalangan ulama ahli sunnah wal jamaah. Mereka mengatakan bahawa asal ilmu ini adalah dari kekufuran. Ertinya, ianya datang dari orang-orang yang tidak beriman. Dari mana asalnya? Iaitu dari Yunani kuno. Siapa datuknya? Iaitu Aristotles. Ia mempunyai 3 orang murid yang terkenal iaitu Plato, Socrates dan Alexander yang agung.
Mereka inilah yang menjadi bapa kepada falsafah dunia ini. Mereka sudah ada sebelum Islam datang. Dan nabi s.a.w tak pernah menganjurkan umatnya belajar ilmu ini. Andainya bermenafaat pasti nabi menganjurkan. Mudharatnya adalah lebih banyak.
Maka kata imam al Baji,
"Kerana ilmu ini pada dasarnya dibangun di atas kekufuran dan pengingkaran serta jauh dari syariat. Dan menjauhkan orang pula dari syariat. "
Mengikut logika
Kenapa begitu? Kerana ilmu ini tidak mengakui sesuatu kecuali jika sesuai dengan logika akal. Tetapi logika mereka tidak menurut logika yang logis. Maka kalau tak sesuai dengan akal, ia tinggalkan. Maka yang pertama membawa umat ini menyimpang dari Islam, iaitu bila lahirnya pemahaman muktazilah. Yang mempertuhan kan akal. Di mana mereka tidak mengakui keunggulan wahyu. Bagi mereka wahyu itu adalah ciptaan Allah swt. Bila ada yang bertentangan dengan akal maka didahululan akal dan ditinggalkan wahyu. Sehingga banyak syariat tertolak akibat tidak sesuai dengan akal mereka.
Jika pandangan mata kita ini terbatas, demikian juga akal kita. Sedangkan wahyu itu lebih luas. Bila tak termakan oleh kita , bererti bukannya tak masuk akal, tetapi akal kita yang pendek atau akal kita yang sempit. Kalau anda tak boleh masuk akal, kami boleh bantu memasukkannya. Tapi izin kan kami mengorek-ngorek benda kotor di dalamnya dahulu..
Sakit memang sakit. Seperti orang yang tergeliat dibawa ke tukang urut. Katanya, apa ubat kepada sakitnya? Maka dijawab oleh tukang urut, ubatnya satu saja iaitu tahan sakit. Kalau tak tahan sakit tak sembuh.
Masuk akal
Begitu juga akal. Kalau nak masuk akal, harus diperiksa dulu apa isinya? Kalau isinya banyak virus terpaksa di endoskopi dulu. Seperti di zaman Umar r.a dulu. Seseorang meragukan takdir, akan Umar diberikannya ayat, tak masuk. Dibacakan hadis tak masuk. Akhirnya beliau pakai apa? Pakai rotan ( cambuk) . Setelah dirotan orang itu pergi.
Esoknya datang lagi, belum sembuh juga, dirotan lagi. Belum sembuh lagi, dirotan lagi. Sampai ke hari ketiga, katanya, "Ya Amirul Mukminin kalau nak bunuh saya, bunuhlah tapi sakit saya dah sembuh." Iaitu therapi nya berat kerana sakitnya berat.
Juga Abdullah ibn Abbas r.a, datang seorang pemuda kepadanya. Katanya, "Sebahagian hal tak masuk akal ". Lalu kata ibnu Abbas, "Tengok orang di depan sana di padang pasir." Katanya ada orang . Di depan lagi juga ada orang. Nun jauh di dalam kegelapan? Jawab pemuda itu, ia tak nampak. Tapi sebenarnya orangnya ada. Cuma kita yang tidak nampak, sebab apa ? Sebab pandangan mata kita terbatas. Maka kata ibnu Abbas, "Sebagaimana pandanganmu terbatas hai anakku, demikian juga akalmu terbatas."
Bagaimana kita mahu jadikan akal sebagai kayu ukur, hanya dengan akal telanjang saja tak disertakan dengan dalil ? Maka di sinilah letaknya kerosakan ilmu ini. Sehingga ramai orang menafikan sifat-sifat Allah taala dengan alasan tak masuk akal.
Perlu contoh? Tapi anda jangan kesakitan ya?
Misalnya, dengan ilmu ini menurut mereka tak masuk akal, tetapi mengikut hadis yang sahih ini,
Bahawa Rasulullah bersabda,
“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Dia berfirman, ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku berikan kepadanya. Sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku berikan keampunan kepadanya.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Menurut mereka ianya tidak masuk akal Allah itu turun ke langit dunia. Kenapa? Kerana jika Allah turun ke langit pertama bererti arash tinggal, iaitu arash kosong. Padahal ayat mengatakan,
Analogi yang silap
Bagi kami ini sangat masuk akal kerana kami ada akal. Kenapa? Kerana jika anda mengatakan jika Allah turun kelangit dunia bermakna arash ditinggalkan kosong , anda mengukur turunnya Allah itu dengan ukuran apa? Iaitu ukuran makhluk. Bukan kah anda menganalogikan Khalik dengan makhluk ? Dalam ilmu ini juga, iaitu qias maal fariq, adakah boleh mengkias sesuatu yang berbeza? Seperti jika saya kiaskan Ali manusia , Aini juga manusia sebab ia manusia maka dua-dua boleh beranak, boleh? Tidak. Sebab apa tidak? Sebab berbeza satu lelaki satu perempuan. Tidak boleh kias di sini.
