Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

12) Mulakan Langkah Pertama Yang Ringan

Salam, Faith is taking the first step even when you don’t see the whole staircase.”  – Martin Luther King, Jr.          Anda mungkin baru cuba untuk membersihkan rumah anda dari segala yang anda fikir untuk menjadi hidup minima. Disana mungkin ada bermacam2 benda, baik yang lama atau yang baru, yang mahal atau yang murah dan lain2 lagi.         Mungkin anda terfikir apakah perlu dibersihkan semuanya? Walaupun ianya mahal, ada nilai sentimental, sayang untuk dinyahkan atau mungkin pasangan tidak bersetuju.        Ya, semua orang berfikir begitu. Tapi apa yang penting anda mulakan dengan langkah pertama yang ringan. Contohnya, bersihkan laci anda, kereta anda, bilik atau yang kecil2 dahulu. Dan rasakan perubahannya. Rasakan kenikmatannya.  Langkah seterusnya adalah mengikut keselesaan anda sendiri.           Ia seperti berbasikal sejauh 50km. Nampak macam mustahil. Tapi biarkan dengan langkah pertama berbasikal sejauh 5km. Minggu kedua 10km dan seterusnya bertambah

11) Minima Dalam Makan-minum

Salam,            Hidup minima bukan sahaja dalam hal benda2 atau barang2 sahaja. Ianya termasuk dalam hal makan -minum kita.           Kita suka membeli makanan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana kita rasa kita akan berasa puas dengan banyaknya dan mahalnya apa yang kita makan. Kerja untuk makan kata sesetengah orang.         Tapi sebenarnya kita hanya perlukan sedikit sahaja makanan yang perlu. Selebihnya hanya men jadi lemak dan menggemukkan badan kita. Akhirnya kita mendapat sakit seperti diabete dan obesiti. Keluarga atau kerajaan terpaksa menanggung kos merawat orang sakit ini dengan banyaknya.          Makanan yang tidak habis dimakan akan dibuang begitu saja. Terutama dalam bulan puasa, atau dihotel2, bertan2 makanan dibuang. Ianya satu pembaziran.          Makan dalam kadar yang sedikit itu menyihatkan. Berapa ramai orang merana sakit hanya disebabkan makan berlebihan.          Firman Allah yang ar rahman: “ Wahai manusia, makanlah dan minumlah apapun yang ada d

10) Kebebasan Dari Sikap Membanding2

Salam,            Sudah menjadi budaya kita, seseorang mahu memiliki harta yang banyak. Iklan2 mempengaruhi kita supaya membeli yang terbaharu dan terhebat. Kita sentiasa melihat ini dan membandingkannya dengan orang lain. Oleh itu kita mahu memiliki banyak dan banyak  lagi.           Akhirnya tenaga berharga kita banyak dihabiskan dengan membanding milikan kita dengan orang lain. Kita ambil tahu apa yang dia buat di harijadinya, apa teknologi yang ada dalam poketnya dan apa  jenis pakaian yang ia pakai. Ini menyebabkan kita berharap memiliki benda yang  sama. Boleh jadi juga impian dan harapan ini berubah menjadi perasaan dengki.         Tanpa kita  sedari, sebenarnya kita gagal untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki, sedangkan itu yang sepatutnya. Kita asyik melihat apa yang belum kita  miliki.       Apa punca suka membanding2 itu? 1. Hati yang tidak ikhlas dalam menerima apa-apa saja dari Allah. Semua yang kita ada semuanya dari Tuhan. Hati yang lapang lagi redha tidak ak

9) Kebebasan Dari Nafsu Untuk Memiliki

Salam,                  Kita bekerja tiap hari untuk memenuhi kehendak lahiriah yang wajib. Sesudah itu kita terus juga bekerja demi mengumpul sedemikian banyak benda2 yang kita letakkan disetiap ruangan rumah.        Semakin  lama semakin banyak,kerana kita menyangka semakin banyak bermakna semakin bahagia. Harta simbol kebahagiaan. Ia telah menjadi budaya yang mengakar dizaman moden ini.        Tapi adakah itu benar?        Tidak. Kerana harta yang banyak hanya membebankan jiwa. Kerana kita perlu menjaga, membaiki, menambah, rasa khuatir dan lain2. Kita perlukan lebih lagi wang untuk tujuan itu.          Namun, dengan         Mengamalkan hidup minima kita dapat membebaskan kita dari nafsu ini. Kita tidak perlu menghabiskan waktu yang maksimum untuk mengumpul harta yang melampau. Waktu kita adalah terhad, Oleh itu waktu harus bukan menjadi perosak hidup kita. Waktu perlu diberi untuk jasmani dan rohani  kita. Berikan masa  agar kita dapat merapatkan kemesraan sesama kelu

