Langkau ke kandungan utama

131) UNTUK APA ALLAH BERI PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



       Apabila  orang kafir dilemparkan  ke dalam neraka, maka terdengar jeritan manusia dan suara api yang mendidih, seperti yang Allah beritahu dalam surah al Mulk: 7,

   
           Manakala  neraka hampir-hampir  terpecah bila manusia dicampak ke dalamnya, lantaran marahnya neraka. Dicampak itu adalah secara berkumpulan-kumpulan. Lihat surah al Mulk: 8,

      


           Sebelum dicampak ke dalam neraka , bakal-bakal  penghuni neraka itu berada seolah-olah di sebuah jeti. Kemudian neraka di datangkan kepada mereka dengan ditarik dengan 70 ribu tali dimana  tiap-tiap tali  ditarik oleh 70 ribu malaikat .

    Ibnu Mas'ud meriwayatkan sabdaan nabi yang bermaksud,

"Neraka (Jahannam) pada hari kiamat akan didatangkan, ia memiliki 70,000 tali. Pada setiap talinya terdapat 70,000 malaikat yang menariknya” (HR. Muslim no: 2842).

      Nisbah ahli syurga dengan ahli neraka ialah 1:999. Ramainya ahli neraka bermakna besarnya neraka itu. Tapi syurga juga luas, seluas langit dan bumi, tak terbayangkan oleh kita luasnya. 
    
         Ahli neraka yang terakhir masuk syurga pun akan dapat syurga seluas dua kali bumi ini.

       Ahli neraka di giring ke dalam neraka secara berbondong-bondong. Seperti disebut dalam surah az Zumar: 71,

         Bila pintu neraka dibuka, malaikat penjaga neraka pun  bertanya kepada mereka , tidakkah ada rasul yang  datang kepada kamu yang memberi peringatan dengan al quran ( ayat tuhan)?  Pertanyaan ini sama seperti di dalam ayat 8,  al Mulk tadi.


          Sebab itulah setiap  kali kita membaca al quran hendaklah difahami dan diambil pengajarannya. Supaya nanti tidak menyesal di kemudian hari.

          Kemudian ahli neraka itu pun mengakui tentang adanya pemberi peringatan tentang hari kiamat itu, tetapi mereka tidak mengambil perhatian . Azzumar:71,


        
       Kemudian mereka dicampakkan ke dalam neraka. Bagaimana cara mereka dicampak itu? Lihat al Alaq:15,

       Iaitu di tarik ubun-ubunnya lalu di campak ke neraka. Kenapa ubun-ubunnya yang ditarik? Sebabnya ialah,  dulu ia mendengar peringatan dari al quran tapi ia memalingkan dirinya dari alquran itu, ia lupakan al quran, tidak mahu mengambil pengajaran. Maka sebenarnya  ia sengaja memilih kesesatan.



Bila menolak al quran

         Begitu juga jika masyarakat kita menolak al quran secara sengaja atau kerana kejahilan mereka. Contohnya bila berzikir. Berzikir memang Allah suruh. Tapi ada cara nya yang Allah ajar melalui al quran. Lihat surah al 'Araf: 205


       Ini Allah sendiri sebut dalam al quran. Kalau Allah tak sebut maka bolehlah kita berbeza pendapat mengenainya. Tetapi ini Allah sendiri ajar caranya iaitu:
1.  Berzikir kena sebut dengan lidah dalam hati.
2. Merendah diri
3. Ada rasa takut kepada Allah
4. Tidak meninggikan suara.
        
          Katalah kita berzikir tapi hati lalai dari mengingati Allah, tidak ada rasa rendah diri iaitu rasa hamba kepada Allah, tidak ada rasa takut kepada Allah dan meninggikan suara pula, apa yang tinggal dari pahala yang kita dapat?  Kemungkin an tiada pahala.

           Sebab itu bila Allah kata sesuatu dalam quran maka kita dengar dan kita taat sahaja.. Ikut apa yang di sarankan oleh quran bukan sebaliknya. Jika tidak, takut-takut amalan kita Allah tak terima.  Jadi seperti debu yang berterbangan sahaja. 

        Memang orang islam mahu kan kebaikan. Dengan berzikir , puasa , solat dan sebagainya. Tapi apa kata ibnu Mas'ud?
       " Berapa ramai orang yang mahukan  kebaikan tapi mereka tak mendapatkan nya."

         Oleh itu setiap kebaikan atau amalan yang kita buat mesti mengikut cara yang betul.   Tapi jika diberitahu kepada mereka ayat quran, mereka tolak pula, maka ini sangat bahaya kepada  mereka sendiri.  Itu belum termasuk kumpulan liberal, anti hadis, sufi dan lain-lain, yang semua itu ingin menegakkan pendapat sesat mereka.


