Langkau ke kandungan utama

160) APAKAH PENYAKIT HATI ? APA AKIBATNYA?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


       Sesungguhnya penyakit-penyakit hati itu banyak. Bukan hanya jasad terkena penyakit tetapi juga  kepada hati kita. Dalilnya Allah berfirman,



       Memerhati masalah hati adalah perkara penting. Membersihkan hati adalah perkara penting. Kebanyakan orang sibuk memperhatikan tubuhnya dari segala macam penyakit. Kalau ada penyakit mereka berusaha berubat menyembuhkannya, kalau ada kotoran mereka berusaha  bersihkan ia. Tetapi ramai  orang yang lalai dan  tidak memperhatikan gerak -geri hati hingga penyakit itu terkena kepada hatinya. Betapa ramai orang yang terkena penyakit hati  tetapi ia tidak sedar yang ia sedang terkena penyakit hati. 

      Padahal yang menjadi ikutan utama ialah hati seseorang. Sehingga nabi s.a.w bersabda,

      " Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat fizikal dan harta kalian tetapi Ia melihat hati dan amal kalian”. (HR. Muslim)

       Ini menunjukkan bahawa hati dan amal ialah yang menjadi kiraan di sisi Allah manakala  jasad bukanlah menjadi penilaian  utama di sisi Allah. Orang yang selamat di akhirat kelak ialah orang  yang membawa hati yang bersih . Dalilnya firman Allah,

 
        Di waktu itu harta, anak-anak dan jawatan tidak dapat menolong kita. Melainkan yang selamat ialah orang yang membawa hati yang bersih dari sebaràng penyakit. 

      Kemudian,  penyakit-penyakit hati yang ada dalam mansyarakat itu memberi akibat dalam kehidupan masyarakat itu. Contohnya,  penyakit hati yang berkaitan dengan  aqidah seperti, kemunafiqan, syubhat, keraguan, seperti ragu dengan Islam, ragu dengan Tuhan, sehingga  terjerumus ia kedalam  lembah ateis.

       

        Ada juga orang yang terkena penyakit syubhat, iaitu yang mencampur kan yang hak dengan yang batil. Sehingga akhirnya ia membuat ia  ragu dengan syariat Islam.

     Ada penyakit hati yang merbahaya juga  yang tidak berkaitan dengan aqidah. Contohnya, riak iaitu beramal supaya dilihat dan disanjung orang. Ujub pula merasakan diri sendiri hebat, tinggi atau berjaya. Sedangkan dia lupa kejayaannya adalah dari Allah swt. 

    Contoh lain ialah sombong. Samada kerana kepandaiannya atau kekayaannya atau hartanya. Maka dia menjadi sombong dan angkuh.

     Contoh lain ialah hasad. Iaitu kurang redha dengan apa yang Allah beri padanya, ia melihat-lihat  orang yang lebih tinggi darinya dalam hal  dunia. Sehingga timbul hasad dengki kepada orang tersebut. 

     Penyakit-penyakit  seperti riak , hasad, sombong dan sangka buruk akan ternampak dalam kehidupan sehari-hari seseorang dalam mansyarakat. Dengan nya timbul perselisihan, ghibah, namimah, atau saling menjatuhkan. Semua ini asalnya adalah dari penyakit hati manusia. 


         Cuba kita bayangkan jika dalam satu masyarakat semuanya ikhlas, tidak ada yang ujub, tidak ada yang mahu jadi nombor satu,  tidak ada yang sombong, maka agaknya masyarakat bagaimana? Pastilah tenteram, tidak ada keributan . Tetapi bila ada penyakit-penyakit tadi dalam masyarakat  maka akan nampak akibatnya dalam masyarakat. Samada dalam ruang lingkup yang kecil atau yang besar. Di mana  kaum kerabat sering  terjadinya permusuhan, bila diperiksa puncanya adalah hasad dengki.  Pergaduhan suami  isteri , bila diperiksa kerana adanya sangka buruk sesama pasangan. Ada orang mengejek atau memperkecil orang lain, ternyata sebabnya ia sombong dan angkuh.
 

       Sebenarnya apa punca penyakit hati ini? Misalnya terjadi perselisihan antara da'i atau sesama panitia pengajian? Ternyata bila diperiksa kerana adanya riak. Rasa dirinya saja yang betul. Atau ada perasaan dengki dengan  pengajian orang lain.  Intinya adalah adanya penyakit hati samada dengki, riak atau sebagainya. 


     Oleh  itu mari kita mengecam penyakit hati yang mungkin ada pada diri kita  dan kita cuba mengubatinya. Kerana penyakit- penyakit ini akan mengganggu ketenteraman  hidup seseorang. Kalau seseorang itu ada sombong, ujub , riak, suuz zhan, dengki dan lain-lain, hidupnya tidak tenteram. Semakin banyak penyakit hatinya, semakin ia tidak bahagia. Kerana kebahagiaan itu letaknya di hati . Semakin ia bersihkan  hatinya dari sifat-sifat sombong, hasad, ujub , riak dan lain-lain,  semakin ia ikhlas, ia akan semakin bahagia. 

     Terkadang kita dapati orang suka marah-marah, sikit-sikit teriak-teriak, kenapa? Ternyata dia ada keangkuhan. Jika ia merasa orang memperkecilkannya ia akan marah. Iaitu hatinya ada penyakit. Kalau dia tidak angkuh dia tidak akan marah-marah kepada orang. 

      Oleh itu penyakit hati bukan  saja bercongkol di hati  tetapi ada dampaknya dalam kehidupan bermasyarakat. 
       
       Oleh itu mari kita mengenal penyakit-penyakit hati dan cara mengubatinya agar kita dapat hidup tenteram. Dan dengan itu semoga kita diwafatkan Allah dalam keadaan hati yang sejahtera kerana itulah yang dapat menyelamatkan kita dari azab neraka di akhirat nanti. 

        Bahawa,  dosa itu bukan hanya dengan lisan atau pandangan  atau pendengaran  atau tulisan sahaja. Sumber dosa itu banyak. Ada orang berbuat dosa dengan melihat yang haram, mendengar yang haram, mengucap yang haram, ada yang menulis suatu yang buruk, ternyata hati juga sumber dosa. Hasad itu satu dosa, riak itu dosa, sombong itu dosa, ujub juga dosa.