Maka natijahnya fasik atau rosak. Kalau barang rosak boleh dipakai? Ini kan pula akidah yang rosak.
Di makhluk sendiri kita boleh pakai secara akal untuk meyakini. Anda masih hidup? Anda ada roh? Tunjukkan di mana letaknya roh anda. Bila mati roh anda keluar, betul? Jadi di mana tempat yang ia tinggalkan ? Tidak ada bekasnya. Jadi walaupun ia keluar , tapi tempat asalnya tak berubah.
Oleh kerana ia roh, iaitu makhluk itupun ia meninggalkan tempatnya tetapi tempatnya itu tak berubah. Inikan pula Khalik iaitu tuhan Pencipta.
Oleh itu kias bahawa sesuatu yang pergi maka ia meninggalkan tempat asalnya maka ini kias yang tidak tepat. Kerana di makhluk sendiri pergi tidak meninggal kan bekas.
Tiada akidah yang tak masuk akal
Oleh itu tidak ada akidah yang tidak masuk akal. Sebab apa tidak masuk akal bagi sesetengah orang? Kerana akalnya sudah tersumbat dengan yang batil akibat dari ilmu falsafah ini. Sehingga terjadilah bermacam-macam penyelewengan akidah. Kebanyakannya adalah korban dari ilmu ini.
Sehingga bila kita bawakan ayat al quran dan hadis nabi, kita dijauhkan darinya. Dengan alasan tak masuk akal, tak logik atau tak sesuai dengan keyakinan masyarakat umum. Apa sebabnya. Kerana ia telah di masuki ilmu falsafah ini sedangkan di zaman nabi semua ayat-ayat akidah diterima, begitu juga semua syariat diterima.
Melarang membaca
Kata imam al Baji lagi,
" Saya melarang kalian membaca nya sebelum anda membaca pandangan para ulama, yang membuat anda faham atas rosaknya ilmu ini. "
Maka imam Syafie mengatakan,
" Menurutku hukum yang patut bagi ahli kalam ialah mukanya dipenuhkan dengan arang lalu diheret ke jalan-jalan dan pasar-pasar. Lalu katakan, Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan kitabullah dan sunnah nabi s.a.w dan mendahulukan ilmu kalam."
Kalau imam Syafie ada sekarang, mungkin ramai orang tidak mahu mengikutnya.
Jadi, "Jika kalian belum membaca pandangan ulama tentang rosaknya ilmu falsafah ini, lemah subhatnya , dan lemah tahkiknya ( penelitiannya), kerana aku takut masuk ke dalam hati salah seorang dari kalian syubhat- syubhat yang mereka pasang itu. Padahal kalian belum memiliki ilmu untuk menolak syubhat tersebut."
Seperti kata ulama, imam al Barbahari menyebutkan,
" Hati-hati kita ini lemah, dan fitnah-fitnah (syubhat) itu keras tarikannya. "
Jadi, imam al Baji melarang kalian mempelajari ilmu falsafah sebelum kalian memahami kerosakan ilmu tersebut. Kerana kalau tidak, kalian akan jatuh terjerumus dalam syubhat tersebut. Kerana asalnya syubhat. Kenapa disebut syubhat?
Ditolak
Jika segala sesuatu yang tak sesuai dengan akal mesti ditolak. Bererti berapa banyak syariat yang tak sesuai dengan akal ? Misalnya bagi ibu-ibu, lelaki nikah 4 orang tidak masuk akal bukan? Lalu ditolak. Tetapi kalau selingkuh itu patut dan wajar. Masuk akal sebab ini zaman orang sering selingkuh. LGBT itu wajar sebagai penyaluran hasrat kerana manusia itu mempunyai berlainan hasrat. Tetapi jika hasrat nikah lebih dari 1 itu tidak boleh. Tak sesuai logika. Inilah logika sakit akibat dari ilmu ini.
Tetapi ada orang yang dalam keadaan tidak benar tapi tak merasa salah. Sehingga terkejut kami bila diberitahu bahawa,
Ada seorang ustaz mencerita kan yang ia sudah masuk banyak aliran-aliran yang terkenal. Bahkan sudah sampai tingkat tertinggi katanya. Iaitu sampai boleh memanggil arwah orang yang di dalam kubur. Dia panggil dua ibubapanya lalu mereka hadir , suaranya sama macam keduanya. Panggil pula tuan gurunya yang mati 2 tahun yang lalu, ia pun datang. Dia merasa hebat waktu itu.
Tetapi ada satu yang harus diketahui oleh orang yang nak masuk jalan itu katanya, iaitu ia wajib memposisikan dirinya sebagai tuhan . Tetapi dia tak menganggap itu syirik bahkan itu sebagai satu makam yang tinggi. Seperti firaun dulu juga merasa makamnya yang tinggi, dia berkata,
Jadi, bila dia memanggil arwah itu layaknya seperti tuhan yang memanggil seseorang. Sedangkan Allah berfirman,
Iaitu Allah kata jangan menyengutukan Nya dengan sesuatu dan jangan menjadikan sesuatu sebagai tuhan. Adakah orang yang begitu kita boleh buat kawan?