Mendustakan al quran

         Begitulah bila datang ayat Allah lalu mereka dustakan. Mereka tolak  atau mereka tidak mahu ikut.  Seperti yang Allah beritahu dalam al Mulk: 9,

           Maksud ' Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang nyata'  , ahli tafsir ada dua pendapat mengenainya:
1.  Itu adalah kata-kata ahli neraka di dunia  kepada orang yang menyerunya kepada kebenaran iaitu al quran.
 2.  Itu kata-kata malaikat kepada ahli neraka bahawa memang kamu ( ahli neraka)  benar-benar telah tersesat.


 Menyesal            

      Kemudian ahli neraka mula menyesali perbuatan mereka semasa di dunia dulu,  dengan katanya dalam al Mulk: 10,



           Oleh sebab itu bila Allah beri kita pendengaran, penglihatan dan akal, maka  di situ ada tujuannya Allah beri. Untuk apa?

       Kita ini asalnya tidak ada di dunia ini. Tapi Allah mewujudkan kita kemudian. Allah nyatakan dalam al Insan: 2 dan 3,

          Allah cipta kita dari air mani yang bercampur. Maknanya dari perkahwinan lelaki dengan perempuam.  Selepas itu Allah beri pendengaran, penglihatan serta hati sebagai alat. Dengan itu Allah hendak apa dari kita?

           Allah hendak menguji kita. Iaitu dengan cara Allah turunkan al quran yang dengan al quran itu  Allah tunjukkan jalan yang baik dan jalan  yang buruk. Adakah kita mahu mengikut jalan  yang baik atau mengikut jalan yang buruk ?. Di sinilah fungsi hati itu selepas ia menerima maklumat dari penglihatan dan pendengaran. 

          Sebab itu hati itu punca kebaikan atau keburukan kepada manusia. Sabda nabi S.A.W bermaksud:
 "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).

       Jadi, selepas kita diberi pendengaran dan penglihatan, maka terpulang kepada hati kita untuk membuat keputusan. Samada hendak menjadi hamba yang bersyukur (taat) atau hamba yang kufur (ingkar).


Kita dicipta dari tiada

        Perkara yang sama juga Allah ingatkan  kita dalam surah an Nahl: 78,


              Kita dicipta dari air mani , kemudian dikeluarkan dari perut ibu kita. Allah beri pendengaran  , penglihatan dan hati supaya kita pilih jalan yang benar  iaitu jalan yang ditunjuk oleh alquran.

            Ahli neraka tadi rasa menyesal mengapa mereka buat dosa semasa di dunia. Tapi penyesalan itu sudah tak berguna. Kita ini masih lagi ada di dunia ini, jadi, masih ada peluang untuk beramal soleh.  Mengapa kita tidak rebut peluang ini?


Maksud maksum

        Memang tiap-tiap manusia ada membuat dosa. Tidak ada yang tidak buat dosa. Ada orang kata nabi tidak ada dosa. Kerana ia maksum. Sebenarnya apa makna maksum

        Maksum itu sebenar maksudnya ialah terpelihara dari dosa besar, atau ajaran yang dibawanya itu terpelihara dari kesalahan. Kesalahan kecil nabi-nabi ada buat. Nabi Adam, Nuh,  Musa, Yunus dan Muhammad s.a.w,  semua ada membuat dosa. Tapi semua dosa mereka telah diampunkan  Allah.. Iaitu dosa yang kecil, tidak ada dosa yang besar dilakulan oleh nabi-nabi. Perkataan maksum ada dalam ayat di bawah,


           Kalau kita lihat perkataan  ya'simuni  di atas,  ia bermaksud menjaga  atau memelihara.  Ia daripada perkataan 'asam  yang darinya diambil perkataan ma'sum  .  Maknanya ialah apa yang nabi bawa iaitu risalah dari Allah itu terpelihara dari kesalahan.
     
Setiap perbuatan disoal

         Jadi, , kita di uji di dunia ini dalam setiap hal. Oleh itu kalau kita tidak ada pengetahuan mengenai  sesuatu hal lebih baik kita diam dari mencampurinya kerana setiap  perbuatan kita akan di soal nanti di akhirat.  Lihat al Isra': 36,

        

           Kalau mulut kita tidak bercakap di akhirat nanti,  tetapi anggota-anggota kita yang lain  akan bercakap sebagai saksi di atas perbuatan kita. Bolehkah kita lari?  Lihat Yasin: 65,


       Kita tidak dapat lari dari Allah kerana semua anggota kita akan menjadi saksi nanti. Begitu juga Allah berkata dalam surah al Fushilat: 20,
           
      
      

        Jadi , tujuan pendengaran dan penglihatan kita adalah supaya dari pendengaran dan penglihatan itu,  hati dapat membuat keputusan yang betul mengikut alquran dan sunnah nabi. Kita mohon kepada Allah supaya pelihara hati kita kerana hati itu  berbolak-balik sifatnya. . Dengan doa ,


         Begitu juga moga Allah tidak membolak-balikkan hati kita dengan doa,

       
Kenapa dipanggil qalb?