      Jadi, jangan kita menyangka dosa-dosa itu hanya berkaitan dengan anggota  tubuh kita, tetapi banyak dosa-dosa yang berkaitan dengan hati kita. Maka sia-sia jika seseorang yang secara zahirnya  rajin sedekah, rajin ibadah, baca quran, jaga penglihatan, jaga pendengaran dari yang haram, berkata yang baik-baik, tetapi dalam hatinya ada keangkuhan, merasa orang lain lebih rendah, dalam hatinya ada ujub iaitu ia merasa ia telah sampai tahap yang hebat,  atau dalam hatinya ada suuz zhan kepada orang lain.

        Ini semua adalah dosa-dosa. Jadi mari kita bersama membersihkan dosa berkaitan dengab hati.  Antara penyakit hati ialah:


1. Riak
      Iaitu ingin disanjung , ingin disebut-sebut, ingin diakui. Penyakit ini sudah diingatkan oleh nabi s.a.w dalam satu hadisnya,

   

 Rasulullah SAW bersabda,         "Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil."

Mereka (para sahabat) bertanya, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab, "Iaitu riak."
 (HR Ahmad)

         Riak itu ialah beramal untuk dilihat oleh orang. Diambil dari perkataan rukyah. Dalam hadis yang lain nabi bersabda,

       Dari ‘Abdu-r-Rahman, dari Abu Sa’id, beliau berkata, “Rasulullah s.a.w. telah keluar kepada kami ketika kami sedang berbincang tentang al-Masih ad-Dajjal.

فَقَالَ ‏أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ؟

    Lalu, baginda bertanya, ‘Mahukah aku beritahu kalian sesuatu yang lebih aku takuti menimpa kalian daripada al-Masih ad-Dajjal?'”

قَالَ قُلْنَا بَلَى ‏

    Beliau (Abu Sa’id) berkata, “Kami menjawab, ‘Sudah tentu!’

فَقَالَ ‏الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ‏

    Maka, baginda pun bersabda, ‘(Aku lebih takut kalau menimpa kepada kalian) syirik khafiy (tersembunyi) iaitu apabila berdirinya seseorang untuk bersolat, lalu dia memperelokkan solatnya kerana dia mendapati ada orang sedang memerhatikannya.'”

SUMBER: Sunan Ibn Majah (37/4344)

     Contohnya, ia solat macam biasa, tapi bila ada pembesar yang mengikutinya maka  dibaiki bacaannya baik-baik. Kerana ingin dipuji  Maka ini berat bagi seorang imam solat. 

      Ini berlaku juga dalam amal-amal soleh yang lain seperti berdakwah. Bila ada menteri yang hadir misalnya, ia baguskan dalil-dalilnya dengan tujuan untuk dipuji.  Itulah tanda riak, iaitu beramal untuk dapat pujian dan sanjungan manusia. 


Kenapa  Nabi takut

      Kenapa nabi takut kepada penyakit ini lebih daripada takut dajjal? Kerana walaupun bahaya, fitnah dajjal itu hanya muncul di akhir zaman. Adapun fitnah riak itu muncul bila-bila masa dan di mana saja. Pagi ini seseorang ikhlas, petangnya ia mungkin jadi riak. 

       Kedua, fitnah dajjal ini, rata-rata orang beriman selamat kerana dajjal dapat dilihat dengan tanda kafir di keningnya. Setiap orang beriman akan dapat mengenalinya. Tetapi riak ini terkena kepada orang beriman, bukan pelaku maksiat. 

     Kalau orang minum khamr atau berzina ia tidak riak dengan dosanya. Kalau ada juga memang ia orang yang bodoh. Tetapi riak itu menimpa orang yang beramal soleh. Orang yang sudah haji 5 kali, ia bangga dengan  hajinya, mahu dipanggil tuan  haji. Orang yang sering berdakwah sana sini hingga ke pendalaman , dia ada rasa ingin menunjukkan dakwahnya ke media sosial. Orang yang sering sedekah, ia rawan untuk menceritakannya. Jadi,  penyakit riak itu menimpa orang yang mempunyai kelebihan dalam beragama. Sebab itu nabi khuatir tentang hal itu, walaupun kepada sahabat nabi sendiri yang memang terdiri dari orang yang soleh. Apalagi kita yang iman yang nipis ini.

       Terkadang seseorang riak, tapi ia masukkan  dengan cara yang halus. Contohnya ia berkata, si fulan itu solat subuhnya selalu di saf ketiga. Maksudnya apa? Maksudnya , ia solat di saf pertama tetapi ia tak mengatakannya. Tapi sudah difahami dari perkataannya. Jadi ia ingin riak tapi tidak terang-terangan. 

        Atau kalau ditanya, kamu sudah haji ke belum? Sudah. Tapi ditambah sudah, 5 kali, alhamdulillah. 

   Pintu-pintu riak itu banyak dan  memang berat. Ini perjuangan orang yang ikhlas. Orang yang pedulikan penyakit riak ialah orang yang ikhlas. Orang yang tidak ikhlas ia tidak peduli. Dia mahu riak,  dia mahu pamit dia tidak peduli. Tapi orang yang tulus ikhlas, dia pasti gelisah jika ia riak. Ia menyesal jika ia ceritakan amalnya. Kerana ia tahu itu satu kesalahan. Ini masalah yang halus. Kadang kita sedar niat hati kita. 

       Oleh sebab itu para salaf dulu amat menyembunyikan amalan mereka kerana takut penyakit riak. Bila ia baca quran contohnya, bila ada orang lalu, ia tutup qurannya supaya orang tidak tahu. Sebahagian salaf bila ia solat malam, kemudian ia tidur, menjelang subuh ia bangun dengan  berkata, lena tidur malam tadi, supaya orang tidak tahu ia solat malam. Ada yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya seperti Zainal Abidin. Ia meletak tepung gandum di rumah orang miskin di waktu malam tanpa diketahui. Bila ia meninggal baru orang tahu siapa yang memberikan tepung itu. 

