Langkau ke kandungan utama

159) MANA PILIHAN KITA DALAM AQIDAH? ASY SYAFIE ATAU ASYA'ARI?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,

       Asy Syafie lahir di Ghazzah, Palestin. Waktu kecilnya sudah yatim. Imam-imam lain iaitu Hanafi, Malik dan Ahmad semua asalnya anak yatim. Sufian as Tsauri dan Sufian Uyainah pun anak yatim. Imam Bukhari juga anak yatim.

         Beliau berasal dari ahlul bait yang bertemu dengan rasulullah s.a.w di Abdul Mutallib bin Hashim. Jadi beliau termasuk dalam ahlul bait. Umur 7 tahun sudah hafal al quran 30 juz.

        Kemudian Asy Syafie menuntut ilmu hadis. Guru-gurunya jelas iaitu:
1. Imam Malik bin Anas
2. Sufian bin Uyainah
3. Abdul Rahman bin Mahdi
4. Waqi' bin Jarrah
5. Yahya bin Said
          Dan ratusan lagi guru-guru imam Syafie r.h.  Yang semuanya adalah orang kenamaan dalam ahli sunnah wal jamaah. Ertinya tidak ada guru Asy Syafie kecuali ahli sunnah wal jamaah.

    

Imam Abul Hassan Asyaari.

         Rupanya ia anak yatim juga. Kemudian ibunya menikah semasa ia masih kecil, dengan seorang tokoh muktazilah bernama Abu Ali Ajubbai.  Dia lah yang mendidik beliau sampai umur 40 tahun. Iaitu bermazhab muktazilah. 

          Muktazilah itu siapa?  Iaitu orang yang mendahulukan akal daripada wahyu. Asal saja wahyu yang tidak sesuai dengan  akal maka akal mesti dimenang kan.  Dengan sebab itu muktazilah mengatakan al quran itu makhluk. Sebab apa? 

          Supaya ia dapat mempertentang kan alquran dengan akal.  Supaya apabila mempertentangkan makhluk (al quran) dengan makhluk (akal) tidak jadi berdosa. Iaitu apabila mendahulukan  salah satu  darinya tidak jadi berdosa.  Kata mereka al quran itu makhluk ciptaan Allah, dan akal juga makhluk ciptaan Allah  , maka bila mendahulukan  ciptaan tuhan atas ciptaan tuhan yang lain, itu tidak mengapa,  menurut muktazilah. Bagi mereka tak mungkin al quran itu lebih baik dari akal kerana akal itulah yang membedakan yang buruk dan yang baik.

   
Muktazilah
      
      Menurut muktazilah akal digunakan untuk menentukan yang hak dan yang batil.  Akhirnya mereka banyak menolak ayat al quran al karim kerana mendahulu kan akal dari wahyu.. Maka terkenallah muktazilah itu iaitu tidak mengakui satu pun sifat Allah swt. Nama ada  tapi tak diakui. Allah mengetahui tetapi tiada ilmunya. Inilah yang dikatakan siapa yang terlalu memperturutkan akal seperti orang kehilangan akal. Katanya lagi, Allah maha kaya tapi tiada kekayaannya. Allah maha pengasih tapi tak mengasihi. Allah maha besar tapi tidak besar. Masuk akal?

         Bagi muktazilah itu masuk akal. Sebab kalau kita mengakui Allah itu besar, itu sama dengan makhluk, jadi mujassimah. Kalau Allah itu ada kekayaan sudah sama macam makhluk. Itulah  satu-satu nya dalil bagi mereka. Kerana ia memakai ayat,

         Ini saja ayat aqidah yang dipakainya, yang lain tidak dipakai. Inilah fasa pertama kehidupan Abul Hassan Asyaari.

         Wajarlah sebab ia dididik oleh ayah tirinya yang sayang pula kepadanya. Sampai umurnya 40 tahun.

      Tapi Allah inginkan dia membahas dan memahami, maka ia bertemu pula dengan  Muhammad  ibnu Kullab al Mutakallim. Seorang ulama ahli kalam.  Tahu ilmu kalam? Iaitu yang jelas jadi kelam. Yang yakin jadi ragu. Yang teguh jadi bimbang. 

        Dari Muhammad ini keluar dua anak murid yang menonjol iaitu Abu Hassan ini dan Abu Mansur al Maturidi. In fasa kedua imam Abu Hassan Asyaari. 

      Ketika ia selesai dengan mazhab muktazilah dia mengumumkan  keluar dari muktazilah di mimbar masjid  Basrah. Katanya, " Saya tinggalkan mazhab muktazilah dan bertaubat daripadanya." 

        Setelah itu ia pun mengembangkan mazhab ibnu Kullab dan mengatakan ia mazhab paling baik sebab ia menjembatani antara muktazilah dan  ahli sunnah. Pertengahan antara keduanya. Ilmu akalnya masuk , ilmu naqalnya masuk , ini menurut mereka. Sampai ia ketemu dengan murid-murid imam Ahmad bin Hambal.

       Di situlah akhirnya  imam Abu Hassan belajar ilmu hadis. Iaitu bagaimana ahli hadis memahami agama ini baik dalam aqidah mahupun ibadah. Di fasa inilah, iaitu di akhir hayatnya,  beliau kembali ke mazhab salafussoleh. Iaitu mengakui semua sifat Allah yang Allah sebutkan dalam al quran dan disebut oleh rasulullah dalam hadisnya  sesuai dengan kekayaan dan yang sepatutnya yang Allah miliki ,sebagai kesempurnaan Nya tanpa menyerupakan dengan makhluk, tanpa menggambarkan nya,  kerana Allah berbicara  tentang diri Nya dalam bahasa arab yang mubin ( jelas). Bukan  bahasa teka-teki  silang. 
        