       Qalb itu jamak bagi qalbin, bermakna
hati. Asalnya qalaba bermakna berbolak-balik. Hati itu dipanggil qalb kerana sifatnya berbolak-balik, tidak tetap. 

        Seperti juga manusia dipanggil insan yang berasal dari perkataan nisyan iaitu bermaksud lupa. Kerana manusia itu tabiatnya pelupa. 
       
        Sebab itu walaupun Allah sudah ingatkan nabi Adam supaya jangan dengar cakap iblis, tapi akhirnya Adam dengar juga cakap iblis, sebab apa? Sebab ia terlupa. Walaupun Adam dari segi fizikalnya ia adalah manusia paling sempurna.  Dan satu lagi sifat manusia itu ialah kurangnya keazaman. 

       Allah ceritakan kisah nabi Adam ini dalam surah Toha: 115,

        Allah ceritakan bahawa Adam itu terlupa kerana keazaman nya yang lemah. Padahal Allah sudah ingatkan dia tentang iblis yang penipu. 
        
        Begitu juga kita ini pelupa dengan tipudaya syaitan. Jadi, bila kita sudah berada dalam  sunnah ini, perlu bersyukur banyak kerana ramai lagi orang yang masih tenggelam dalam tipu daya syaitan di luar sana. 


Banyak bersyukur
        
       Kita kena banyak syukur sebab apa? Sebab kata Allah dalam surah Ibrahim: 7 ,


        Sesiapa yang bersyukur maka Allah tambahkan nikmatnya. Bagaimana cara bersyukur itu? Iaitu seperti yang dibuat oleh rasulullah s.a w  , iaitu solat malam yang lama. 

       Ketika ditanyakan oleh para sahabat, termasuk isteri beliau Aisyah,
 ''Mengapa Engkau masih beribadah sedemikian rupa Ya Rasulullah? Bukankah dosamu yang lalu dan yang akan datang sudah dijamin diampuni Allah?''
 Beliau menjawab singkat, ''Apa tidak boleh aku menjadi hamba yang bersyukur?'' (HR Bukhari-Muslim).
 
       Seperti juga kita ini. Kesusahan apa yang kita telah  lalui hingga kita dipilih mengikuti sunnah nabi? Darah mana yang telah kita titiskan kerana islam dan sunnah ini?
       
        Sebab itu hargai nikmat ini dengan memahami lagi al quran dan menyampaikannya pula kepada orang lain.

       Sebab  yang pentingnya , kita  buat saja kerja kita, jangan buat kerja Allah. Kerja kita apa? Iaitu belajar dan belajar. Beramal terus beramal. Belajar dari sejak dalam buaian  hingga lah ke liang lahad.

    
Anggota menjadi saksi   

          Di akhirat manusia hairan bagaimana anggota-anggotanya boleh bercakap menjadi saksi kepada tuannya,

           Allah yang menjadikan semua benda boleh bercakap. Sehingga sebelum kiamat nanti  pokok dan  batu pun boleh bercakap. 

         Semua anggota menjadi saksi tentang apa yang kita perlakukan kepada al quran. Al quran sebenarnya  boleh membawa kita ke syurga seperti hadis,

Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Bersuci adalah sebagian dari iman. Alhamdulillâh memenuhi timbangan. Subhânallâh dan Alhamdulillâh keduanya memenuhi, atau ia memenuhi, antara langit-langit dan bumi. Shalat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalah lampu, dan Alquran adalah hujjah yang membelamu atau yang melawanmu. Setiap manusia memasuki waktu pagi dalam keadaan menjual dirinya, lalu dia memerdekakannya atau membinasakan nya.” 
       
       Jika kita mahu alquran itu membela kita di akhirat nanti, maka kita kena jadikan ia sumber hidayah lalu kita mengikutinya.   Jika tidak, maka alquran sendiri akan mendakwa kita , mengapa kita tidak mengikutinya, sehingga kita tidak dapat lari dari hukuman Allah. 
        

Kesimpulan

1. Hanya seorang dari 1000 manusia yang masuk syurga

2. Neraka pun sangat marah bila manusia dicampak ke dalamnya.

3. Hati manusia sering berbolak-balik.

4. Nabi adalah manusia yang sangat banyak bersyukur.

5. Al quran akan membela sesiapa yang mengikutinya semasa di dunia.

6. Penglihatan dan pendengaran kita bertujuan sebagai ujian terhadap pengajaran dari al quran.



Dari kuliah Us. Zul.
Klang.
8/12/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...