      Kalau dibandingkan dengan orang  zaman ini, mereka bersusah payah untuk menunjukkan amalan mereka. Bukan bersusah payah untuk menyembunyikan nya.  Hingga selfie di kaabah. Padahal kita tahu, bagaimana besar pun amal soleh itu, jika tidak ikhlas, tidak akan diterima Allah swt. 

     Seseorang yang menyumbang sejuta ringgit untuk membina masjid dengan tujuan   untuk dipuji  itu tidak ada nilainya di sisi Allah. Orang yang haji dengan biaya yang mahal, hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk , ia tiada nilai di sisi Allah swt. Atau ia pergi supaya nanti dipanggil tuan haji , itu tidak ada faedahnya.
        
      Ini perjuangan kita,  iaitu untuk bersihkan  hati kita dari penyakit riak hingga kita mati. Jangan harap dipuji, jangan harap disanjung. Dan itu tidak mudah. Manusia ada sifat dasar ingin dipuji  ,ingin disanjung. Tetapi nabi menyuruh kita melawan hal tersebut.  Nabi mengajar kita supaya seluruh amalan kita hanya untuk Allah swt.  Bila kita mencapai darjat ikhlas kita akan bahagia. Kenapa? Kerana kita tidak lagi peduli dengan komen manusia. Samada ia mahu mencela atau mahu memuji. Sebab kita sudah menghadapkan amal kita kepada Allah sahaja, bukan kepada manusia. 

        Tapi bila seseorang jauh dari keikhlasan,   dia akan sengsara.  Dia selalu memerhatikan komentar orang kepada dirinya, dia selalu mengharapkan pujian manusia. Sehingga ia berusaha untuk manusia menyanjungnya, memujinya. Usaha itu membuat ia sengsara. 

        Contohnya orang yang selfie di depan kaabah dan di upload di facebook. Tiba-tiba  tidak ada yang like. Dia upload sekali lagi. Yang like hanya sedikit. Lalu ia sedih kerana ia mengharap pujian manusia. 

      Tapi jika ada orang tawaf, dia tidak ingin orang tahu, dia akan bahagia. Maka menyembunyikan amal soleh itu membantu kita untuk ikhlas. Kalau jiwa kita ingin riak, pasti ada pula hati kita yang menyeru supaya jangan berbuat begitu.  Jika kita sudah belajar tauhid pasti ada signal di hati kita yang mengingatkan supaya jangan riak. Kerana tauhid itu isinya ikhlas kerana Allah.

     Tapi jika kita tidak pedulikan penyakit riak, signal dari hati supaya jangan riak tidak  akan dipedulikan . Kita akan bercerita kisah amal kita, kisah dakwah kita dan sebagainya. Itulah hasutan syaitan supaya kita terjerumus dalam riak. Pahala pun kita tidak akan dapat, pahalanya berguguran.

     Ini semua perlu latihan . Sudahlah amal sedikit mahu dicerikan pula, apalagi yang tinggal? Ada orang menyumbang jutaan ringgit tapi tidak mahu disebut namanya. Bahkan ia marah disebut namanya kerana ia tahu sulitnya untuk menjaga diri dari riak. 

       Inilah salah satu penyakit yang merbahaya yang menyerang siapa saja. Baik orang awam atau orang berilmu
Baik ia ustaz , kiyai, tuan guru, semuanya boleh terkena penyakit ini. Maka hendaklah kita berjuang menghindari riak.

      Antara doa yang di ajar nabi ialah,


        Kata Syeikh Muhammad Abdul Wahab, dalam kitab Attauhid, ketika ia menafsir ayat,


        Ayat ini menyuruh kita ikhlas dalam berdakwah. Kerana ada orang yang menyeru kepada kebenaran   tetapi ia juga menyeru kepada dirinya. Yang dia sampaikan adalah dalil, sunnah  , tauhid tetapi disamping ia menyeru mengikut sunnah dia juga menyeru supaya mengikut dirinya. Ada yang seperti itu.  Ada orang yang menyeru kepada tauhid dan sunnah dia tak suka. Ia mahu orang mengikut dirinya. Hakikatnya ia bukan menyeru orang kepada yang hak  tetapi menyeru orang kepada dirinya.  Pondok, organisasi,  madrasah, masjid, center  itu bukan tujuan. Itu hanya lah sarana atau medium untuk sampai ke tujuan.  Barangsiapa menjadikan itu sebagai tujuan maka ia tidak ikhlas kepada Allah.

       Contohnya, ada orang mengajak kepada organisasinya  , jika ia melihat organisasi lain berkembang, ia hasad. Dengki , tidak suka. Bererti ia tidak menyeru kepada Allah tetapi kepada organisasinya. Bererti ia tidak ikhlas. Selama ini ia menyeru kepada organisasi nya bukan kepada Allah swt. 

       Jadi, berdakwah bukan mengajak manusia  kepada sesuatu organisasi, parti,  pondok, dan sebagai nya. Ia hanya sarana atau medium, bukan tujuan. Jika kita ber dakwah kepada organisasi sendiri maka itu tidak ikhlas. Akan terjadi banyak keributan, pertikaian atau perdebatan akhirnya kerana hati yang tidak beres.

      Penyakit kedua yang juga merbahaya ialah:



2. Ujub


      Apa kah ujub?  Ujub itu bermakna berbangga dengan dirinya sendiri.  Nabi s.a.w  bersabda,

       "Tiga perkara yang membinasakan; (1) kekikiran yang ditaati, (2) hawa nafsu yang diikuti, (3) seseorang merasa ‘ujub dengan dirinya.”
 (Hadits dishahihkan oleh Syaikh Albani Rahimahullah)

       Sebagaimana riak boleh menggugur kan  amal soleh, ujub juga sama. Seorang ulama berkata,
  "  Hati-hati lah dengan bahaya ujub kerana ujub itu seperti  banjir besar yang boleh menghanyutkan amal soleh yang kita lakukan". 