Ini bukan faham radikal bahkan inilah akidah nabi Muhammad s.a.w. Bila ada anak orang yahudi hampir meninggal , nabi datang memintanya masuk Islam. Bila ayahnya berkata supaya ikutlah kata Abal Qassim, maka anaknya ikut. Lalu ia selamat dari azab neraka kerana ia dapat husnul khatimahnya.
Bila berperang nabi melarang bunuh anak-anak, wanita, orang tua, ulama dan jangan merosakkan rumah-rumah ibadah. Kerana Allah berfirman,
Jadi, ajaran nabi kita tidak radikal seperti disangka oleh sesetengah orang.
Berdebat
Al quran itu mesti dihafal jika mahu kuat ilmu kita. Jika tidak, akan kalah kalau berdebat.
Ahli falsafah tidak mahu berdebat jika menggunakan quran dan hadis. Sebab itu bila imam Ahmad diajak berdebat dia mensyaratkan bahawa tidak boleh menggunakan tafsir dan takwil tetapi pakai al quran dan hadis sahaja.
Negeri kita ini cukup untuk kita berjaya dan maju dalam apa bidang pun tetapi disebabkan kita tidak mengikut quran , sebaliknya mengikut tamadun orang lain selain quran dan hadis maka kita jadi lemah dan rendah. Akhirnya kita kalah dalam semua bidang.
Tahu kelemahan ilmu ini
Jika anda belajar ilmu falsafah jangan dipakai ilmu itu tetapi hendaklah gunakannya untuk mencari kelemahan ilmu itu. Iaitu mereka selalu memakai analogi yang keliru iaitu mengkiaskan makhluk dengan khalik. Bererti menyerupakan Allah dengan makhluk , di sinilah letaknya kelemahan ilmu ini.
Kata imam al Baji lagi ,
" Kelemahan dan kerancuan orang yang tertipu dengan ilmu ini."
Bukankah ada digambarkan oleh sebahagian orang, katanya siapa yang berpegang kepada quran dan hadis saja ia akan sesat. Tetapi sabda nabi s.a.w,
" Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (HR. Malik; Al-Hakim, Al-Baihaq)
Kata nabi tidak sesat, kata orang sesat , jadi mana yang perlu diikuti? Tentu perkataan nabi. Anda beriman kepada nabi atau kepada orang? Tentu kepada nabi.
Cuma kalau kita tak faham sesuatu, kita bertanya kepada yang faham. Samada mengikut fahaman mazhab atau tak bermazhab. Tak bermazhab bukan bermakna tak ikut ulama mazhab, cuma ia belajar semua kemudian ia pilih yang paling baik. Ini tentu bukan semua orang yang mampu melakukannya. Tetapi bukan pula pilih yang enak sahaja untuknya.
Kata ulama, kalau anda memilih rukhsah semua ulama , maka berkumpul semua keburukan kepada anda.
Dan ketahuilah teori itu adalah seburuk-buruk perlanggaran dan syubhat. Dan seburuk-buruk helah dan kelemahan yang dicari-cari. Yang orang yang tidak kenal keburukan itu, ia terpedaya olehnya. Menganggap itulah yang paling hebat bagi mereka yang tak mengenalinya. Oleh sebab itu bila ada orang berilmu berdebat dengan mereka, pasti akan didapati orang itu jauh daripada ilmu.
Seperti yang berlaku antara Abdul Aziz al Kinani dengan Hafs al fard. Imam Syafie dengan Hafs al Fard , imam Ahmad dengan Ahmad bin Abi Duat. Dan ibn Taimiyah dengan lain-lainnya. Bila di gunakan ilmu maka nampak tidak berilmunya mereka yang didebat. Kenapa? Kerana semuanya mereka pakai akal. Bila ditanya hadis atau ayat ia tak faham.
Ketika ditanyakan dalil ia tak mahu beritahu, katanya ia ingin sembunyikan ilmunya. Padahal dia menyembunyikan kejahilannya. Sebab kalau disebutkan ayatnya, pasti akan diberitahu maksud yang sebenarnya. Kerana nabi mengatakan nya begini begitu. Tapi kadang-kadang orang menyembunyikan kejahilannya. Dengan cara apa? Dengan katanya barangnya ada tapi tak dikeluarkan.
Dengan pendapatnya itu dia merasa dia menang tetapi pendapat nya itulah yang mengalahlan dirinya sendiri. Dan imam al Baji telah menyaksikannya sendiri di Baghdad. Di sana orang tidak mengambil ilmu dari ahli falsafah ini dan ia tak diajak berdiskusi. Dan di akhirat nanti akan merugi dan celaka.
Itulah wasiat imam al Baji kepada dua anaknya tentang ilmu falsafah yang menafaatnya tidak jelas dan lebih memberi mudharat.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
1/6/24
Ulasan
Catat Ulasan