8) Kebaikan Hidup_minima(4)

Salam sejahtera,             Salah satu budaya yang mengelilingi kita kini ialah "budaya membeli-belah". Kalau anda mampu, silakan,  tiada siapa  yang menghalang.           Tapi, tahukah anda bahawa  membeli-belah yang bukan keperluan adalah satu perangkap. Anda membeli,tapi mungkin anda pun tidak menggunakannya dan seterusnya hanya dibazirkan. Ini satu kerugian. Anda mungkin tidak sedar bahawa anda sedang diperangkap oleh budaya anda sendiri.         Atau mungkin anda tidak mampu tapi masih mahu membeli walaupun dengan cara berhutang. Ini semua akan memasukkan anda kedalam satu perangkap yang akan membebankan hidup.           Kalau kita mengamalkan gaya hidup minima, kita bebas dari semua masalah ini. Kita boleh mengawal diri kita. Saya sudah merasakannya. Mujurlah falsafah hidup ini dapat memandu saya .Tapi kita tidak akan dapat, jika kita tidak menerima gaya hidup ini. 19/7/18

7) Kebaikan Hidup Minima (3)

Assalamualaikum,           Hidup minima tidaklah bermaksud kita malas berusaha. Yang pentingnya kita berusaha dengan kadar  yang patut  untuk keperluan hidup kita. Ia  bergantung kepada keperluan diri  sendiri  Dan tanggungan kita.          Kalau  kita mengikut kehendak yang  tidak pernah  puas, badan kita akan menjadi  letih dan  masa  akan  banyak hilang.         Contohnya, kalau kita asyik mencari Wang,  badan kita akan letih. Masa bersama keluarga atau masa untuk beriadah akan berkurangan. Sedangkan kemesraan bersama keluarga amat penting dan sangat diharapkan oleh keluarga. Wang ringgit tidak dapat menggantikan kemesraan dan kasih sayang. Kalau tidak, mengapa ada anak jutawan yang mengambil dadah? Apakah yang tidak cukup?            Dengan hidup minima, kita boleh menseimbangkan aktiviti kita. Perasaan pun tidak tertekan. Badan pun akan menjadi lebih sihat. Padang Jawa. 19/7/18

6) Kebaikan Hidup Minima (2)

Salam sejahtera,             Ada orang yang memiliki atau menyimpan atau berbangga dengan bermacam2 jenis barangan  dirumahnya. Ia tidak pun menggunakan barang tersebut kerana ia adalah satu koleksi sahaja. Sebut sahaja apa, kasut? ,pakaian , hiasan, kereta dan lain2 lagi. Semua ada.          Salah satu perkara yang menimpa orang  seperti ini ialah bebanan di jiwa.          Ia akan dibeban rasa bimbang di hatinya, takut benda2 tersebut hilang atau dicuri orang atau rosak atau berlaku kemalangan. Ia pasti timbul tanpa ada sebab lain.          Jadi, ia tidak rasa bebas seperti apa yang dirasakan oleh orang yang hidup minima. Takkan sama. Dimana orang yang hidup minima tidak perlu rasa bimbang kerana barangannya cukup sekadar keperluan sahaja. Tapi ia tidak akan dapat dirasai secara teori tetapi hanya secara praktikal sahaja. Padang Jawa 4/7/18

5) Kebaikan Hidup Minima (1)

Salam sejahtera,          Hidup minima bererti kita bebas dari benda2 yang berlebihan, yang tak diperlukan atau yang hanya sekadar memenuhkan ruangan sahaja. Cukup dengan sekadar yang ada, sekadar yang diperlukan.         Tanpa berlebihan, bermakna kita dapat menahan perbelanjaan kepada perkara yang tak perlu. Ini bermakna akan  terdapat wang  berlebihan ditangan kita. Dengan ini, kita dapat menghalakan wang itu kepada hal yang lebih berfaedah seperti derma atau sedekah kepada orang yang lebih memerlukan, seperti orang2 yang kehilangan punca pendapatan, orang miskin yang sakit dan sebagainya.           Dan ini pasti memberi menafaat kepada orang yang hidup, dan memberi pulangan kepada kita sendiri selepas mati.          Daripada menghabiskan wang dan harta kepada perkara yang melampaui batas, cara begini sangat berbaloi kepada kita dan orang2 yang kita bantu. Padang Jawa 4/7/18