       Ujub itu ialah seseorang itu merasa berhasil atau  berjaya kerana kemampuan nya. Dia lupa bahawa semua kejayaannya adalah dari Allah swt. Inilah  penyakit yang menimpa firaun. Sewaktu ia dipuncak jayanya, memiliki harta yang banyak ia berkata,
  " Aku kaya raya kerana aku ada ilmu. "

       Dia lupa bahawa dia kaya kerana Allah swt. Maka sebahagian ulama mengatakan ujub itu adalah  syirik kecil. Kenapa dikatakan syirik? Kerana kita menduakan Allah. Seseorang yang berdoa kepada Allah, terapi dia berdoa juga kepada  nabi atau selainnya, maka itu dipanggil orang musyrik. Padahal doa hanya untuk Allah swt.  Bukan selain Allah.

       Seseorang yang menyembelih untuk jin maka itu syirik. Kerana menyembelih itu hanya kerana Allah swt. Adapun yang menyembelih kerana ingin membina rumah, menyembelih untuk jin , maka itu syirik. Kerana beribadah kepada selain Allah. 

      Kenapa ujub di panggil syirik? Kerana ia menganggap kejayaannya dalam  sesuatu  hal  adalah kerana Allah dan kerana dirinya. Harusnya dia sedar bahawa dia hanya melakukan sebab. Sebab dia lakukan tetapi penentu kejayaan bukan dia. Tapi dari Allah. Bila saja ia merasa kejayaan itu dari dirinya, maka itulah ujub. 

       Sehingga ketika  firaun kaya-raya ia berkata, " Aku kaya kerana aku ada ilmu". Ini sangat merbahaya . Betapa banyak orang bila ditanya bagaimana anda berjaya, maka ia menjawab itu semua kerana  saya begini, saya begitu. Seharusnya ia patut menjawab yang  semuanya kerana kurniaan  Allah,  sepertimana di ajar dalam al quran, 


     "Ini adalah kurnia dari Allah taala."  dan dengan sebab saya usaha begini, begini. Harusnya begitu menjawab apa saja kejayaan yang kita dapati.
       
       Bila kita mendapat jawatan , kekayaan, kejayaan dan sebagainya, katakan, Ini kurniaan dari Allah untuk mengujiku adakah aku bersyukur.  Bukannya berbangga dengan mengatakan itu semua kerana kepandaian ku  dalam mencarinya, sehingga lupa kepada Allah yang memberi segalanya. 

      Kerana kita ada kaedah iaitu:  'Kekayaan atau kejayaan tidak ber banding lurus dengan kepandaian dan kecerdasan'.

        Betapa banyak orang yang pandai, pintar, tapi tak kaya-kaya.  Kalau orang pintar mesti kaya, ternyata orang yang pintar ramai yang biasa-biasa saja kayanya. Ada yang tak lulus sekolah , dia yang jadi boss, pergi umrah tiap-tiap tahun. 

        Kita tidak mengingkari usaha. Mahu kaya, mahu berjaya kena belajar. Tetapi jangan kita merasa dengan sebab usaha kita, kita jadi berjaya. Kita berusaha, yang menentukan Allah swt. Ada yang berkata, saya berjaya kerana saya banyak pengalaman . Kita katakan bahawa ramai orang lain yang punya pengalaman tapi masih ditahap yang sama. Itu semua kehendak Allah. 

        Demikian juga masalah hidayah . Jangan kita ujub kita dapat mengenal sunnah, dapat memahami tauhid yang benar dan sebagainya. Hendaklah kita katakan ini semua kurnia dari Allah swt.  Dengan demikian kita tidak akan ujub kerana tahu itu semua benar-benar dari Allah swt. Kerana kepintaran tidak semestinya ia dapat mencapai hidayah . Betapa banyak orang yang pintar tetapi ia di dalam kesesatan. 

        Jumlah orang kafir lebih banyak dari orang Islam. Betapa banyak orang yang menyembah nabi sebagai tuhannya. Sedangkan nabi itu manusia  biasa yang ia sendiri pernah sakit, lapar , ketakutan dan sebagainya. Masakan tuhan itu lapar. Tapi betapa  ramai orang pandai yang menyembahnya. 

       Begitu juga betapa banyak orang yang pintar-pintar tapi rela menyembah lembu sebagai dewanya.  Dan orang yang pintar luarbiasa di Jepun sana, tetapi menyembah matahari. Menyembah makhluk.  Oleh itu hidayah itu adalah hak Allah, bukan kerana kepintaran atau kepandaian seseorang.  Apa saja kelebihan yang kita ada samada dalam hal dunia ataupun keagamaan, kita katakan itu semua kurniaan dari Allah.

       Lihatlah nabi Sulaiman a.s. ia hebat luarbiasa, jin , angin, binatang-binatang semua tunduk mengikut perintahnya. Apa saja perintahnya akan dipatuhi. Tapi apa katanya?  Katanya, 

       "Itu semua kurniaan Allah untuk mengujiku", kata nabi Sulaiman. "Adakah aku bersyukur atau ingkar kepada Allah."

       Jadi, jika kita dikurniakan kekayaan, atau jawatan yang tinggi  atau wajah yang cantik, hendaklah kita berkata seperti nabi Sulaiman di atas. Maka kita tidak akan ujub. 

       Oleh itu, ujub ini adalah penyakit yang mesti kita lawan setiap masa. Ingatkan diri kita bahawa apa saja kejayaan kita adalah kerana kurniaan Allah swt. Bukan kebolehan, kepandaian kita.

       Di antara penyakit yang merbahaya juga ialah,


3) Sombong

          Sombong ini adalah penyakiit hati yang bahaya yang kerananyalah iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s. Ketika Allah menyuruhnya sujud, iblis enggan dan ia sombong, maka jadi kafirlah dia. 

      Nabi s.a.w juga ada mengingatkan tentang sombong dalam hadisnya,


        Dari Abdullah bin Mas’ûd, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
     “Tidak akan masuk syurga orang yang ada kesombongan seberat zarrah di dalam hatinya.” Seorang laki-laki bertanya, “Sesungguhnya semua orang senang bajunya bagus, sandalnya bagus, (apakah itu kesombongan?”) Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya Allâh Maha Indah dan menyintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia”.  
[HR. Muslim, no. 2749]

         Antara makna zarrah ialah jika seseorang menepuk tangannya yang ada debu, yang tersisa di tapak tangannya itu lah besarnya zarrah. Jika ditimbang tidak ada beratnya, amat ringannya.  Kalau anda ada kesombongan sebesar itu, anda tidak masuk syurga. 