         Jadi sekarang kembali antara imam Abu Hassan Asyaari dengan imam  Asy Syafie, mana yang lebih terang sejarahnya?  Imam Syafie atau imam Abu Hassan Asyaari?

       Tentu imam Syafie. Bersih sejarahnya dari awal sampai akhir. Sedangkan Imam Abu Hassan pernah bergelut dengan pemikiran. Senang kah atau sulit untuk membersihkan pemikiran yang sudah digeluti?   Seperti kita dari tidak tahu, sudah belajar alquran dan sunnah, Kalau kita beriman dengan apa yang Allah turunkan, maka kena beriman juga kepada apa yang rasulullah sampaikan.

      Mereka juga beriman. Tetapi bila sudah masuk virus  sebelumnya, maka sulit untuk benar-benar beriman . Iaitu syubhat lebih dulu masuk daripada ayat-ayat Allah. Sehingga walaupun sudah terbang tetap ia kata 'kambing walaupun terbang'.

      Pernah dengar kisah kambing terbang? Iaitu, di masa jahilah dulu ada 2 orang berjalan di padang  pasir.  Dari kejauhan terlihat benda hitam. Seorang bilang itu gagak, seorang lagi bilang itu kambing. Sehingga bertengkarlah mereka siapa yang betul. Bila sampai dekat binatang itu, tiba-tiba ia terbang. Lalu kata orang kedua, itu tetap kambing walaupun terbang. Sebabnya apa? Sebab ia sudah membuat keputusan sebelum dapat gambaran yang jelas. Sudah berkeyakinan sebelum ada ilmu dan dalil.

          Lalu, silapnya ialah bukan  pada al quran dan hadis, tetapi pada perkataan sifulan dan fulanah. 


Fail antara kedua-duanya
   
        Seterusnya,  fail  imam Syafie itu bersih. Fail imam Abu Hassan As syaari itu terpalit dengan lumpur. Mana yang lebih berhak kita turuti?  Fikirkanlah.

      Oleh itu kita perlu belajar dan belajar lagi, tetapi jangan dicampur dengan yang syubhat. Jika di campur syubhat maka hilang lagi yang hak itu . Apa makna syubhat?

        Iaitu sesuatu yang hak yang bercampur dengan batil. Kalau batil saja tak dipanggil syubhat. Kalau hak saja juga  tak dipanggil syubhat. Bila sesuatu itu dipanggil syubhat?  Iaitu bila yang hak dicampur dengan yang batil. 

         Misalnya, ayat ini yang  dibaca juga oleh ahli syubhat iaitu,

        Tetapi perkataan  istawa ditukar kepada istawla oleh mereka.  Kenapa ia jadi syubhat?  Kerana  ini ayat Allah tapi dikelirukan . Ahli tafsir tak pernah menafsirkan istawa kepada istawla. Dalam tafsir quran atau hadis tidak ada tafsir istawa  itu ialah istawla. Namun tafsir mereka itu diambil dari syair jahiliah sebagai penguat  tafsir mereka.

      Manakah yang kuat, al quran atau syair jahiliah?  Tapi kenapa jadi begitu? Kerana karat-karat  mazhab  ibnu Kullab dalam fasa kedua masih ada karatnya lagi.  

     Tapi di akhir hayat imam Asyaari , ia menulis tiga kitab iaitu;
1. Al Ibanah Ushulid Diyanah
2. Maqalat Islamiyyin
3. Risalatun Ahlul At Thagr

      Di dalam kitab ini imam Abu Hassan menyatakan bahawa ia kembali kepada imam Ahmad bin Hambal dalam beraqidah. . Oleh itu yang benar ialah aqidah Abu Hassan Asyaari ia
mengikut aqidah  imam Syafie kerana imam Syafie adalah guru kepada imam Ahmad.

     Oleh itu ikutlah Asy Syafie maka anda otomatik ikut Asyaari. Tapi kalau ikut Asyaari belum tentu masuk mazhab  Syafie. Mana lebih hebat, Asyaari atau Syafie? Tentu Asy Syafie. Jika tinggalkan Asyaari , Allah gantikan dengan yang lebih baik. Iaitu asy Syafie. Bandingkan,

Asy Syafie ahli hadis, Asyaari tidak disebut
Asy Syafie ahli tafsir, Asyaari tidak disebut.
Asy Syafie ahli lugha al arabiah, Asyaari tidak disebut.
Asy Syafie ahli dalam at tarikh, Asyaari tidak disebut.
Asy Syafie gurunya semuanya ahli sunnah  , Asyaari gurunya bermacam-macam. 
Asy Syafie bertemu imam-imamnya dalam aqidah,  Asyaari tidak bertemu dengan mereka kecuali dalam fasa terakhirnya.

      Oeh  itu, sekarang tinggal kita memilih mana yang lebih baik, cuma syubhat akan  mengganggu kita. Oleh itu tinggalkan syubhat ambil yang hak. Yang hak tentulah dari quran dan sunnah nabi s.a.w.




Semoga bermenafaat.



Dari kajian Dr. Dasman .
Padang Jawa,
18/4/24

      
          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...