        Makna lain bagi zarrah ialah bila kita membuka tingkap di waktu pagi, ada butir-butir habuk yang terkena sinaran matahari, itulah besarnya zarrah. Jika ditimbang tidak ada beratnya. Jika anda ada kesombongan sebesar itu anda tidak masuk syurga. 

       Kesombongan ini penyakitnya iblis, Abu Jahal, Abu Lahab, dan penyakit yahudi. Lalu apa kata Allah kepada orang yang sombong?


      
    Neraka adalah tempat yang kekal bagi orang-orang yang sombong.

        Sombong ini banyak sebabnya. Boleh jadi disebabkan dunia dan boleh jadi disebabkan hal-hal  agama. Harta boleh menjadikan orang sombong. Merasa tinggi, merasa hebat. Jawatan dan kemewahan boleh menjadikan orang sombong. Kadang-kadang situasi membuat kita jadi  sombong. Seperti bila kita memakai pakaian polis yang penuh bintang, pergi kemana-mana kita dihormati dan didahulukan. Itu boleh membuat kita jadi sombong tanpa kita sedari. Itulah namanya situasi membuat kita angkuh dan sombong.

        Harta juga boleh menjadikan kita sombong. Contohnya kita memakai kereta berharga 500k. Bila kita mahu masuk kereta pastilah orang ramai melihat dengan kagum. Itu boleh menimbulkan keangkuhan dalam diri. 

      Cuba kita pakai motor kapcai, ada timbul kesombongan? Nak tak nak kita pula terpaksa tawadhu'. Maka kata nabi, ada orang yang mampu memakai pakaian yang mewah, tetapi ia tanggalkan kerana takut sombong , maka Allah berikan dia baju yang indah pada hari kiamat nanti. 

        Begitu juga ada orang mampu memakai kereta berharga 500k tapi ia tinggalkan kerana takut sombong,  kerana kesombongan boleh datang dengan sendirinya. 
         
        Ada kaum ibu bertanya bahawa dia sudah sedekah , sudah zakat, sudah menderma, jadi bolehkah ia mahu membeli beg tangan  berharga 20k? Dijawab, tidak boleh, bahawa apa perlunya membeli beg semahal itu sedangkan fungsinya hanya menyimpan benda-benda yang kecil sahaja. Bahkan itu akan menimbul kan kesombongan di hati.  Sementara di sekeliling kita masih banyak orang kelaparan. Akhirnya bila kita memakai beg tersebut, amat mudah kita sombong, menunjuk-nunjuk  begnya yang mahal yang orang lain jarang yang mampu.

      Jadi , kesombongan boleh datang dari berbagai sebab. Ada orang sombong dengan nasabnya. Ia keturunan ini atau itu , yang mulia dan bangsawan. 

        Sebagaimana kesombongan boleh datang dari harta dunia , kesombongan juga boleh datang kerana agama. Ada orang yang sudah hafal quran, sepatutnya ia merendah diri, tapi ia mulai sombong dengan itu. Orang yang sudah lulus master, phD mulai rasa dirinya hebat. Dengan ilmu yang ia ada orang boleh jadi sombong.  Conrohnya ia berkata, Dia belajar di mana mahu berdebat dengan saya?   Inilah lafaz-lafaz kesombongan. 
        
       Jadi, diingatkan juga kepada ikhwan dan akhwat yang sudah lama mengikut pengajian, supaya jangan angkuh. 

       Kesombongan itu ternampak dari ucapan, dari gaya jalan, maka kata Allah,

Dan juga di surah yang lain,

       Dia memalingkan wajahnya ketika bertemu seolah-olah orang lain tidak layak bergaul dengannya.  Bukan memaling kan kerana memang ia terlampu sesak dan sibuk. Tetapi benar-benar kerana jual mahal. Maka kata nabi antara kebakhilan itu ialah , 
        
       “Orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil memberi salam.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (5591)]

        Kenapa  susah memberi salam? Kenapa payah untuk tersenyum? Kerana ada keangkuhan di dalam hati.  Jadi, Allah melarang memalingkan wajah kerana sombong. Dan berjalan dengan gaya yang sombong. Cara jalan, cara bercakap boleh menunjukkan kesombongan seseorang.


Melawan kesombongan

       Bagaimana cara untuk melawan penyakit kesombongan? Iaitu  kita harus sedar  bahawa semua kelebihan yang Allah beri  adalah untuk disyukuri bukan untuk disombongkan. Anda yang diberi ketampanan,  jangan jadikan ketampanan untuk sombong.  Ukhti yang diberi kecantikan jangan jadikan ia   punca kesombongan dalam diri. Tapi untuk bersyukur kepada Allah . Begitu juga jika kita diberi jawatan, jangan sombong dengan jawatan. Tapi itu adalah amanah dan ujian dari Allah swt.  

        Maka Allah mengatakan, 
               
  
   
      Ini ubat yang kedua, iaitu kita harus sedar bahawa  orang seperti kita di dunia ini ada banyak,   jadi mengapa harus sombong? 

       Ada orang bila ia di dalam negerinya ia rasa ia hebat, ceramah sana  ceramah sini. Tapi bila ia pergi keluar negara baru ia tahu orang sepertinya itu ada banyak di luar sana dan lebih hebat lagi ilmunya dan cerdas akalnya.  Kita rasa kerdil bila bergaul dengan mereka. 

      Terkadang ada orang bersedekah rm 1000 dia rasa hebat. Dia belum kenal ada orang sedekah langsung rm50k! Sehingga dia tahu bahawa dia bukanlah apa-apa. Allah mengisyaratkan,



       Kalau anda setinggi gunung mungkin boleh anda sombong. Tapi kita ini kecil-kecil dan rendah-rendah  saja, kenapa perlu sombong? Kalau kita mati pun, hanya berada 5 kaki di bawah tanah dan orang sepwrtj  kita ada banyak. Kalau kita ingat seperti ini kita takkan sombong.

       Terkadang orang sombong kerana dia satu-satu nya orang di dalam bidang itu. Contohnya dalam hal ilmu. Seseorang mungkir pakar dalam suatu bidang ilmu, tapi ilmu yang lain dia kurang. Tidak mungkin dia pakar dalam semua bidang ilmu yang ada. Kalau kita mengakui kelebihan ilmu orang lain, kita akan tehindar dari sombong. Tapi jika tidak, kita akan suka meremehkan orang lain. Kenapa orang suka merendahkan orang lain?

Sabda nabi s.a.w,

    Abu Hurairah RA mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesama muslim adalah saudara, tidak boleh saling menzalimi, mencibir atau merendahkan. Ketakwaan itu sesungguhnya di sini," sambil menunjuk dada dan diucapkannya tiga kali. (Rasul melanjutkan): "Seseorang sudah cukup jahat ketika ia sudah menghina sesama saudara muslim. Setiap muslim adalah haram dinodai jiwanya, hartanya dan kehormatannya."

(Hadits ini diriwayatkan Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya, Imam Tirmidzi dalam Sunan-nya dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya.)

       Cukuplah kita melakukan keburukan bila kita merendahkan saudara kita,  iaitu kehormatannya. Kenapa seseorang merendahkan orang lain? Kerana ada kesombongan dalam dirinya sebab itu ia merendahkan orang lain . Jika orang ada kekurangan, ditegur dengan  baik bukan dengan cara angkuh. Orang yang menghina itu hatinya ada masalah. 

      Jadi,  ubatnya ialah kita kena sedar bahawa bukanlah kita orang yang paling tinggi, kaya dan sebagainya, kerana di luar sana ada ramai lagi orang yang lebih dari kita. Sombong hanya mendatangkan dosa dan ia dosa besar yang menghalang kita masuk ke syurga Allah swt. 

      Di antara penyakit hati lagi ialah,



4) Hasad

         Hasad adalah dosa yang pertama di langit atau di bumi. Di langit ialah hasad nya iblis kepada Adam a.s. Manakala di bumi ialah hasadnya Qabil kepada Habil yang akhirnya Qabil membunuh Habil. Kerana apa? Kerana hasad.

      Hasad ini juga penyakit orang-orang yahudi.  Iaitu, kenapa  ia menolak nabi Muhammad ? Kerana hasadnya kepada bangsa selain yahudi. Allah mensifatkan orang yahudi dengan  al maghdhub, iaitu yang dimukai oleh Allah. Manakala orang nasara disifatkan sebagai orang yang tersesat kerana ia beribadah tanpa ilmu. 

      Orang yahudi dimurkai Allah sebab ia ada ilmu tapi tak beramal dengan  apa yang ia tahu . Antara ilmu yang ia tahu bahawa nabi Muhammad itu nabi terakhir tapi mereka tak mahu beriman kepada nya. Dalilnya dari firman Allah,


        Yahudi itu tahu nama nabi Muhammad, lahir di mana, besar di mana, apa pekerjaannya, dan mereka beramai-ramai  duduk di kota Madinah kerana menunggu munculnya nabi terakhir. Iaitu bani Nadhir, bani Qainuqa' dan bani Khuraizah  Tetapi bila mereka ketahui ia bukan dari bani Israel, maka timbullah hasad dengkinya. 

       Itulah yang dibuat oleh Huyay bin Akhtab, bapa Safiyyah, yang ia ber bangsa yahudi. Bila nabi tiba di Quba', ia periksa satu persatu sifat dan perjalanan nabi, ia tahu itu nabi sebenar. Tapi ia sendiri berkata bahawa ia akan memusuhi nabi itu hingga keakhir hayat. Kerana apa? Kerana nabi bukan bangsa yahudi. Itulah penyakit hasad yang ada pada Huyay bin Akhtab. 



       Begitu juga Abdullah bin Ubai bin Salul, pemimpin kaum munafik. Dia antara senior yang menjadi ketua di Madinah waktu itu. Tapi bila nabi datang ke Madinah, nabi diangkat menjadi pemimpin Madinah. Maka timbullah hasad di hati nya dan ia menjadi munafik. 

      Jadi, hasad ini adalah penyakit iblis, penyakit yahudi dan penyakit Abdullah bin Ubai. 

       Definasi hasad ialah membenci kenikmatan yang diperolehi orang lain. Dengan itu kita boleh memeriksa diri kita adakah kita ada hasad iaitu bila melihat orang lain mendapat nikmat atau kebaikan. Contohnya para wanita bila lalu wanita cantik di depannya ia rasa jengkel, maka itu ada hasad.  Lihat orang ada kereta baru, rasa jengkel maka itu tanda ada hasad. Kalau tiada hasad mengapa perlu jengkel?  Bila saja kita rasa jengkel atau geram dengan kenikmatan orang lain, itu namanya hasad. 

       Biasanya orang hasad dengan orang yang profesion yang sama. Da'i dengan da'i, cikgu dengan cikgu, doktor dengan doktor dan sebagainya. Penjual air dengan penjual air yang lain. Jika dia melihat mall yang besar, dia tidak hasad dengan  taukeh mall itu walaupun ia ternyata kaya raya. Tetapi dengan orang yang profesion  yang sama ia hasad. 
 
      Orang hasad adalah orang menderita, orang qanaah ialah orang paling bahagia.
Kenapa? Kerana bila orang dapat nikmat hatinya sengsara. Makin banyak orang dapat  nikmat makin ia sengsara. 

       Maka jika  anda ada penyakit hasad, anda harus lawan. Benarlah kata imam ibnu Taimiyyah, 
     "Tidak ada jasad yang selamat dari hasad, adapun orang yang baik ia sembunyikan hasadnya dan dia lawan adapun orang yang buruk dia ikutkan hasadnya."

     Hasad itu boleh datang dan pergi. Semua orang ada. Bila saja hasad itu datang hendaklah dilawan.  Bukan dibiarkan. 


Bagaimana bersihkan hati dari hasad?

       Di antaranya dengan berdoa kepada Allah swt. Antara doanya,

   
Sama juga,

        "Wahai Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami  dan dosa-dosa saudara-saudara  kami dalam iman, dan  janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman, wahai Rabb kami sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu".

       Yang kedua, kita harus sedar bahawa orang  yang hasad itu orang yang zalim. Tatkala seseorang hasad , itu akan  membawa kepada kezaliman yang lain. Susah ia menahan hasadnya hingga akhirnya ia zalim. 

        Contohnya, Qabil membunuh Habil kerana hasad. Sampai ia membunuh saudaranya sendiri kerana tidak menahan hasadnya. Jadi hasad tidak hanya bercokol di dada bahkan membawa kepada tindakan. Hingga membunuh saudara sendiri.

        Seperti juga saudara-saudara  Yusuf a.s. Mereka berbuat zalim kepada adiknya Yusuf kerana hasad. Kerana Yusuf dan saudaranya lebih disayangi ayahnya dari mereka.  Oleh itu mereka bercadang membunuh Yusuf tetapi akhirnya mencampakkannya ke dalam perigi sahaja. Kenapa mereka nekad menzalimi adik  mereka sendiri? Kerana hasad kepada adiknya.

        Sesiapa yang hasad , dia tidak selamat dari berbuat zaim. Minimal dia akan ghibah kepada orang tersebut. Dia ghibah orang itu, dia jatuhkan orang itu bukan kerana apa-apa, tapi kerana hasad. Jadi, hasad itu menjerumuskan manusia kepada dosa-dosa yang lain, maka ia sangat merbahaya. 

      Dalam hadis dhaif yang maknanya benar iaitu,

     "Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghangus kan kayu."

(Sunan Abi Dawud (4903))

         Demikian jika orang ada hasad ia akan buat  banyak maksiat yang lain, minimal ia ghibah ( mengumpat). Boleh jadi ia menuduh, ini juga dosa besar. Jadi, hati2. 

      Yang ketiga, kita harus sedar bahawa yang sengsara adalah orang yang hasad, bukan  orang yang kita hasad. Orang bahagia dengan nikmatnya, kita yang sengsara. Kita jadi orang yang bodoh kalau begitu.  Menyiksa diri sendiri.

    Yang keempat, kita harus sedar kalau kita hasad, kita dendam terhadap se seorang  , nikmatnya tidak akan berkurang. Contoh , ada orang yang lebih cantik lalu di depan kita. Apakah dengan hasad itu akan mengubah kecantikannya? Tidak!. 

       Ada da'j yang bila ia ber ceramah penontonnya ramai , apakah kita hasad? Kalau Allah berkehendak ia terkenal, ia tetap terkenal , jadi, mahu diapakan? Mengapa harus hasad ?. Ada orang kaya, ia beli itu beli ini. Jika kita hasad kepadanya, adakah ia jatuh miskin? Tidak!  Bahkan kita yang sengsara.

     Maka ada ulama mengatakan, 'aku hairan dengan orang yang zalim, yang ia zalimi ialah dirinya sendiri. '  itulah orang hasad, ia dengki dengan orang, tapi ia yang sengsara. 


Kunci utama


          Kunci utama untuk menghilangkan hasad ialah redha dengan pemberian Allah swt. Bila seseorang qana'ah ia akan terjauh dari sifat hasad.  Fikirkan, apa yang Allah beri itu yang terbaik bagi kita. 

      Contoh , seorang da'i ceramah, yang hadir tidak ramai. Ada da'i yang lain ada 10k yang hadir. Kenapa harus hasad kepada da'i yang kedua? Kalau ia jadi sepertinya,  hatinya mungkin tidak mampu. Mungkin jadi ujub, riak atau angkuh. Yang sedikit saja boleh jadi ujub, bagaimana yang banyak?  Allah tahu kita tak mampu seperti dia, sudah, nikmati saja  yang ada.

       Atau jika kita lihat orang yang keretanya banyak. Jangan hasad kerana kalau kita seperti dia belum tentu kita dapat bersyukur. Juga hisabnya panjang di hari kiamat. Memikirkannya pun susah, gaji driver 4 orang pun tidak mudah. Sudah, cukuplah dengan diri sendiri,  nikmati apa yang ada.

     Ada orang  isterinya empat, kita hasad. Mengapa harus hasad?   Memikirkan 4 orang bukan senang. Keperluannya banyak, kerja sana-sini. Tidak mudah. Belum tentu dapat adil. Kata nabi,

Dari Abu Hurairah, dari Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- beliau bersabda, 

     "Siapa memiliki dua isteri, kemudian ia lebih condong kepada salah satu dari keduanya, maka ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan pundaknya miring sebelah."  
(Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Ibnu Mājah)

    Itu kalau dua, kalau empat macamana? Jadi, jangan sikit-sikit hasad.

       Kita lihat orang yang kaya ada perusahaan. Ada pekerja 1000 orang.  Kita tidak tahu apa yang Allah ambil darinya. Iaitu waktunya telah Allah ambil. Belum lagi jika dia ada perusahaan  kedua. Belum tentu ia hidup tenteram, Dia gelisah siang malam . Jadi, mengapa harus hasad kepadanya?

      Kita ingat jadi pegawai tinggi itu enak? Terkadang ia senyum  tapi di balik senyumnya dia memikir kan bermacam-macam hal. Belum lagj dimaki orang, belum lagi bersaing sesama sendiri, belum lagi kesalahannya dicari-cari,  belum lagi aib keluarganya dibongkar dan sebagainya. Apa itu enak? Jadi, kita jangan terlalu hasad kepada seseorang. 

       Maka jika seseorang redha kepada Allah , apa yang Allah beri, itulah terbaik baginya, itu yang layak  baginya, maka ia akan  hidup bahagia. Bila saja ia melihat ke atas, timbul hasad  dengki, dia tidak akan  bahagia. 

         Ingatlah kata imam Syafie ini,
" Kalau kau memiliki hati yang qanaah, kau dan raja sama sahaja."
       Bila seseorang qanaah, ia telah bahagia. Bila ia belum qanaah, ia belum bahagia. Raja merasa puas,  dia ada istana, tentera yan banyak,  pembantu yang banyak.  Kita boleh jadi bahagia sebelum sang raja,  sejak awal, iaitu tatkala   kita rasa qanaaah dengan apa yang ada. 

     Ada orang hidupnya sederhana tapi ia rajin senyum, pergi solat jemaah, baca quran, kerja, ketemu anak , ketemu isteri, bahagia dia. 

       Anda kira raja itu hidup bahagia? Ada perang sana, perang sini. Rakyat ada bermacam-macam masalah. Banyak urusan-urusan.  Kita saja melihatnya pergi kemana-mana dikawal, ada tangga khas, ada jet khas. Tapi itu yang di luar. Dalamnya kita tidak tahu. Bukan perkara mudah. 

     Jadi, nikmati yang ada, syukuri yang ada. Kalau kita bersyukur , Allah beri tambahan.  Firman Allah,


         Di sini Allah berkata dengan perkataan sungguh-sungguh. Maka yakinlah kita,   jangan tidak bersyukur.

         Penyakit hasad boleh menimpa sesiapa saja disekeliling kita.  Maka , kita janganlah membuat   sesuatu yang boleh menimbulkan penyakit hasad dalam diri seseorang. Jangan suka pamer  (menunjuk-nunjuk), nanti akan  ada orang hasad. Jangan suka bercerita-cerita, nanti ada orang hasad. Jangan  suka posting di facebook, nanti ada orang hasad.

       Contoh,  ia berpelukan dengan suaminya lalu  diposting. Ada orang yang tak pernah dipeluk oleh suaminya akan datang hasad. 

       Kita jalan-jalan keluar negeri jangan diposting. Ada orang yang tidak pernah merasakannya, kasihan dia. Maka dia akan hasad. Akhirnya dia tidak mensyukuri apa yang ia ada. 

     Kita ada isteri yang solehah, contohnya tidak perlu cerita kepada orang. Isteri kita  taat , menurut sekali, rajin dan sebagainya. Sedang isterinya tidak begitu. Isterinya bentak-bentak, maka, jika sebelum ini  ia  bahagia, sekarang sebab mendengar cerita tadi ia marah-marah kepada isterinya.  Hilang bahagia.

       Jadi hati-hati, tidak semua nikmat itu perlu kita ceritakan. Sebab itu ada ulama berkata, jika ada orang bertanya berapa rumahmu  jangan jawab secara terperinci. Cakap saja ada  ,alhamdulillah. Kenapa? Kerana jika kau kata  tidak ada rumah, kau akan  dihina. Kalau kau kata rumah mu banyak , ia akan hasad. 

       Begitu jika makan  makanan yang enak,  jangan di share di facebook atau lain-lain media.  Kasihan mereka yang tidak mampu. Akan timbul kebencian dan hasad di hati orang yang tidak berkesempatan. 


Pertanyaan:

1.  Adakah boleh kita menceritakan kejekekan orang lain kepada isteri kita. ?

    
Jawab:       Ghibah ( mengumpat) itu haram. Tatkala kita sedang menceritakan kejelekan orang lain maknanya kita sedang berghibah. Ghibah ialah menyebut keburukan  orang yang ia tidak suka diceritakan. Walaupun bersama isteri kita. Itu ghibah namanya. Tetapi jika kita ghibah, contoh tentang jiran kita yang sekian-sekian dengan tujuan bagaimana mahu menghadapi jiran  kita yang buruk perlakuan  itu,  itu tidak mengapa. 

      Adapun menceritakan  keburukan tanpa ada tujuan , itu tidak boleh. Misalnya adik kita nakal. Kita pun ghibah adik kita kepada ibu dengan tujuan memperbaikinya , itu tidak mengapa. 
.
     Jika ghibah sekadar untuk memuas kan  hati, memburuk-burukkan seseorang, maka itu dosa besar. 


2.  Apa beza sombong dengan mengajak orang lain di media soaial ke kuliah-kuliah pengajian. ?

  
Jawab:     Tidak ada beza secara zahir kerana hati itu yang tahu hanya Allah.swt. Kalau seseoang posting untuk mengajak ke kuliah itu tidak mengapa. Tetapi kita harus check diri sendiri adakah benar kita ingin mengajak orang , atau sekadar untuk pamer.   Kalau benar kata-kata kita dengan hati, selesai. Kalau seseorang ingin pame,r kita tidak tahu itu urusannya dengan  Allah. 



3.  Saya jengkel melihat kenikmatan yang didapatkan oleh keluarga saya hingga lalai mereka dari ibadah. Apakah boleh hasad kepada orang yang nikmatnya membuat ia lalai dari  beribadah?

   
Jawab:     Jengkel itu bukan  kerana kenikmatan. Tetapi jengkel kerana nikmat yang membuagt orang itu lalai.  Maka itu bukan hasad.

     Kalau kita jengkel kerana dia baru beli kereta baru, maka itu hasad. Tetapj jika dengan kereta itu ia berbuat maksiat, maka kita jengkel kepada maksiatnya itu bukan  hasad.


4. Adakah hasad boleh menyebabkan  ain kepada seseorang?

Jawab:       Ya, benar. Ain boleh terjadi dengan dua sebab:
a)  hasad
b)  pandangan yang tidak menyebut nama Allah.

       Oleh itu jika membawa anak yang comel maka doakan  ia dengan doa ini,


          Kadang orang datang memuji-muji
anak kita dengan tidak menyebut nama Allah , bila balik anak kita sakit. Sepatutnya pujilah dengan menyebut subhanallah,  masyaAllah, tabarakallah atau lain-lain. 

     Atau dengan pandangan hasad. Maka berdoalah dengan membaca surah al Falaq,

     Iaitu kita minta Allah  jaga dari orang yang hasad. Kita baca setiap pagi dan petang , insyaAllah Allah jaga kita.

Sekian.
       
              


     Semoga Allah kembalikan kita kepada Nya dalam keadaan  bersih dari segala penyakit hati.



Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
27/4/24

      

          


         
    
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem